BAB 30

7.9K 566 51
                                    

"HEI, AWAK TAK SEPATUTNYA ambil barang Engku Fatih macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HEI, AWAK TAK SEPATUTNYA ambil barang Engku Fatih macam ni. Pencuri!" Setelah puas mendengar cacian Isabella, timbul perasaan berani Ezzara untuk menentang perempuan itu. Bagi Ezzara, Isabella kurang ajar dan Engku Andara atau Engku Feriza sekalipun tidak harus tahu bukti ini.

"Oh, seriously? A thief? Kalau aku ni pencuri, kau ni apa?!"Isabella simpan cepat pendrive yang jadi rebutan mereka ke dalam beg tangannya.

"Hah? Kau ni apa? Heh.. Kau ni pembunuh. Kau ni tak layak jadi isteri dia kau faham tak? Sebab kau ni dah bunuh ayah dia. Ayah dia, Engku Faridh!" Isabella tak habis-habis melojak dada Ezzara. Muka saja nampak bengap tapi hakikatnya syaitan bertopengkan manusia.

"Perempuan macam kau ni, layak jadi perempuan simpanan Engku Fatih saja. Cukup masa dia boleh humbankan dalam tong sampah!" Caci Isabella.

Buk! Seperti aktifnya kuasa elektrik, penumbuk Ezzara laju menghentak hidung Isabella setelah penat bersabar. Akibat serangan Ezzara, tubuh Isabella tertolak sikit ke belakang.

"Kau tumbuk aku, perempuan?! Kau ingat kau dah cukup kuat ke nak lawan aku?!" Isabella mara ke arah Ezzara. Pang! Tamparan kuat dilayangkan pada muka Ezzara.

Ezzara tak mahu kalah. Buat apa dia mahu kalah? Tamparan Isabella dibalas sekuat hati. Pang! 

"Kau ni memang kurang ajar macam ni, ke hah?" Baju wad Ezzara ditarik, ingat mahu mencakar kaw-kaw wajah Ezzara tapi Ezzara lebih laju membalas serangannya. Buk! Sekali lagi tubuh Isabella terdorong ke belakang ekoran tendangan terkena celah kangkangnya.

Klak! Daun pintu terbuka.

Menghidangkan figura sasa Engku Fatih. Tubuh Isabella yang mahu menerpa semula pada Ezzara terus dihalang. Sudah dijangka, macam ada sesuatu yang tak kena berlaku ni!

"Heh, eh, eh! Engkau apahal?!"

"Abang, perempuan ni pembunuh. Bella dah tahu siapa sebenarnya perempuan ni! Tak lama lagi Bella akan sebarkan bagi semua orang tahu yang perempuan ini pembunuh Engku Faridh." Jerit Isabella kononnya Engku Fatih akan menyokong ayatnya.

Engku Fatih terjeda. Wajah Isabella dan Ezzara dipandang silih berganti.

"Dia curi pendrive awak dalam bilik kerja dan serang saya dekat wad sebab saya ni pembunuh Engku Faridh. Siap ugut saya nak laporkan benda ni pada Engku Andara kalau kita akan teruskan hubungan kita ni!" Adu Ezzara berani.

"Aku tak curi, aku terambil dan tertengok apa isi dalam pendrive ni. Oh, sebab itulah husband kau setia sangat dengan kau kan? Nak bela pembunuh rupanya. Haha." Isabella lepas gelak mengejek.

Kurang ajar perempuan ini. Engku Fatih lelah menahan sabar. Sudah tiba masa kasi ajar perempuan ini sekupang dua!

"Kau tak terambil. Kau memang pencuri. Bagi balik barang aku sebelum aku cekik kau sampai mampus dekat sini."

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now