Bab 30

128 4 8
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°

AKU palingkan wajah. Pulang ke rumah, aku dikejutkan dengan sebuah berita buruk, berita yang aku harap hanya prank sahaja. Sungguhla kalau aku tahu akan jadi begini, aku takkan balik.

"Lia. Dengar tak apa papa cakap ni?"

Aku buat tak endah dengan kata-kata papa. Bukan sekali dia ulang. Aku jejak je kaki di bumi Malaysia, berulang-ulang kali dia menyebut perkara yang sama.

"Keputusan papa muktamad. Lia tetap kena kahwin dengan Nafiz."

Aku hentakkan kaki. "Ini tak adil la pa. Dulu Lia nak kahwin dengan dia papa tak bagi. Sekarang papa nak paksa pulak. Now Lia dah ada pilihan Lia sendiri!"

"Lia kena ikut cakap papa. Susah sangat ke kahwin? Lia nak jadi apa melawan cakap papa?"

"Papa tak bolehla nak ugut Lia macam ni. Kahwin tu isu besar, Lia pun ada hati juga. Mana boleh paksa-paksa." aku membalas dengan nada yang tak kurang tingginya.

Aku pandang mama, dia hanya mendiamkan diri di sisi papa. Pandang Lia ma, Lia perlukan bantuan mama. Tetapi hampa, mama langsung tak menoleh.

"Kenapa tak boleh pulak. Lia anak papa. Lagipun dulu bukan Lia ke yang beria sangat nakkan si budak tu. Sekarang apa dah jadi?"

Apa dia ingat perasaan ni akan kekal sampai mati ke? Kalau aku tolak maknanya aku dah tak sukalah. Takkan semuanya perlu aku jelaskan supaya mereka faham!

"Lia dah tak sayangkan Nafiz. Kalau kahwin pun memang Lia mintak cerai terus!"

"Milia Qaisara!!" papa menjerkah aku. Seumur hidup aku, inilah kali kedua dia marah aku sampai macam ni. Dan semuanya sebab lelaki bernama Nafiz tu. Sungguhla Nafiz ni berkuasa naikkan amarah papa. Sampai aku pun rasa nak menjerit sekali.

Mama mengusap bahu papa lembut. Cuba meredakan amarah suaminya.

"Belum kahwin lagi dah cerita pasal cerai. Papa tak pernah ajar Lia jadi macam ni. Lia nak jadi anak derhaka ke lawan cakap papa!"

Aku menunduk. Memang aku kaki melawan tapi kalau dah disebut sebagai anak derhaka memang aku kalah. Sewaktu berkumpul satu keluarga, aku baru nak menceritakan tentang hubungan aku dan Zill tetapi lain pulak yang terjadi. Aku pula dikejutkan dengan perancangan perkahwinan untuk aku.

Kahwin dengan Nafiz? Mereka dah lupa ke Nafiz tu anak siapa? Dah lupa ke dulu papa separuh mati bencikan budak lelaki tu? Papa dah hilang ingatan ke sampai lupa apa yang dia cakap dulu?

"Nafiz dah buat segala-galanya untuk Lia. Papa patut tebus semua salah papa pada dia dan keluarga dia. Caranya ialah Lia kena kahwin dengan Nafiz."

"Kenapa mesti Lia yang kena tebus salah papa. Lia takkan bahagia dengan dia."

"Lia akan bahagia. Nafiz dah banyak berkorban untuk Lia. Dia takkan sia-siakan kamu."
         
"Lia tak kisah apa pengorbanan yang dia dah buat tapi Lia nak cakap yang Lia dah ada pilihan Lia sendiri. Lia harap korang terima." tanpa menghiraukan panggilan mama dan papa, aku terus berlalu ke tingkat atas.





AKU duduk sendirian di sebuah kafe. Menunggu kehadiran seseorang yang berjaya buatkan hati aku panas menggelegak. Beberapa minit kemudian, kerusi di hadapan aku ditarik perlahan. Aku angkat muka dan pandang wajah kacak dia di hadapan mata.
  
"Sorry lambat, jammed."

Selalu AdaWhere stories live. Discover now