°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°
AKU perlahan-lahan keluar dari bilik. Nasib aku baik kerana pada ketika ini, papa tidak berada di rumah. Aku beri alasan pada mama untuk keluar bersiar-siar di halaman.
"Papa tak bagi Lia keluar kan? Kalau papa balik, apa papa kata nanti?"
"Tak cukup dengan papa, mama pun nak kawal hidup Lia ke? Tolonglah. Lia nak keluar sekejap je. Kalau Lia tak boleh keluar langsung, baik mama gari je kaki Lia dalam bilik."
Mama diam dan akhirnya memberikan aku kebenaran. Dan kali ini aku nekad. Nekad untuk melarikan diri. Maaf mama, Lia sayang mama.
Aku menuju ke hujung simpang taman perumahan dan memanggil teksi untuk menghantar aku ke rumah Nafiz. Aku keluar dengan tergesa-gesa. Apapun aku tak bawak. Aku kena cepat. Kalau papa jumpa aku mahunya dikurung aku sampai mati.
Setibanya di rumah Nafiz, cepat-cepat aku lari ke pintu pagar. Macam orang gila dah aku ni. Kalau orang nak viralkan pun rasanya aku dah tak peduli.
"Assalamualaikum Nafiz!! Nafiz!!"
Berkali-kali nama Nafiz dilaung. Aku menggegarkan pintu pagar sambil menjerit dengan lebih kuat.
"Lia? Kenapa ni?" tiba-tiba datang mummy dari muka pintu. Wajahnya nampak sangat terkejut. Mungkin kerana melihat keadaan aku yang agak tak terurus. Ahh itu tak penting.
"Mummy.. Lia nak jumpa Nafiz. Tolong.."
Mummy kelihatan seperti ragu-ragu tetapi dia tetap juga membenarkan apabila melihat aku yang bersungguh-sungguh."Lia duduk dulu. Mummy panggilkan Nafiz." aku menurut dan duduk di kerusi taman. Mummy masuk ke dalam rumah untuk memanggil Nafiz. Aku gelisah sendiri, masih memikirkan keputusan yang sedang aku buat. Betulkah tindakan aku ni? Tak berapa lama kemudian datang Nafiz dengan muka sembapnya.
"Nafiz!" aku bangun dan terus menerpa ke arahnya.
"Mil? Apa awak buat kat sini? Bukan papa awak tak bagi..."
"Saya lari."
"Huhh??"
"Saya lari."
"Lari?"
Aku mengangguk beberapa kali. Nafiz meraup wajahnya berkali-kali. Mungkin berfikir yang tindakan aku ni akan buatkan papa semakin bencikan dia. Tapi peduli apa aku.
"Nafiz. Jom kita lari dari sini. Kita kahwin. I dont care. Kat Thailand pun saya tak kisah. Kita mulakan hidup baru sama-sama?"
"Milia. Awak dah gila ke?"
"Ya. Saya dah gila. Tolonglah. Bawa saya pergi dari sini. We already make a promise right. Awak kata awak cintakan sayakan? Kita mulakan hidup baru sayang? Kita pergi jauh dari sini." macam perempuan murah aku merayu. Aku sanggup rendahkan ego aku demi dia. Harapnya dia pertimbangkan permintaan aku ni sebab aku betul-betul sedang terdesak.
"Yes Milia, I really really love you but we cant. Kita tak boleh buat macam ni. Lari takkan selesaikan masalah pun."
"Apa maksud awak tak boleh? Awak taknak hidup dengan saya ke?"
"Bohong kalau saya kata taknak. I really want to marry you but your family tak restu kita bersama. Kalau kita kahwin lari pun, kita takkan boleh hidup bahagia tanpa restu diorang."
YOU ARE READING
Selalu Ada
Roman d'amour♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...