"Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya.
Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
—Evaretz
"KAU DEKAT TUNGGU SINI. Jangan pergi mana-mana sebelum aku balik." Engku Fatih silang tali riffle pada badan. Sesudah memperbetulkan semula kain pelana, Leon dikunci pada sebatang pokok.
"Ingat, jangan pergi mana-mana. Kau faham maksud aku?"Lelaki itu ulang sekali lagi arahannya pada Ezarra yang diam tunduk ke tanah.
"Engku tak lama kan?"
"Apa yang kau takut sangat? Tak ada binatang buas dekat sini. Paling-paling pun, babi hutan dan rusa. Kalau ada babi hutan cuba nak sondol kau, panjatlah mana-mana pokok."
Panjat pokok? Sedap mulut Engku Fatih saja!
Ezarra gigit bibir. Geram. Ingat cuma nak tunggang kuda keliling soul maze, rupanya lelaki itu melencong pergi berburu. Tak lama lagi ada sesi bergambar. Masaklah kena bedal dengan Engku Andara nanti.
Langkah Engku Fatih yang semakin jauh dipandang sepi. Tak lama lepas itu, Engku Fatih pun lesap ditelan semak. Seram. Ezarra usap tengkuk yang asyik meremang.
Prak! Bunyi ranting patah dipijak segera memusatkan kepala Ezarra pada arah bunyi tersebut. Mata dipincingkan kecil.
Engku Firman.
"Queen of Evaretz." Engku Firman keliling Ezarra bersama si Zylo yang asyik merengek ingin berhenti kerana lelah. Zylo ditambat pada tidak jauh dari kawasan Leon ditambat.
Ezarra kalut, goyah lutut serta dadanya mulai tidak duduk diam lagi. Degupan jantung kuat memalu cengkerangnya sendiri. Kaki diundur beberapa langkah ke belakang sejurus Engku Firman datang mendekati.
"Awak jangan cuba dekat saya. Sebelum saya jerit panggil suami saya." Ancam Ezarra, gaun panjang hingga buku lali diangkat separa lutut. Sedia buka langkah seribu.
"Shhh—"
"Dia tak akan dengar, kau lah pelacur. Sebelum kau kenal dia, kau dah kenal aku dulu. Sebelum kau kenal Engku Faridh lagi."
Ezarra mahu membuka langkah tetapi tersekat apabila belakang gaunnya menjadi mangsa Engku Firman. Brak!
"Argh!"Ezarra meronta dalam dakapan Engku Firman.
"Kau ni wangi dan sedap gila lah. Tapi, sayangnya suami kau tak akan pandang kau. Sebab kau ni pembunuh Engku Faridh. Eh, kau diam. Diam!" Gertak Engku Firman bengis.
Rambut Ezarra dipulas. Pang! Tangannya laju hinggap pada Ezarra. Geram dengan Ezarra yang banyak melingkang tak dengar arahan.
"Lepaskan saya!" Buk! Ezarra hentak sekuat hati sikunya pada perut Engku Firman. Selepas itu, kakinya laju pergi menerjah di mana tempat Engku Fatih menghilangkan diri tadi.