BAB 21

5.4K 442 17
                                    

JAUH LAMUNANNYA terbang ke dalam dunia sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAUH LAMUNANNYA terbang ke dalam dunia sendiri. Mata coklatnya yang tajam dilihat menembusi dinding konkrit pejabat begitu juga alis tebal itu agak keras bertaut sesama sendiri. Penumbuk dikepal kukuh sampai timbul urat-urat hijau pada keningnya.

"Engku, saya takut."

"Saya nak Engku tahu yang saya selalu berasa disamping Engku tak kira benci manapun Engku dekat saya."

"Saya selamat dekat dengan Engku."

"Tak kira macam mana bahaya di belakang saya, saya tetap cari dan berlari pada Engku."

Engku Fatih masuk ke dalam ambang kebingungan. Bagaimana hatinya boleh bergelora melihat kepayahan Ezarra mencari punca nafas semalam?

Sepatutnya dia puas hati melihat gadis itu mati secara neutral. Semalam benar-benar neutral. Kalau Ezzara matipun, ia akan diklasifikasi sebagai kes bunuh diri kerana sudah semestinya tiada memalitkan isu jenayah.

"Saya tahu ada orang tak suka Engku. Ada orang nak bunuh Engku. Ada orang nak bunuh Engku... "

Siapa nak bunuh dia? Siapa berani nak perdajalkan diri dia? Kalau betul apa yang Ezzara perkatakan malam tadi, dia juga tak akan pernah gentar dengan segala ancaman. Tapi, mana mungkin dia boleh termakan dengan kata hasutan Ezzara? Ezzara mungkin berlakon dan pasti ada lagi agenda buruk perempuan itu di belakangnya.

Nyanyian si nothing phone dijawab setelah nama Nazri terpamer.

"Pagi, Engku. Kami dapat satu lagi footage beberapa bulan yang lalu iaitu tiga bulan yang lalu sebelum kematian berdarah Engku Faridh. Ya, Pigeout Lantrek ada berlegar sekali dekat Evaretz tapi belum nampak lagi siapa pemandunya. Bagi masa bincang dengan seorang IT professional dari US untuk clear kan semua footage."

"Send me all the video footage. Dari tarikh kereta tu ada berlegar dekat Evaretz sampai tarikh kereta tu berlegar lagi dekat Evaretz masa kematian Engku Faridh. Orang ni macam nak sangat bermain dengan aku." Tegas Engku Fatih. Kalau boleh hari ini juga dia akan hapuskan siapa lagi dalang pembunuhan Engku Faridh.

"Baik, Engku."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now