BAB 23

5.8K 458 83
                                    

"RUN, KAITO!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RUN, KAITO!"

Larian si anjing buas bernama Kaito itu mengulit mata, demikian tempikan Engku Fatih membenam telinga. Ezzara yang masih terpinga-pinga tadi tiba-tiba terkejut tidak tahu berbuat apa. Apa lagi, langkah seribunya diatur.

Gila! Engku Fatih dah gila!

"Kau tunggu apa lagi? Larilah bodoh!" Engku Fatih ketawa geli hati. Geli hati saat Kaito berjaya menangkap hujung baju Ezzara. Woof! Bak! Ezzara tersalah langkah, rebah atas tar jalan dan dikokak ganas oleh si Kaito.

"Arghhh! Pergi! Anjing bodoh! Anjing tak guna!" Buk! Sekuat hatinya, Ezzara tendang kuat muka si Kaito, anjing bedebah sial tak guna serupa tuannya itu.

Engku Fatih rentap sekalung nafas saat Ezzara beberapa kali menyepak terajang muka Kaito tak henti-henti. Bak! Bak! Bak! Boleh tahan, tenaga Ezzara tak selemah yang dia sangkakan. Rasa! Rasa lagi, betina! Kau mungkin kenal lagi lebih dalam siapa aku!

Tajam ekor mata Engku Fatih mengiringi larian Ezzara yang sudahpun masuk ke dalam hutan berdekatan hingga telinganya sendiri menangkap akan satu jeritan kuat Ezzara.

Brak!

Tubuh Ezzara kelihatan tergolek-golek ke sebelum kepalanya menghentak kuat banir kayu sebesar sebuah baldi air. Buk! Meski perih, Ezzara berusaha bingkas dalam keadaan terhuyung-hayang.

Cecair likat dan hangat terasa menderas ke seluruh tepi kening. Bersandar pada sebatang pokok, Ezzara sempat menangkap batang tubuh Engku Fatih perlahan mendekati kawasan itu. Membawa wajah bengis dan dendamnya.

"Lain kali, bila kau rasa kau tak bersalah kau kena bawa bukti depan aku. Kau gagal bawa bukti, berarti kau memang ada niat nak perdajalkan aku." Getus Engku Fatih di atas sana. Tak habis-habis menyalahkan Ezzara akan kes ini.

Bagi Engku Fatih, kes ini bukanlah kes yang patut dipandang remeh. Dia mesti bijak berjaga tak kira dari mana datangnya anasir jahat itu.

"Sampai bila awak nak buli saya macam ni?!" Tengking Ezzara meski penglihatan bertambah berbalam ketika ini. Sakit! Sesakit manapun kepalanya sekarang ini hatinya lagi sakit dengan ulah Engku Fatih.

"Sampai bila aku berhenti buli dan seksa kau? Sampai aku puas! Sekarang ni, aku tak puas lagi! Aku tak puas!" Tekan Engku Fatih. Membaling semula ayat kasarnya pada tubuh Ezzara yang dilihat tidak dalam postur yang baik.

"Sakit. Sakitnya... Ya, Allah." Ezzara berpaling pergi sambil menahan kepalanya yang pening teramat sangat ketika ini. Telinga berdengung kiri-kanan. Tak tahu hala tujuan, yang pasti dia mahu pergi lari dari Engku Fatih. Buk! Sekali lagi, tubuhnya terasa melayang menghentak sesuatu keras lagi.

Gelap.

Manakala, Engku Fatih yang cuma jadi pemerhati dari atas sana terus bergerak perlahan mendekati tubuh genit Ezzara yang kaku. Bahu Ezzara ditolak sedikit dengan hujung kasut. Jentik sikit saja dah pengsan!

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now