"Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya.
Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“SEBELUM ni kau siasat siapa ahli keluarga dia kau memang tak perasan siapa Effaniza tu?" Kalimah Engku Fatih kedengaran membuka semula meja perbualannya bersama Nazri.
"Ya, Engku. Maaf kami memang tak perasan yang Cik Puan Ezzara ni masih ada saudara perempuan sebab dia memang satu-satunya anak tunggal Fatima. Anak tak sah taraf Fatima dengan Badris. Effaniza tu aku rasa anak Fatima dengan bekas suami dia." Nazri hujahkan pendapat setelah lama mendiamkan diri.
"Sekarang ni, kita kena cari siapa bekas suami Fatima dulu. Mungkin Effaniza tu lari ikut ayah dia sebab ini mandatori, Nazri. Aku nak tahu cerita sebenar betulkah daddy aku yang arahkan orang bunuh dan bakar suami Effaniza depan rumah mereka," Gumam Engku Fatih bersama semangatnya berkobar mahukan kebenaran yang sebetulnya akan terbongkar secepat yang mungkin.
Kalau betul apa yang didedahkan oleh Ezzara benar belaka, maka itu adalah satu kesalahan dan hutang paling besar tujuh keturunan Engku Faridh terhadap tujuh keturunan Fatima. Dan, tujuh keturunan Engku Faridh haruslah bertanggungjawab terhadap tujuh keturunan Fatima.
"If that were true—"
"Just if. So, that is the massive debts that Engku Faridh has to pay. It takes a huge responsibility, effort, andcompensation." Ujar Engku Fatih mendalam.
Berhutang memang salah, tapi Engku Faridh secara logiknya tidak boleh menggunakan kekerasan sebegitu untuk memungut hutang dari keluarga Fatima sampaikan boleh melibatkan nyawa mereka. Engku Fatih bersedia. Tak mahu terlalu bacul untuk mengakui kesalahan Engku Faridh.
"I'm an evil. Apa yang kau kata sebelum ni betul, Nazri. Mustahil gadis senaif dan sebaik Ezzara boleh tikam Engku Faridh. Yes, she stabbed my daddy because wanted to save herself. Until now, i'm still suprise."
Nazri hela nafasnya perlahan. Manusia, kadangnya tidak akan menyesal sebelum tengadah. Lihat pada air wajah Engku Fatih, pemuda itu nampak tertekan. Tertekan kerana terpaksa memikirkan pelbagai jenis tipu helah untuk mengaburkan mata Ezzara.
"Engku menipu lagi?"
"Menipu sunat, Nazri. Now, i'm try my best to save myself from Ezzara. She's quiet fierce— Full of fire." Engku Fatih jeling muka Nazri yang langsung tersengih sendiri.
Tunggu, Engku Fatih takut dengan Ezzara? Rasanya fenomena ini jarang berlaku. Nazri tak tahan, terketawa di depan Engku Fatih.
"Relax, Engku. Takut bini ini perkara biasa. Saya pun ada bini, hari-hari mengamuk macam naga tapi dalam pada yang sama mereka sangat lovely. Kalau ada salah tu cepatlah minta maaf. Jangan ego sebab ego nilah yang akan membunuh diri kita nanti."
"Buat masa sekarang ni, Engku ambilah hati Cik Puan. Beli bunga ke, coklat ke atau tiap-tiap hari tu Engku bagilah ayat-ayat manis untuk dia sebelum dia bangun pagi." Nasihat Nazri memandangkan Engku Fatih baru nak berjinak dalam dunia romantiknya. Yalah, sebelum ini tak pernah bercinta pula mamat tu. Saat getir ini pula berebut nak ambil hati isteri.