HATI LELAKINYA masih ribut dan fikiran lepas mengembara ke dunianya sendiri. Kelu lidah Engku Fatih. Satu-persatu babak hina yang telah dia perlakukan pada Ezzara sebelum ini mulai mengetuk lubuk fikiran.
Tersedar, dia terlalu bodoh selama ini. Terlalu alpa dengan dendam dan benci yang sedang merajai hati.
Melihat Ezzara sekadar bergantung nafas dengan tiub dan mesin oksigen tika ini amat mencarik hati Engku Fatih. Ternyata, dia telah menghukum orang yang salah. Dia terfikir, bagaimana dia mahu menebus semua kesalahannya itu selepas ini?
Allah, kejamnya aku.
Kenapa aku boleh tergamak menyeksa perempuan seindah Ezzara Aisya? Ya, kalau aku jadi dia, aku juga tak akan mampu beri peluang kedua untuk Engku Fatih. Engku Fatih yang egois dan narsistik. Engku Fatih layak menanggung sesalan sepanjang umur hidupnya.
Maafkan aku, Ezzara. Aku memang jantan tak guna. Aku lelaki bodoh dan buta menilai. Lepas ni, kalau kau nak pukul aku, kau pukullah sampai aku mati. Mungkin itu jalan terbaik untuk kau balas semua khilaf dan kekejaman aku.
Bangunlah, sayang. Aku janjikan akan satu kehidupan baru untuk kau. Aku janji tak akan seksa kau lagi. Aku janji aku akan jaga kau dan bahagiakan kau. Aku janji kau tak akan jumpa Engku Fatih yang dulu. Aku janji aku akan jadi suami yang baik untuk kau.
Itu sumpah aku.
Sumpah yang aku tak mudah ceritakan pada kau. Tapi sumpah itu, siap-siap aku sematkan dalam diri aku mulai dari sekarang demi masa depan kita, rumah tangga kita dan mungkin demi anak-anak kita.
Aku dah terlalu banyak buang masa menghukum orang yang salah. Terlalu banyak buang masa. Banyak diksi mahu diluah, Engku Fatih cuma mampu menelan ke dalam tunjang dada. Perih menumbuk dada, Engku Fatih terasa pelupuk matanya memanas.
Menangis kau Fatih?
Jangan menangis Fatih. Banyak hutang yang kau perlu bayar. Banyak harga yang kau perlu balas.
"Fatih." Suara datar Engku Andara hempas pendengaran.
Engku Fatih pusingkan badan. Menelaah wajah Engku Andara yang dingin.
Tiada bicara, pandangan Engku Andara cuma dibalas dengan sebutir air mata jantan yang turun lesu menelusuri pipi.
Pak! Penampar padu Engku Andara terus melayang tepat pada pipi Engku Fatih.
"Wanita kalau dah sekali terluka, dia mungkin akan maafkan lelaki yang lukakan hati dia tapi tak semudah tu dia nak lupakan apa kau dah buat. Nenda harap Ezzara tak semudah itu nak maafkan kau." Raut wajah Engku Fatih yang kemerahan direnung serius.
"Memalukan."
"Fatih nak tahu apa sikap paling bahaya dalam diri Fatih? Fatih pernah belek diri sendiri? Pernah muhasabah diri? Hah? Disebabkan perangai ego dan suka berdendam dalam diri Fatih lah Fatih dah membunuh sejak umur enam tahun!"
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romance"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...