BAB 29

6K 509 54
                                    

18SG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


18SG

ENAM BUAH Dmax x Terrain warna hitam kelihatan laju menjelajahi jalan hutan yang sedikit licin selepas hujan pagi tadi. Kelihatan pacuan beroda empat tersebut sedang bergegas ke satu tempat. Tempat tersembunyi. Tempat jauh dari manusia.

Perjalanan mereka ke sini sekitar melebihi tiga jam dari destinasi awal. Tak lama selepas itu, escort beramai-ramai tadi membelok ke satu simpang dimana terletaknya akan sebuah peninggalan kuari lama.

Escort pertama yang mendahului rombongan itu terus masuk ke dalam kilang kuari lama yang terletak elok dikawasan tersebut. Menggeledah pintu masuk ke lubang bawah tanah.

Mata masing-masing disajikan dengan dua jasad yang hampir putus nyawa dalam keadaan berdarah teruk. Kain hitam yang menutupi kepala mereka terus direntap sejurus Engku Fatih tiba di kawasan itu.

"Seorang berjaya larikan diri pada hari tu. Cuma dua orang ni yang kami berjaya serbu. Engku Fatih kena berhati-hati. Yang lepas hari tu, dialah paling bahaya. Dia macam pelesit dan bukan sembarangan orang suruhan. Ada tiga orang kita cedera, seorang lagi maut tak dapat diselamatkan." Cerita Nazri.

"Tak apa. Itu aku dah tahu. Aku nak tengok dulu muka hensem anjing-anjing Datuk Hazrael ni." Engku Fatih dongak dagu satu demi satu dagu saspek yang telah menghantar serangan mereka pada hari itu dengan hujung sepucuk Glock17.

"Tch! Ahahahahahah." Salah seorang dari saspek itu terketawa sinis selepas berpancar pandangan dengan Engku Fatih. Ketawa melecehkan Engku Fatih. Tidak lama selepas itu, ketawanya pula disambung dengan gelak besar Engku Fatih.

"Lahai, comelnya bunyi ketawa engkau ni. Terima kasih, kau dah hiburkan aku hari ni. Gigi kau cantik. Sumpah, macam gigi anjing kesayangan aku. Nama dia Kaito. " Kata Engku Fatih berbaur perlian.

"Kami belum tahu lagi identiti mereka."

"Tak apa. Aku tak nak tahu. Sebab anjing-anjing suruhan macam ni tak perlu kita nak tahu identiti dia. Tiba masa mati katak, bersepah mereput tak perlu lubang kubur pun. Jadi baja dalam tanah kira dah cukuplah."

"Bukan main lagi kau tunjuk terror depan aku. Kalau jadi apa-apa dekat wife aku hari tu, lebih teruk lagi aku kerjakan korang ya. Aku tak pakai cari ni. Aku terus campak saja dalam api." Gumam Engku Fatih.

"Hari ni, aku tak nak pukul orang sebab aku belum makan tengahari lagi. Cukup aku tahu mana tuan kau berdua sembunyikan diri sekarang ni. Jadi, korang kena bagi kerjasama. Aku tengah lapar ni. Jangan buat aku marah." Engku Fatih bertinggung depan tubuh lemah kedua-dua saspek tersebut.

"Mana Datuk Hazrael sekarang ni?" Bisik Engku Fatih pada telinga saspek yang bergantungan di sebelah kiri.

"Aku... Aku tak akan jawab kau, musibat. Aku jawab atau aku tak jawab sekalipun, aku tetap mati kan? Asal kau tahu... Aku mati hari ni akan jadi isu besar kau dengan tuan aku. Ingat tu." Jelasnya pada Engku Fatih. Mata kuyunya tajam menikam seluruh wajah Engku Fatih.

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now