"Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya.
Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
—Evaretz
GAMBAR dari Nazri Whatsapp dibuka. Engku Fatih tarik kering rapat-rapat. Pigeout Lantrek? Gambar jelas tidak jelas itu di zoom in dan zoom out kerana matanya amat sukar mengesan nombor satupun plat kereta tersebut.
"Baik kau mengaku sekarang apa kau dah buat malam kau tikam Engku Faridh sebab rasanya Evaretz tak ada Pigeout Lantrek macam ni. Tak akan ada orang masuk ke dalam Evaretz selepas pukul 12 malam." Engku Fatih pampang gambar kereta tersebut pada mata besar Ezarra.
"Saya tak tahu apa-apa, Engku." Jawab Ezarra singkat. Sumpah, dia sangat tak tahu menahu hal ini. Selepas insiden berdarah itu berlaku, dia langsung keluar dari Evaretz. Berlari sekitar 500 meter bukan lari pakai kereta.
"Saya berlari ke luar lepas kami bergelut, Engku Fatih. Saya tak nampak pun kereta ni luar mansion."
"Kau tak payah nak kelentong aku. Aku dari sini pun dah cium kau ni bau bangkai. Kebusukan kau ni semua aku dah tahu!" Engku Fatih terus cengkeram leher Ezarra.
"Kau tak boleh rahsia satu benda pun dari aku. Sebab apa? Kita akan berkongsi akal, hati dan perasaan. Kau akan berkongsi semua benda ni dengan Engku Fatih! Kau tak boleh lari selangkahpun dari aku. Selangkah kau melangkah, kau akan kejutkan satu langkah. Langkah yang sentiasa berdamping dengan kau. Langkah Engku Fatih!" Badan Ezarra didorong ke dinding.
"Macammana—macammana lagi saya nak buat Engku percaya? Saya tak buat, Engku. Saya tak tahu apa yang Engku cuba sampaikan. Saya tak faham. Saya tak faham, Engku." Ujar Ezarra selari esak tangis yang lebat.
Tok! Tok! Nama Engku Fatih terlaung bebas di luar kamar pengantin.
Engku Andara.
"Fatih? Buka pintu ni dulu, Fatih!" Engku Andara diserang rasa syak wasangka kurang senang. Bukan itu hanya tangisan Ezarra tapi suara Engku Fatih yang kasar seperti marah benar. Ketukan Engku Andara berubah kasar setelah tiada langsung maklum balas dari Engku Fatih.
"Kau akan menyesal separuh mati atas apa yang kau buat ni, perempuan sihir. Kau akan menyesal."Leher Ezarra dilepaskan geram.
"Fatih!"
"Hei, Engku Fatih Adam!" Suara Engku Andara melonjak tinggi.
Terperanjat tanpa kata, Ezarra mendecit cuba menjauhkan diri dari Engku Fatih tatkala tangan kekar itu telahpun mencapai fabrik baju pengantinnya.
Di bahagian dada.
Satu, dua, tiga... Prak!
"Argh!" Jeritan ketakutan Ezarra hempas bilik pengantin. Bahagian dada yang terdedah cepat-cepat ditutup. Drastik mengalihkan tubuhnya dari figura Engku Fatih. Berpinar-pinar retina mata. Nak pengsan!