BAB 28

6.7K 584 61
                                        

D U A M I N G G U K E M U D I A N

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

D U A M I N G G U K E M U D I A N


"ENGKU FATIH, Cik Puan dah sedar cuma keadaan dia masih lemah. Kalau Engku tak keberatan, Engku boleh datang hospital hari ni."

Lekas tayar kereta Engku Fatih mengolek jalan raya. Ingin sampai cepat ke hospital sehabis Doktor Norman menyampaikan maklumat sebentar tadi.

Sampai di hospital, Doktor Norman siap sedia menyambut kedatangannya.

"Cik Puan tengah tidur. Tadi saya dah suruh nurse bagi dia ubat. Kalau dia bangun nanti, ingatkan dia makan ubat sekali."

"Sure," Engku Fatih mengangguk.

"Semua ni berkat doa Engku. Cik Puan seorang wanita yang kuat. Jaga dia baik-baik, ya. Kalau ada apa-apa, boleh cari saya. Saya pergi dulu." Pamit Doktor Norman. Bahu pemuda itu ditepuk sebelum langkahnya meninggalkan Engku Fatih.

Engku Fatih piuh tombol pintu sebaik bayang-bayang Doktor Norman tidak lagi kelihatan pada matanya. Terselaknya daun pintu, Ezzara yang sudah berjaga sejak tadi terus berpura-pura tidur. Tahu itu kedatangan Engku Fatih. Bermakna, episod luka dalam kehidupannya berputar sekali lagi.

"Welcome back, sayang."

Bisikan Engku Fatih memecahkan darah Ezzara hingga ke urat kepala. Selamat kembali, sayang? Sinis. Nafas Engku Fatih terasa bertembung dengan nafasnya. Gila, bagaimana dia mampu bertahan?

Cadar tilam direnggut diam.

"Bunyi nafas kau aku dah tahu kau seriau sekarang ni. Apa salahnya kau buka mata? Tak rindu ke dekat muka handsome suami kau ni?" Cucuk Engku Fatih.

Ezzara celik mata. Pandang seram wajah Engku Fatih dengan hujung mata. Wajah itu. Wajah itulah yang selalu menemani alam tidurnya. Orang yang sama tapi sifatnya sangat lain. Engku Fatih yang satu ini cukup mendamaikan tapi yang satu ini? Kejamnya tidak mampu dibicarakan.

"Makan ubat kau. Doktor Norman dah letak atas meja." Arah Engku Fatih. Pemuda itu kelihatan bergerak ke arah kerusi tetamu. Langsung tidak menghiraukan si Ezzara yang telah terkial-kial cuba mencapai mangkuk bubur dan bekas ubat atas meja yang sedikit jauh dari katil.

Ezzara merengus pedih. Ditambahkan rasa sakit pada bekas luka tembakan itu seakan-akan merobek kulitnya waktu ini. Melihat Engku Fatih yang langsung acuh tidak acuh dengan dirinya, Ezzara tabahkan hati. Lagipun, buat apa dia mahu mengharapkan pertolongan lelaki seperti Engku Fatih?

Engku Fatih menghulurkan bantuan? Mungkin ada. Tapi, selepas itu siap sedia sajalah kena menghadap carutan dan makian.

Engku Fatih tiba-tiba mendengus kecil. Kalau dah susah tu, panggillah orang. Memang suka sangat menyusahkan diri.

THE FATIH'S COURTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang