—Evaretz
"ENGKU FATIH ADAM BIN ENGKU FARIDH HUSIN, aku nikahkan dikau dengan Ezarra Aisya Binti Abdullah dengan seperangkat alat solat dan wang ringgit berjumlah RM150 ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Ezarra Aisya Binti Abdullah dengan seperangkat alat solat dan wang ringgit berjumlah RM150 ringgit tunai." Lurus serta lancar akad itu keluar bibir Engku Fatih.
Ezarra menanti soalan yang seterusnya. Menanti bersama jantung yang berlarian tidak cukup tanah.
"Sah?"
Ezarra pandang bibir Engku Fatih. Ya Allah, janganlah keluar perkataan itu.
Tolonglah, jangan.
"Sah." Sebut Engku Fatih mendatar tapi cukup menggetarkan dada Ezarra.
"Alhamdulilah." Rentak suara para jemaah yang hadir berbunyi selari.
Engku Fatih kucup dahi Ezarra.
"Welcome to the Fatih's court. Kau gagal bawa affidavit, kau akan tanggung siksaan itu sampai ajal kau." Bisik Engku Fatih.
"ENGKU FATIH! ENGKU FATIH!" Beberapa orang kanak-kanak lelaki dalam likungan umur 7 tahun dan 10 tahun kelihatan memukul cermin kereta limousine hitam yang sedang masuk ke dalam perkarangan Evaretz.
Engku Fatih tengok jam tangan. Pukul 12.30 tengahari. Pukul 12.30 tengahari ribuan manusia sudah berkumpul di luar Evaretz?
"Nazri, call ketua pengawal suruh hantar team dia bersedia awal-awal dekat pagar Evaretz. Tutup pagar dengan kadar segera sebelum orang ramai makin terjah masuk Evaretz. Kita patut kawal kemasukan orang."
"Baik, Engku."
"Engku Fatih! Bagilah kami masuk. Kami dah kepanasan dekat sini. Kami dah lapar!"Tempat duduk belakang dimana Ezarra menikus sepi kini jadi sasaran.
"Engku Fatih, kami nak tengok Ratu Evaretz! Ratu Evaretz, pandang sini! Subhanallah, cantiknya! Ratu Evaretz!" Jerit wanita-wanita di luar sana, ada yang datang sendiri dan ada juga yang sedang berkendong bayi kecil.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Dragoste"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...