Bab 28

97 6 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°


BEBERAPA tahun kemudian.

"Zill!!"

Aku menjerit memanggil nama si dia yang sememangnya sedang menunggu kehadiran aku. Zill bersandar di pintu keretanya sambil bersilang dada.

Zill tersenyum menyambut jeritan aku. "Amboi dia ni. Happynya harini."

"Of course happy. You know what? Alhamdulillah, my final result flying colours tau."

"Seriously? Wahh tahniah Sara."

Aku tersengih tunjukkan gigi. Alahai buah hati saya ni.

Bila dah selalu sangat berjumpa dan berkongsi kisah masing-masing, aku rasa selesa sangat dengan dia. Hubungan kami masih lagi tiada nama namun lebih ke arah yang serius la. Zill selalu tunjukkan hint yang positif tapi untuk lebih-lebih tu aku tak berani nak cakap.

"As reward, jom saya belanja makan. Cakap awak nak apa. My treat."

Senyuman aku semakin melebar. "Betul ni awak belanja? Tak menyesal? Saya order yang mahal-mahal tau."

Zill sengih kacak sambil menyelak rambutnya dengan sebelah tangan. "Ini Zill la. Apa yang saya tak mampu beri?"

Aku masuk ke dalam kereta sebelah pemandu. "Tunggu apa lagi. Cepatlah masuk kereta." boleh pula dia termenung di luar kereta.

"Baiklah tuan puteri."

Zill menghidupkan enjin kereta dan bersedia untuk memandu. "Ke mana destinasi kita?"

"Saya rasa macam nak pergi kafe yang kita pernah pergi dulu tu la. Ingat tak, masa kita terserempak nak beli air?"

"Mana boleh lupa. Tahu tak betapa merahnya muka awak masatu. Saya offer gloves awak jual mahal. Malu tapi mahu." Zill ketawakan aku sambil matanya fokus pada pemanduan.

Cis. Masatu manalah kenal rapat lagi. Takkanlah nak tayang muka tak tahu malu mintak pinjamkan sarung tangan.

"Awak tak baik tau ketawakan saya."

"Ehh saya puji awak tau."

"Iyalah tu. Saja nak mengusik saya kan."

Zill ketawa. "Nanti awak dah balik Malaysia tak boleh nak usik dah."

"Mana awak tahu saya nak balik Malaysia?"

Zill diam seketika. "Awak dah habis exam kan. Mestilah nak balik."

Aku diamkan diri. Betul jugak tu. "Awak ikut saya balik sekali la."

"Kena jadi suami awak dulu la kalau macam tu."

"Ehhhhhh.." dia ketawa.

"Insyaa Allah Mil. Kalau jodoh kita kuat."

Aku senyum segaris. Insyaa Allah.







RANCANGAN hari ini sebenarnya kami berdua nak keluar bersama untuk meraikan kejayaan aku sempena berakhirnya final exam. Semalam? Semalam tu hanya makan-makan biasa je. Plan besarnya adalah hari ini tetapi semuanya dibatalkan kerana Zill tiba-tiba dapat panggilan dari entah siapa. Aku pun malas nak menyoal lebih-lebih. Mungkin tu urusan kerja dia kan. Takkan aku nak marah.

Setelah selesai menyiapkan segala kerja rumah, aku bersiap-siap untuk keluar membeli barang keperluan diri bersama Inara dan beberapa orang rakan aku yang lain. Seperti sebelum-sebelumnya, pagi tadi aku sekali lagi menerima sebuah bungkusan namun yang peliknya si pengirim bukanlah dari Malaysia. Kali ini, bungkusannya agak pelik sedikit, tak besar seperti selalu. Kalau sebelum ini aku selalu menerima bahan makanan dan duit belanja, kali ini aku menerima sebentuk cincin silver yang elok dihias cantik.

Kalau makanan semua tu aku tahulah dari mama walaupun setiap kali aku tanya, dia akan menafikan. Tapi kenapa harini tiba-tiba kirim cincin?  Orang yang sama beri aku barang macam-macam tu ke?

Pelik tapi aku rasa nak mencuba. Aku ambil cincin tersebut dan cuba sarungkan ke jari. Cantik dan muat seolah-olah cincin ini dibeli khas untuk berada di jari manis aku. Gembira sekejap walaupun pengirimnya buatkan aku rasa seram sejuk.

"Milia are you done?" aku tersentak apabila dengar suara Jane di hadapan pintu.

"One minute." aku cuba buka cincin tersebut tetapi mungkin kerana ianya agak baru, agak sukar untuk aku melepaskannya. Tak mahu membuatkan rakan yang lain menunggu, aku hanya membiarkan keberadaan cincin tersebut.

Biarlah. Balik nanti aku tanggalkanlah.

"Eh Milia. Sejak bila awak bertunang?" pelik agaknya tiba-tiba aku pakai cincin.

Aku balas dengan senyuman. "Saja je test. Mana tahu lepasni bertunang, kahwin betul-betul."

Rakan-rakan yang lain ketawa. Pandangan aku sempat jatuh pada Inara. Matanya nampak sedih tapi dia kembali senyum apabila mata kami bertaut.





SATU panggilan telefon dari mama masuk. Cepat-cepat aku tekan butang hijau ke atas.

"Assalamualaikum Lia."

Aku cepat-cepat bangun dari meniarap. Teruja mama tersayang call. "Waalaikumsalam ya ma."

"Jadi tak balik Malaysia?"

"Mama baru call semalam tanya benda sama. Lia balik. Tapi tak tahu bila."

"Kamu mesti balik tau."

"Kenapa? Papa tak sihat ke?"

"Taklah semua sihat. Tapi Lia mesti balik tau." pelik sebab sebelum ni mama tak pernah gesa aku macam ni. Namun dalam hati aku mengucap syukur kerana ahli keluarga aku baik-baik sahaja nun jauh di Malaysia.

"Janna dah nak bersalin ke?" Janna sedang sarat mengandung anak kedua mereka haritu. Anak pertama mereka ialah seorang perempuan iaitu Jannatul Ariana. Sekarang berusia 2 tahun. Comel sangat-sangat! Yang kedua ni harapnya lelaki pulak la. Bolehla main gusti-gusti dengan aku.

"Takdalah. Due date lama lagi. Kalau boleh baliklah cepat sikit."

Aku kerut kening. "Lia cuba tapi Lia tak janji. Banyak benda kena settlekan kat sini. Takpa Lia tetap balik nanti."

"Kami semua tunggu Lia."

Aku terangguk-angguk. "Mama.. Ada apa-apa yang Lia tak tahu ke?"

Mama diam seketika. Beberapa saat kemudian mama bersuara kembali. "Balik ajala. Nanti Lia tahu juga."

"Emmm yala-yala." surpriselah konon tu.

"Dah mama nak letak ni. Mahal mama call jauh-jauh tau."

Aku juihkan bibir. Ceh dengan anak sendiri pun berkira. "Yala yalaaaaa.... Kirim salam semua ya ma."

"Okay. Jaga diri baik-baik."

Sesudah menamatkan talian, aku termenung seketika. Memikirkan tentang keluarga aku di Malaysia. Kalau aku pulang ke rumah, maknanya aku tak dapatlah nak jumpa Danny lagi. Takkanlah Danny nak ikut aku balik? Dan takkanlah aku nak ulang-alik Malaysia-England semata-mata kerana orang tu?

Bila fikirkan Danny mestilah  teringat Zill sekali. Zill macam dah berubah sejak beberapa hari ni. Dia dah tak semesra dulu. Bukanlah maksudnya dia macam dah tak sayang aku. Layanannya tetap sama cumanya dia kini lebih banyak termenung. Termenung sambil pandang aku pulak tu. Ada apa-apa yang berlaku ke? Sekarang orang di sekeliling aku semua berubah. Seolah-olah aku satu-satunya manusia yang ketinggalan.

Jujur Zill juga adalah penyebab aku berat hati untuk balik ke Malaysia. Ya aku sedar Zill bukanlah suami aku dan taklah sepenting ahli keluarga aku. Tapi untuk tinggalkan dia dan kota England buat hati aku rasa ralat. Kami bakal berjauhan nanti. Mampukah kami harungi perhubungan jarak jauh?

Kalau kami jauh, apa akan jadi dengan hubungan kami? Kejadian waktu dulu mungkin akan berulang ke?




🦋🦋🦋
Minggu depan saya exam koraaangg jd berkemungkinan saya takkan update. So here's a few chapter for you.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now