—Evaretz
"KAU JANGAN ingat perkahwinan ni akan timbul rasa cinta. Perkahwinan ini aku cipta untuk kau rasa seksaan daripada aku sepanjang hayat kau sampai kau mampus."
"Tak ada kematian untuk kau, pelacur. Kau tak layak mati! Kau tak berhak untuk rasa mati! Aku akan buat kau merayu-rayu akan kematian itu dari aku!"
"Kau ingat kau dah boleh bebas bila kau dah berjaya tikam dia? Kau kena ingat dia masih ada keturunan. Dia masih ada anak-anak yang sayangkan dia. Dia masih ada Engku Fatih dan Engku Feriza! Kau jentik dia, bermaksud kau dah jentik tujuh keturunan dia! Tujuh keturunan kau juga akan bersemuka dengan tujuh keturunan Engku Faridh!"
Ezarra benci. Benci melihat gaun secantik ini tersemat kemas pada tubuhnya. Swarovski Crystal Gown, dihasilkan oleh pereka fesyen dari Dubai bernama Michael Inco. Gaya opulent dan sedikit mengambil gaya sheer bodies.
Gaun Ratu Betrisha Jasmine. Gaun yang akan menjadi tayangan pada ribuan orang pagi ini tapi tak ada siapa hati si pemakainya sedang berdarah teruk. Tak ada siapa tahu si pemakainya sedang bertarung dengan rasa ketakutan, gusar dan kacau.
Jam melekat pada dinding tetap dikira saat dan waktunya. Berapa jam lagi dia akan sah menjadi isteri kepada Engku Fatih Adam. Puas dia berfikir bagaimana mahu mengelak tapi tetap tak ada menemui sebarang jawapan.
Melarikan diri dari Evaretz sekali lagi? Tikam Engku Fatih sepertimana dia menikam Engku Faridh? Ezarra rasa gaya itu sudah semakin tidak relevan. Dia penat. Penat mahu berfikir lagi. Masa semakin singkat.
Tok—tok! Daun pintu diketuk.
"Hai, Ezarra!" Terjengul wajah Engku Feriza. Bahagia dengan senyuman. Bila tahu Engku Fatih mahu berkahwin Engku Feriza lah orang paling bahagia. Pantas disapunya bersih-bersih air mata. Dua tiga hari ini Engku Feriza nampak aktif dan sangat ceria.
"Ya Allah, cantiknya! Macam mama Feriza! Cantiknya, Zarra. Jom selfie sat! Nak send dekat abang buchuk!" Engku Feriza pegun depan Ezarra. Bersinar-sinar anak matanya. Telefon pintar dikeluarkan. Klik! Klik! Klik!
"Woi, orang tua buchuk masiam! Bini hang dah tunggu! Sudah-sudahlah korek hidung hang. Taulah ketiak hang bau bawang Holland!" Voices message dihantar pada si empunya nama 'busuk masam'. Gambar-gambar tadi dihantar terus pada Engku Fatih.
"Woi, perempuan gemuk macam babi. Kau tak payah sibuk dengan bini aku. Ketiak kau hitam, muka macam beruk. Kentut bau sampah. Kau makan sampah ke?"
"Celaka, dia panggil aku gemuk macam babi. Kau sabar kejap, ya Fatih. Kau sabajap." Engku Feriza lentur nafas. Siap-siap menyimpan segala bom dalam mulutnya.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romance"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...