BAB 17

5.1K 391 31
                                    

—Evaretz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

—Evaretz

SEMENTARA menunggu kemunculan Engku Fatih keluar dari bilik persalinan, Ezarra mengambil tempat berdiri di tepi pintu bilik itu.

Klak! Ezarra automatik beralih ke jauh dari pintu persalinan. Kelihatan Engku Fatih keluar dari bilik persalinan dalam keadaan tidak berbaju.

Ezarra lentur nafas lega. Syukur, Engku Fatih tak ada komen lebih-lebih mengenai seluar yang telah dia sediakan. Cuma tinggal fasal baju lagi.

"Saya dah sediakan baju Engku."Bersama wajah dilarikan ke tempat lain, sehelai baju kemeja masih lekat penggantung baju diberikan pada Engku Fatih.

"Kau nak aku ulang berapa kali arahan ni?"

"Saya minta maaf, Engku." Ezarra segera menyarungkan baju kemeja tadi pada tubuh kekar lelaki itu.

"Jangan cakap kau dah lupa. Aku tak akan ulang arahan yang sama. Kau faham tak?"

Ezarra angguk perlahan. Mulai mencapai butang baju Engku Fatih. Ezarra teguh berpegang walaupun tengah dibadai gelora hati yang sedang mengganas. Tak akan kalah dengan renungan Engku Fatih yang sentiasa melekat jauh pada wajah dan tindakannya.

"Saya dah bersihkan Leon. Nanti Engku boleh jumpa Pak Yub."

"Pukul berapa kau bangun bersihkan Leon dan serahkan dia pada Pak Yub?"

"4 pagi, Engku." Jelas Ezarra. Sebenarnya pukul 3 pagi dia dah terpacak dalam kandang kuda mencari kuda bernama Leon. Mujur Leon tidak takut dan sangat mendengar arahan. Selepas itu bersiap dengan Uyaina di bilik solek bermula dari pukul 6 hingga 7 pagi. Barulah dia menyediakan segala kelengkapan Engku Fatih saat lelaki itu masih berada di bilik mandi.

Usai membutangkan baju Engku Fatih, Ezarra laju menjauhkan diri dari pemuda itu. Berdiri diam di sebelah pintu utama kamar mereka.

"Mana Engku Andara?"

"Tadi saya nampak dia dekat Soul garden. Dengan dua orang tetamu."

"Dua orang tetamu? Who?" Engku Fatih laju menyoal soalan.

"Che Puan Isabella dan Che Puan Julita, Engku Fatih."

Engku Fatih berhenti sebentar dari perbetulkan kemejanya dan menyambung semula kerjanya yang tergendala. Keparat, pagi-pagi dah semak dengan dua ekor beruk betina.

"Che Puan Isabella cantik sangat, Engku. Engku nak jumpa dengan Che Puan Isabella? Nanti saya cuba sampaikan pada mereka."

Engku Fatih kembali terpaku. Badan dipusingkan pada Ezarra. Malah makin didekati Ezarra yang sedang terkulat-kulat sendiri. Serba-salah.

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now