"Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya.
Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan...
"Saya tak perlukan sentuhan lelaki durjana dan egois macam Engku." Lawan Ezzara.
"Haha. Durjana? Egois?" Engku Fatih terketawa lagi. Langkah ditapak dekat pada Ezzara. Bang! Sebuah meja kaca diterbalikkan di depan Ezzara. Prang! Berkecai kuat saatnya ia menghempas ke dinding.
"Kau nak aku belai kau macam mana? Belai kau macam ratu? Perlukah aku nak belai pelacur macam kau ni baik-baik?!"
"Pelacur juga manusia berhati perut, Engku Fatih! Awak nak hina saya, boleh. Tapi awak dah hina wanita yang lahirkan awak dunia ke ni. Awak kena sedar siapa Ratu Betrisha!"
Oh, ini memang melampau ni! Engku Fatih rasanya tak boleh bersabar lagi.
"Apa maksud kau? Kau nak cakap aku ni anak seorang pelacur? Kau nak samakan mama aku dengan kau?!" Engku Fatih jerkah besar muka Ezzara.
"Ya! Memang awak ni anak pelacur! Sebab itu perangai awak ni dayus, ego dan perasan awak ni betul dalam semua benda!" Jerit Ezzara.
"Do you want to fight me? Then, fight me!Fight me!" Bibit bicara Engku Fatih makin tinggi disulam dengan rasa ego sedang mencanak ketika ini.
Marah, kerana Ezzara sudah pandai meninggikan suara. Benci, kerana Ezzara sudah pandai membentak. Geram!
Leher Ezzara dicekup, tubuh Ezzara didorong deras ke birai katil. Siapa cakap dia sudah tergoda dengan wajah cantik perempuan ini? Dia masih kenal siapa Ezzara!
"Okey, kau jangan menyesal apa yang kau semburkan dekat aku tadi. Alang-alang kau dah hina aku, sekarang aku nak kau pulak rasa mengandungkan anak dari anak seorang pelacur! Kau jangan nak perasan kau ni perempuan suci! Sebelum aku, Engku Faridh memang dah awal bedal kau!"
Ezzara kalut ekoran tubuh sasa Engku Fatih berjaya menindih dan mengawal secara ketat pergerakannya.
Ezzara melawan sehabis tenaga sebaik fabrik bajunya hampir tersingkap ke paras dada angkara tindakan Engku Fatih.