BAB 10

6K 391 28
                                        

—Evaretz

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

—Evaretz

AWAL PAGI ITU , di sebuah pekan gempar akan beberapa poster dan kad undangan perkahwinan terselit pada pagar rumah masing-masing. Menyeru setiap pelosok penduduk daerah disitu datang ke majlis keramat tersebut.

Kelihatan seorang wanita dalam kalangan umur 50-an datang mencapai kertas yang masih menempel pada pagar rumahnya. Pantas, dilaung nama jiran rumah disebelah.

"Oi, Aini!"

"Apa dia Nidwah?" Si Aini terkocoh-kocoh menjenguk ke pintu rumah si Nidwah.

"Biar betul arwah Engku Faridh ni ada anak lelaki?"

"Apa?" Aini tarik laju gulungan poster dikalung reben merah tersebut itu dari selitan besi pagar rumahnya. Kandungan isi poster dibaca dalam hati.

"Macamlah kau tak tahu, Nidwah. Engku Faridh ni banyak perempuan simpanan. Bini pertama dia saja orang kerabat besar-besar, bini nombor dua ni pelacur kelab malam! Belum lagi beberapa orang pelacur yang ada skandal dengan Engku Faridh ni mana tak anaknya berterabur sana-sini. Engkau jangan hairanlah, Nidwah. Ini anak pelacur-pelacur murahan ni."

"Engku Fatih Adam Bin Engku Faridh Husin. Perkahwinan dengan Ezarra Aisya, bakal ratu Evaretz. Wah, majlis 7 hari 7 malam. Eh, aku peliklah berapa juta dia buat majlis ni. Berapa juta dia buat semua ni? Membazir." Nidwah kepit rokok dekat bibir. Mengecil matanya setiap tulisan yang tersusun cantik pada poster itu.

"Macamlah kau tak tahu. Ini semua duit tanah orang kampung dia gadai ni. Dari cukai cekik darah dekat pekebun-pekebun kecil. Belum lagi duit tabung daerah yang dia dah telan masuk perut. Hutan-hutan dah gondol. Kayu-kayu balak habis digadai pada pihak yang tamak-tamak macam dia. Matilah kita kalau keturunan Engku Faridh ni masih berkepala besar dekat daerah ni, Nidwah!"

"Kau tengoklah rumah dia tu, Nidwah. 5 ribu manusia pun boleh tinggal dalam tu. Kereta mewah import dari luar negara berbaris dalam garaj. Orang-orang gaji, orang-orang suruhan dan pengawal peribadi dia dah berapa!" Beritahu Aini panjang lebar. Bercerita perihal kejahilan Engku Faridh yang ramai orang tahu dan ada juga yang tak tahu.

"Eh, Aini aku rasa kan isteri Engku Fatih ni pun bukan calang-calang orang. Tengok muka saja, dah tahu. Cantik dan ada kelas yang tersendiri."

"Entahlah, Nidwah. Aku rasa pelacur juga. Sebab kalau dah berdarah Engku Faridh, pilihannya tak jauh pun. Pelacur. Tak kira pelacur kelas atasan atau kelas rendah pun. Mereka sapu semua."

"Hish, jahatlah mulut kau ni Aini! Macammana kau tahu bakal bini anak Engku Faridh ni pelacur? Jangan ikut sedap mulut lah, Aini. Engkau tu ada anak perempuan. Ramai pulak tu!  Jangan sampai anak-anak perempuan kau melacurkan diri pula!"

THE FATIH'S COURTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang