Siling putih dijamah lama dengan retina mata dengan renungan sifar. Kemudian, lirikan matanya beralih pada sebuah jam yang terletak elok pada dinding. Baru menginjak ke angka 3 pagi. Rasanya sejak dari pukul 1 pagi matanya sudah segar-bugar setelah diamuk oleh satu mimpi yang meralatkan fikiran Ezzara hingga ke saat ini. Bukan mimpi indah, bukan juga mimpi buruk tapi seolah-olah ingin memberi satu petunjuk.
Meskinya ia hanyalah sekadar mimpi, sampai sekarang masih terasa suasana dan bau kandang kuda yang sengit mencengkam deria hidung juga dicampuri jerkahan suara seorang lelaki yang tidak dikenali. Ezzara tak pasti, adakah itu dampak trauma yang dihidapinya atau dia telah terbawa-bawa dengan cerita Stable Girl, kisah dongeng Engku Fatih.
Duduk di birai katil, Ezzara tatap jenuh wajah Engku Fatih yang sedang jauh dilayar mimpi. Tika helaian selimut mahu ditarik ke badan, perempuan itu dikejutkan dengan suara Engku Fatih yang berdendang dalam keadaan mamai.
"Zarra..."
"Zarra..."
"Abang?" Bahu Engku Fatih diberikan sentuhan lembut. Beberapa kali dia menggoncang lembut bahu lelaki itu barulah Engku Fatih tengadah dari bunga-bunga tidurnya.
"Ada apa dengan abang?" Tanya Ezzara penuh kehairanan. Dari biasan cahaya lampu tidur yang malap wajah Engku Fatih tampak pucat lesi dan berpeluh ringan. Tubuhnya yang separuh bogel juga memaparkan lekukan dada Engku Fatih yang sedang kembang kencup. Laju.
"Fatih?"
"Abang, jawab Zarra. Abang dah takutkan Zarra," Tegah Ezzara pada wajah Engku Fatih yang masih di dalam lamunan.
"Abang, pandang Zarra."
"Zarra, abang minta maaf." Lirih, detakan suara Engku Fatih mematikan garisan senyuman nipis Ezzara digantikan oleh lekukan dalam pelipisnya.
"Kenapa? Abang dah pernah buat salah dengan Zarra ke sebelum ni? Abang pernah buat dosa besar pada Zarra?" Ezzara menumpu tajam pada anak mata Engku Fatih yang kadangkala dihiasi oleh lakaran warna paradoks.
Engku Fatih tiba-tiba seriau. Fikiran jadi berbolak-balik. Patutkah? Patutkah Ezzara tahu betapa iblisnya dia sebelum ini terhadap perempuan itu? Rasanya Ezzara tidak perlu tahu malah jika Ezzara tidak pernah tahu itu lebih afdal.
"Tak. Tapi kalau abang ada dosa dengan isteri abang, abang nak minta maaf. Abang nak minta ampun mana tahu esok lusa abang dah tak sempat nak minta maaf."
"Kenapa abang cakap macam tu dekat Zarra? Abang nak pergi tinggalkan Zarra?"
"Abang never leave you, Ezzara. Itu janji abang. Kecuali maut yang pisahkan abang dengan Zarra. Cuma abang takut Zarra yang tinggalkan abang satu hari nanti," Tutur Engku Fatih. Jari-jemari lembut isterinya disentuh lalu digengem erat.
"Kenapa Zarra perlu tinggalkan abang? Abang ada sembunyikan sesuatu dari Zarra kah?"
"Rasanya tak ada. Maafkan abang. Abang rasanya tak perlu bangkitkan hal remeh temeh ni. Abang tahu Zarra sayangkan abang. Zarra tak akan tinggalkan abang." Engku Fatih terpaksa menyimpang.
"Abang sayangkan Zarra?" Soal Ezzara, seperti dapat menebak aura yang tidak baik pada suaminya.
"Abang cintakan Zarra sejak dari pertama kali abang jumpa Zarra." Akui Engku Fatih sangat ikhlas. Tipu hatinya tidak bergetar dari hari pertama dia melihat Ezzara walaupun benci dan dendamnya mengganas ketika itu. Tak kira juga betapa kotor dan bau hancing kuda yang semerbak melumuri wajah Ezzara waktu tersebut.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romantizm"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...