"Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya.
Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ENGKU FATIH enggan bersabar lagi. Pemegang tangga dipanjat. Zrap! Kakinya yang menggelongsor mengikut laluan pemegang tangga akhirnya dapat menyaingi langkah lelaki itu tadi.
Buk! Buk!
Kaki panjangnya menerajang dua kali belakang pemuda tersebut hingga mereka berdua sama-sama bergolek-golek pada gigi tangga sampai pada gigi tangga yang terakhir.
Ekspres, Engku Fatih bangun mengejar langkah si musuh yang singgah di sebuah kawasan lapang bahagian parkir bawah tanah.
Kau tak boleh lepas dari aku! Tak akan.
Muka sebuah kereta jenama Toyota Veloz dinaiki, deras kakinya menujah bumbung kereta tersebut dan buk! Sekali lagi sepakan sontak Engku Fatih berjaya menghentak kepala si bedebah itu.
Bak!
"Siapa kau..." Engku Fatih terjun perlahan dari badan si Toyota Veloz. Melihat sang musuh yang sudah membuang kot hitamnya ke bawah, berubah mencerlung pandangan Engku Fatih.
"Tak patut kau tak kenal aku. Kita pernah berjumpa sebelum ni... "Sinis, suara si musuh menghiris telinga Engku Fatih.
"Aku masih nak bergaduh dengan kau. Selagi kau tak mampus, selagi itu aku tak puas. Aku betul-betul ketagih nak bunuh kau sebab kau liat nak mati. Darah dibayar darah, nyawa dibayar nyawa. Orang-orang kau berjaya bunuh adik aku... " Termengah, si musuh nyatakan hasrat kenapa dia harus menjadi tetamu Engku Fatih malam ini.
Mengecil mata Engku Fatih. Dua belah penumbuk disediakan, siap siaga untuk membuka langkah dan menepis sebarang segala serangan dari si musuh. Kau lah, Jan Black. Pembunuh sebenar Engku Faridh.
"Kau bukan lawan Engku Faridh. Lawan kau yang sebenar, adalah aku. Engku Fatih Adam Bin Engku Faridh Husin. Bunuh Engku Faridh kau dah silap besar. Kau dah bangunkan lawan kau yang sepatutnya." Getus Engku Fatih sarat dengan dendam yang berkobar-kobar.
Jan Black mengekek ketawanya saat mendengar kenyataan besar Engku Fatih. Kencang, figura Engku Fatih dihampiri. Targetnya cuma satu, kepala Engku Fatih.
Kaki kanan ditekan pada palang penghadang jalan, manakala kaki kiri dihantar untuk menyerang Engku Fatih.
Tapi, rupanya dia tersilap andaian bila Engku Fatih tangkas mengelak segala serangannya.
Sebaik kaki Jan Black telah meredah lantai, disitu Engku Fatih mengambil langkah dengan merentap penumbuk Jan Black. Ditarik dan dipusing sekitar 180 darjah. Tap! Krak! Krak! Bunyi tulang lengan Jan Black kedengaran merengkuh telinga.
Zrak! Zrap! Engku Fatih layang sepakan, tapi tidak mengena ekoran Jan Black juga tidak kurang hebatnya dalam seni mempertahankan diri. Zrap! Kaki Jan Black lagi datang menerpa pada muka Engku Fatih. Tap! Ditangkap kemas, lalu dihumban secara kasar ke tepian.
Serentak, Engku Fatih dan Jan Black sama-sama menebar sepakan. Buk! Jan Black tengadah, terjatuh lutut di sebelah kiri bila tendangan Engku Fatih sampai dahulu lalu menghentak kuat hidungnya. Cecair likat terasa perlahan membelai rongga hidung. Jeda sejenak, Jan Black seka darah pada hidung.
Sah dan tepat, Engku Fatih bukanlah calang-calang orang untuk ditakluki dengan mudah. Gaya bunga taekwando Engku Fatih mungkin di peringkat maksima jika dilihat dari cara Engku Fatih mengelak, menyerang dan mengatur strategi.
Pertarungan mereka sengit kembali bila Engku Fatih melayangkan buku lima. Buk! Kena tepat muka Jan Black. Buk! Jan Black tak mahu kalah. Tumbukan Engku Fatih dibalas dengan menghantar serangan pada perut Engku Fatih. Buk! Buk! Buk! Engku Fatih menempik dalam senak, tubuh Jan Black disondol ke arah satu dinding. Buk! Kepala Jan Black disiku ganas. Buk! Buk!
Buk! Jan Black cepat mengambil strategi dengan menyepak betis Engku Fatih. Zrap! Sekali lagi kakinya menerjah kuat kaki Engku Fatih hingga Engku Fatih yang leka itu terlentang kuat di atas tar jalan. Bam! Tak mudah mengalah, Engku Fatih bangkit sambil menepuk-nepuk telinganya yang berdesing akibat hentak kuat pada kepala sebentar tadi.
Dikala itu, Jan Black terus menyerang Engku Fatih. Buk! Engku Fatih terdorong ke belakang sejurus kaki Jan Black lancar menyentak dadanya. Geram dan makin berapi, Engku Fatih mara ke depan lalu menghentak tepi leher Jan Black dengan kuat. Impak menghulur serangan, Jan Black tangkap lengan Engku Fatih laju. Krak!
Buk! Buk! Engku Fatih hunjam perut Jan Black dengan menggunakan kepala lutut. Bergerak tangkas ke belakang Jan Black, leher Jan Black direngkuh kuat.
Bak!
Kedua-dua pemuda itu tumbang atas jalan. Bergelut gamat dengan sesama sendiri. Engku Fatih merengkuh, manakala Jan Black beradu sepenuh tenaga untuk menghalang lingkaran tangan Engku Fatih yang sedang dalam cubaan untuk memecahkan nadinya.
"Argh!!!" Kedua-dua pemuda itu berpusing-pusing di atas lantai dalam keadaan tidak tentu arah, sama-sama menempik kuat untuk mengaut segala tenaga jantang masing-masing.
Lelah dicekak, Jan Black menyambung serangan dengan sisa upaya yang masih tinggal.
Hampir pitam, Jan Black berjaya menggapai serumpun rambut Engku Fatih. Dipagut sepenuh tenaga. Engku Fatih mengerang, lalu tangannya yang kuat melilit leher Jan Black tidak disedari terlepas dengan sendirinya.
Engku Fatih masih tak mahu mengalah. Tubuh Jan Black ditindih sebelum sempat Jan Black membangunkan diri.
Buk! Buk! Buk!
Penumbuk Engku ganas menghentam muka Jan Black sampai berkecing darah keluar dari hidung Jan Black. Buk! Buk! Tangan kanan dan tangan kiri sama-sama menyerang dengan sangat tangkas sehingga tiada nafas untuk Jan Black untuk membalas serangan.
Tap! Jan Black menyentak sepucuk pistol di sebalik belakang seluar jeans Engku Fatih. Saat itu, bermulalah pergelutan paling melelahkan apabila Jan Black hendak melepaskan tembakan.
Takut malang tidak berbau, Engku Fatih tahan sekuat hati tangan Jan Black yang menggengam pistol tersebut dari melepaskan tembakan.
Ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah posisi tangan Jan Black tapi masih juga dia gagal mencapai trigger gun. Engku Fatih sangat gagah dan sangat lincah!
Bang! Peluru meletup ke atas tiada destinasi yang betul. Bang! Bang! Tembakan dua kali tersasar ke arah paip bomba.
Bursh! Air dari paip bomba terpancut di atas tar jalan dengan deras. Menghujani tubuh Engku Fatih dan Jan Black yang masih diamuk kemarahan tahap paling maksima. Bang! Tembakan dari peluru yang terakhir terkena bahu Engku Fatih. Bak! Tembakan dari jarak tadi sebentar tadi menjadikan Engku Fatih terpelanting jauh dari Jan Black.
Zarssss! Buk! Engku Fatih menghentam badan sebuah kereta BMW hitam. Akibat dari hantukan yang hebat, Engku Fatih cuba bingkas tapi pacainderanya benar-benar terjejas sekarang ini. Berbalam-balam dan kurang berfungsi dengan baik.
Siren polis menerpa telinga, Engku Fatih tidak lagi melihat bayangan Jan Black berada di kawasan itu. Sah, si jahanam itu telahpun melarikan diri.
Fuck! Fuck! Fuck! Fuck!!!
Engku Fatih mencemuh dalam hati sebelum terkulai layu disitu. Belum lagi. Belum! Pertarungan mereka belum berakhir disini. Engku Fatih nekad mencari Jan Black sampai ke lubang cacing!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.