BAB 22

5.4K 415 30
                                    

MATA DIKELIHKAN perlahan sebaik sahaja mendengar perbualan tegang menepis telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA DIKELIHKAN perlahan sebaik sahaja mendengar perbualan tegang menepis telinga. Siling putih direnung lama sambil itu fikirannya cuba mengulang semula apa peristiwa yang telah berlaku sampai dia boleh terlantar kaku di katil hospital ini.

Ya, mana mungkin dia lupa walhal rasa pening dan sakit kepala itu masih mengingit deria rasanya. Dia tak lupa bagaimana dia boleh rebah terkulai layu di depan mata Engku Fatih.

"Ini kes pelik lah, nenda. Semalam lepas berborak dengan Feriza, Kak Bella ada cakap dia nak pergi pantri tapi Feriza dah tanya dia dia tak tau apa-apa pun fasal ni. Dia tak cakap tak ada sesiapapun pun dekat pantri." Engku Feriza didengar gusar di luar wad.

Ezzara pasang telinga. Isabella tak ada dekat pantri? Habis siapa dengan dia bercakap semalam? Isabella menipu. Dia disabotaj. Tak pernah terdetik niatnya hendak meletakkan apa-apa di dalam minuman Engku Fatih.

"Nenda dengan Feriza boleh balik dulu. I'll handle this thing by myself."

"Kalau ada apa-apa perkembangan Zarra jangan lupa bagitahu nenda."

Klak! Tombol pintu diselak dari luar. Cepat-cepat Ezzara menutup kelopak matanya semula. Berpura-pura masih tidak sedar bahwa dunia perasaan Engku Fatih sedang tunggang-terbalik tika ini.

Derap kaki Engku Fatih makin dekat. Deruan nafas Engku Fatih sudah terasa menyiat kulit pipinya dan kemudian berlalu ke bahagian telinga.

Ezzara genggam selimut, disamping hatinya sedang mengawal kegerunan. Sudah pasti, Engku Fatih akan meletakkan kesalahan tersebut pada atas bahunya saja. Dan mulut Engku Fatih akan berbuih mengeluarkan kata hinaan dan cacian lagi.

Satu, dua, tiga. Ezzara buka mata. Cuba melarikan diri dari Engku Fatih. Tapi tak sedar pula tangan Engku Fatih lebih cekap mencekau batang lehernya dari arah belakang.

"Kau nak bunuh aku? Nak racun aku? Kau nak larikan diri dari aku?" Engku Fatih beri bisikan mampir telinga Ezzara. Lubang pistol dihenyak tepi kening Ezzara. Kali ini, dia tak main-main. Selangkah Ezzara berkuit, otak wanita ini akan bersepai. Sudah puas. Sudah puas menahan sabar.

"Bukan saya. Bukan saya yang buat."

"Bukan kau?!" Suara Engku Fatih berdentang tahap maksima. Kolar baju hospital Ezzara ditarik. Ditarik sampai muka Ezzara naik sama paras dengan mukanya.

"Bukan saya yang buat!" Entah dari mana kekuatan itu datang, Ezzara gunakan untuk secebis keadilan buat diri.

Engku Fatih terkekek kecil. Kecil tapi sakarstik. Sial, memang sial. Sial punya perempuan. Sekarang pun masih nak tegakkan benang yang basah tanpa sebab yang solid? Cukup mengatakan diri tidak bersalah dia fikir itu sudah cukup?

"Cuba awak fikir. Awak fikir masak-masak sebelum awak tuduh saya. Saya tak masukkan apa-apa dalam minuman awak. Saya tak buat kerja keji macam tu. Kalau saya nak bunuh awak pun, saya tak akan pakai cara macam ni."

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now