BAB 9

5.3K 360 24
                                        

—Evaretz

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

—Evaretz

TRITON MITSUBISHI milik Engku Fatih dilihat mulai masuk ke dalam perkarangan Evaretz yang besar dan lengang seperti sebuah padang bola. Setelah itu, sosok Engku Fatih kelihatan sedang menyambar lengan seseorang yang masih berteleku di sebelah duduk pemandu.

"Engku Fatih—"

"Sekarang aku nak kau lakonkan semula macam mana kau tikam daddy aku. Biar kepala otak kau ingat balik apa yang kau dah buat dekat Engku Faridh! Tiap kali kau mengaku kau tak bersalah, bermakna kau dah lupa. Bila kau dah lupa, setiap kali itulah kau mesti lakonkan semula depan aku!"

Laju mutiara jernih menelesuri pipi Ezarra. Mana mungkin dia bisa melakonkan babak itu semula? Babak itu juga kian menjadi mimpi ngerinya saban hari. Ezarra tengadah dari lamunan selepas tangan Engku dirasa kuat merentap lengannya semula.

Langkah mereka kencang melewati perkarangan Evaretz yang mewah itu. Pokoknya, Engku Fatih tidak sabar melihat lakonan Ezarra.

Engku Fatih tak sabar mahu melihat Ezarra menangis sampai pengsan melihat keadaan bilik pengantin dia dan Engku Faridh!

Menangis penuh ketakutan serta menangis penuh kekesalan bahwa dosanya tidak dapat diampunkan lagi.

"Engku Fatih, tolong. Saya tak boleh. Saya tak boleh... "

"Apa yang kau tak boleh? Tikam daddy aku kau boleh pula? Aku nak tengok sejauh mana kau dah lupa akan dosa-dosa kau,  pelacur!" Engku Fatih menggertak kejam. Leher jinjang Ezarra dicengkam dengan kasarnya.

"Biar kau tak lupa macam mana kejamnya kau terhadap Engku Faridh! Bukan cuma Engku Faridh, kau juga dah ambil sesuatu yang berharga dari aku dan Engku Feriza. Adik aku selalu nak bunuh diri sebab kau, perempuan! Sebab kau! Kau tengok betapa betapa kejamnya kau dengan anak-anak Engku Faridh!" Engku Fatih menyinga, cengkaman pada leher Ezarra dikuatkan lagi sampai beralih kemerahan muka gadis itu.

"Kau ingat kau dah boleh bebas bila kau dah berjaya tikam dia? Kau kena ingat dia masih ada keturunan. Dia masih ada anak-anak yang sayangkan dia. Dia masih ada Engku Fatih dan Engku Feriza! Kau jentik dia, bermaksud kau dah jentik tujuh keturunan dia! Tujuh keturunan kau juga akan bersemuka dengan tujuh keturunan Engku Faridh!"

Ezarra terjelepok depan Engku Fatih. Melutut dan menangis tak mampu mengucapkan sebarang ayat. Buntu. Tak tahu apa yang harus dikatakan pada Engku Fatih.

Kerana, dia sudah kalah seratus-peratus dalam mahkamah Engku Fatih. Merayu lagi? Perkataan maaf itu sampah bagi Engku Fatih.

"Bangun. Kau tengok muka aku. Kau tengok muka sekarang. Muka keturunan Engku Faridh yang kau dah berjaya jentik. Kau tengok muka aku, pelacur murahan!" Engku Fatih tangkap pipi Ezarra. Wajah Ezarra ditegakkan supaya melihat ke arah wajahnya yang bengis.

THE FATIH'S COURTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang