Bab 29

106 6 2
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


KAMI keluar bersama atau lebih tepat kami keluar berdating di pusat membeli-belah di bumi England. Menggantikan temu janji kami yang tak jadi haritu. Aku masuk dalam kedai yang menjual alat penjagaan kulit wanita apabila Zill sedang leka berbual dengan rakannya di telefon.

Genap 20 minit kemudian aku keluar semula dan nampak Zill sedang termenung memandang ke tingkat bawah. Dari belakang aku sudah dapat merasakan aura tegang. Badan dia pun tegak semacam, tak seperti selalu. Kenapa macam marah aja ni? Dia call siapa tadi? Harley buat masalah lagi ke?

"Zill?" aku menepuk perlahan belakang tubuh dia. Nak tepuk bahu tinggi sangat.

"Sara." Zill meraup wajanya. Riak yang tadinya tegang beransur lembut sebaik sahaja matanya jatuh kepada aku. "Dah siap? Beli apa tadi?"

Aku angkat plastik di tangan. Menayangkan apa yang aku baru beli sebentar tadi.

Dia angguk dan memandang aku tanpa suara. Aku jongket kening. Aik kenapa pulak dia ni? Sakit ke?

"Zill.. Are you okay?"

Dia mengangguk. "Yes I'm okay. Jom, kita nak pergi mana lepasni? Makan?"

Aku mengangguk teruja. Mestilah makan. Asyik berjalan dari tadi perut pun dah berboria minta sumbat makanan.

Semasa menjamu selera, Zill termenung lagi sambil matanya tak lepas dari memandang aku. Dia ada masalah peribadi ke? Tengok wajah indah aku ni boleh beri ketenangan pada dia ke? Perasan lagi Milia ni.

Tak tahan melihat dia yang makin tenggelam dengan dunianya sendiri, aku mula letakkan sudu dan garfu dan memberi sepenuh tumpuan kepadanya.

"Zill, awak ada masalah apa?"

Dia menggeleng. "Nah, mana ada masalah."

"You're lying again. Awak tak okay kan. Tell me, what's wrong?"

"Nothing.. Tapi saya nak tahu, sejak bila awak ada cincin tu?"

Aku melihat ke arah jari-jemari sendiri. Baru teringat akan kehadiran cincin yang masih berada di jari manis aku. Ingat nak pakai sekejap je tapi entah kenapa aku rasa selesa pulak. Rasa seperti aku ada ikatan dengan seseorang.

"Dia bagi Zill. Saya saja je nak cuba. Bila pakai, elok pulak. Cantikkan?" aku tayangkan tangan aku di hadapan wajahnya. Dia senyum biasa, tak manis seperti selalu. Dia marah ke?

"Sara..."

"Ya?"

Dia tongkat dagu memandang aku. Aku angkat wajah dan menghantar isyarat apa?

Dia tersenyum. "Kita kahwin nak?"

Tersedak aku dibuatnya. Zill yang melihat segera membantu menghulurkan air. Aku ambil dan teguk rakus. Setelah beberapa ketika barulah aku angkat wajah semula.

"Awak serius ke Zill?"

"Yes. I'm serious."

"Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Because of you. I want you."

Aku diam. Kahwin ya. Jujur, siapa yang taknak berkahwin. Lagi-lagi bila si dia dah melamar, takkanlah aku nak menolak. Tapi persoalannya, sudah bersediakah aku?

"Awak yakin ke awak nak kahwin dengan saya"

"Kalau saya tak yakin saya tak melamar awak Sara."

Aku mengetuk dagu seketika. Memikirkan jawapan yang wajar aku beri. "Kalau awak nak saya, awak ikut saya balik Malaysia jumpa parents saya. Okay?"

Selalu AdaWhere stories live. Discover now