Bab 36

135 6 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°

"MORNING sayang." Pipi aku dikucup seseorang tanpa sempat aku mengelak. Boleh teka siapa kan. Mujur mama dan papa masih di bilik. Kalau tidak mesti teruk kami diusik.

Aku hiraukan dan teruskan makan sarapan pagi. Nasi goreng mama memang tak pernah tak sedap. Ni kalau mama bising tak ajak suami makan memang sesuai kalau jadikan alasan terlalu sedap sampai terlupa suami.

"Turun tak tunggu abang pun. Nakal ea."

Masih diam. Dah lama aku tertanya-tanya. Sejak kami mula berkahwin, dia bahasakan diri dia sebagai abang. Kami sama umur kot. Entah kenapa aku rasa geli.
 
Nafiz mengendeng ke sisi aku. Bahunya dilaga-lagakan ke bahu aku. Aku bergerak menjauh apabila dia semakin mendekat.

"Sayang.. Amikkan..."

"Baru kahwin tangan terus cacat?"

"Abang dah ada isteri kan. Baru akad semalam." Nafiz yang sedang kelip-kelipkan matanya aku pandang menyampah.

Ada isteri memang untuk cedokkan nasi kau. Dalam membebel, tangan masih bergerak mencedokkan nasi buat suami tak rela aku tu.

"Thanks sayang." Nafiz mendekati wajah aku sekali lagi tapi segera aku mengelak.

"Rimas la."

"Jual mahal." Nafiz tersengih. Kemudiannya dia makan dengan senyap.

Aku berkira-kira sama ada nak beritahu atau tak. Tapi lebih baik beritahu daripada mama marah sebab keluar tak minta izin suami. Takut juga kalau mereka fikir aku larikan diri lagi.

"Petang ni saya nak keluar."

"Keluar pergi mana? Nak abang hantarkan?" dia pandang aku sekejap.

"Tak payah sibuk."

"Kenalah sibuk. Cik kak, awak tu dah bersuami sekarang. Bukan solo macam dulu lagi."

"Sebab tu saya minta izin."

"Abang izinkan tapi awak nak keluar dengan siapa? Kalau sorang, biar abang temankan."

"Awak tak payah nak semak boleh tak?"

"Milia.."

Aku pandang Nafiz sekilas dan bangun menuju ke sinki. Kalau bukan sebab dia, kami takkan kahwinlah. Bukan bagi aku tempoh nak sesuaikan diri. Aku muda lagi dan belum puas enjoy. Dia bolehla sembang sebab dia rela. Aku tak rela nak berkahwin dengan dia.

Dia mengekori aku ke sinki. Di situ, dia memerangkap aku ke dalam pelukannya.

"Jawab soalan abang." Dia berbisik tepat di telinga aku.

Aku berpusing memandang Nafiz, matanya aku tentang. "Apa kata encik suami, awak jaga je urusan awak. Hidup saya jangan masuk campur. Boleh?"

"Milia. Tak bolehla buat macam tu. Awak kan tanggungjawab abang. Kita jaga diri sama-sama. Tak salah kan kalau kita sama-sama usaha untuk jayakan hubungan ni?"

Aku terdiam sekejap. Hati rasa sesuatu. Rasa yang dahulunya pernah bersarang dalam jiwa. Kita? Entah kenapa aku sukakan perkataan kita tu tetapi aku memilih untuk tepis semuanya.

"Buatlah apa yang awak suka. Memang kerja awak huru-harakan hidup saya kan."

Aku tinggalkan Nafiz di ruangan dapur seorang diri.

Nafiz mengeluh memandang kepergian isterinya. Mereka dekat tetapi hati mereka jauh. Baru semalam Milia lena dalam dakapannya, paginya pula mereka berlawan mulut kerana perkara remeh.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now