BAB 40

7.5K 513 45
                                        

LAMUNAN PANJANG Ezzara sejak dari hospital tersentak apabila tangan seseorang tiga-tiga menarik perlahan tangannya ke dalam genggaman

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

LAMUNAN PANJANG Ezzara sejak dari hospital tersentak apabila tangan seseorang tiga-tiga menarik perlahan tangannya ke dalam genggaman. Wajah Engku Fatih yang ralit fokus pada pemanduan direnung kosong.

"Senyum-senyum tu dah kenapa? Dah sewel?" Soalan Ezzara melontar keluar sebaik bunga-bunga senyuman Engku Fatih perlahan mekar pada bibir.

"Garanglah isteri abang sekarang ni..." Engku Fatih tarik tunggak hidung Ezzara.

"Awak suami saya macamlah awak tak biasa dengan sikap saya. Dulu saya ni ada bodoh-bodoh sikit ke?"

"Mana ada. Dulu dengan sekarang sama je. Garang tak boleh bawa bincang. Okey sikit lah sekarang. Dulu abang siap kena tibai. Kena tampar kena hempuk dengan bantal." Jawab Engku Fatih. Teringat dengan kejadian Ezzara mengamuk malam itu Engku Fatih sempat berfikir dua kali bahawa Ezzara sebenarnya bukan perempuan yang boleh dibuli sesuka hati.

Hummer H3 hitam gelap Engku Fatih ke dalam sebuah perkarangan sebuah  rumah. Saujana mata memandang, sebuah tasik menghiasi kawasan itu. Damai, tenang dan mengujakan mata yang memandang.

"Kita dah sampai."

"Ini rumah—abang?" Tanya Ezzara. Tak percaya. Rumahnya tidak terlalu besar tapi mempunyai konsep rumah-rumah impian bagi yang sukakan ketenangan seperti dia.

"Ini bukan rumah abang tapi rumah Zarra. Abang hadiahkan khas untuk isteri tercinta abang. Suka?" Dari kuntuman senyum Ezzarra yang mekar, Engku Fatih tahu Ezzara mesti suka.

Ezzara mengangguk.

"Kalau suka, jomlah masuk." Senyuman Engku Fatih melebar besar secara diam berarti usahanya bukanlah satu usaha yang sia-sia. Ezarra tunggu dulu. Selepas ini lagi banyak kejutan yang akan jadi milik Ezzarra.

"Tak apa, saya boleh jalan sendiri." Ezzara larikan tangan Engku Fatih yang berura mahu mengangkat tubuhnya ke dalam sebuah kerusi roda.

"Zarra tak payah segan dengan abang. Isteri abang masih tak sihat apa salahnya manja-manja sikit dekat abang." Setelah mencempung masuk tubuh Ezzara ke dalam kerusi roda, Engku Fatih bawa Ezzara bergerak masuk ke dalam penthouse tersebut.


"Perlukah saya bermanja lebih macam dengan awak? Awak tak meluat ke? Saya boleh jalan sendiri pun. Otak saya je terencat sekarang kaki saya tak kan?" Tebak Ezzara. Kadang-kadang layanan Engku Fatih yang terlebih kisah menyebabkan dia jadi rimas sendiri. Segan ada juga.

"No, don't say it again. Abang tak suka dengar. Abang tak rasa susah pun. Abang happy sebab mampu jaga Zarra tengah tak sihat sebelum giliran Zarra pulak jaga abang nanti. Mana tahu suatu hari nanti abang dah tak boleh bangun lagi macam sediakala?"

"Kata-kata kita kena jagalah, Fatih Adam. Jangan bercakap ikut sedap mulut abang je. Abang memang nak lumpuh sangat kah? Nanti saya belasah abang sampai lumpuh satu badan, ya." Marah Ezzara. Dia juga berbalik tidak suka dengan ayat-ayat Engku Fatih yang kedengaran agak keterlaluan.

THE FATIH'S COURTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang