Seperti yang dijangkakan , memang ramai pelajar form 4 yang masuk bilik rawatan hari ni . Semuanya adalah pelajar yang terlibat dengan Kem Bulan Madu bodoh tu . Seorang demi seorang dibawa ke hospital .
Dia balik ke dorm . Struggling gila . Nak ikat rambut pun tak boleh .
Dia turut dipanggil ke bilik Mr.Sin masa awal-awal tadi . Dia mereka cerita seperti yang dijanjikan dengan Kahar .
Dia dengar cerita yang bapa Kahar dipanggil ke sekolah .
Tup-tup dapat tahu yang Kahar kena gantung sekolah selama seminggu .
Padan muka .
....
Tapi kenapa hati aku resah ? Aku tak senang hati ... Aku tak rasa happy . Aku rasa .. sedih ? Kenapa ?
Kenapa ?
++++
Kahar berjalan ke depan pintu bilik Aireen . Dia berhenti sebentar . Dia tak berniat nak buat macam tu . Dia cuma nak kenakan Aireen sebab dia cemburu yang Aireen rapat dengan Fakhri . Dia rasa sedih sangat-sangat apabila dia nampak Aireen dalam bilik rawatan semalam .
Dia dapat tahu Aireen masuk bilik rawatan dari Naim . Dia terus berlari ke bilik rawatan . Dia tengok Aireen dari luar .
Aireen masih sedang tidur . Tangan kirinya dipakaikan arm sling dan berbalut . Manakala tangan kanannya berbalut juga .
Hati dia lagi sakit apabila melihat Aireen macam tu . Lagi sakit daripada tumbukan Aireen malam tadi .
Hati dia sakit sangat . Pedih bagai ditoreh dengan pisau .
Dia tak jadi nak masuk dan melawat . Dia terus bergerak ke bilik pengetua untuk disoal siasat . Sudah tentulah bapa dia datang dan tibai dia terus .
Dan sekarang ni , dia kena gantung sekolah selama seminggu .
" Bye , Aireen . Aku akan rindu kau ." Perlahan Kahar berkata sambil meletakkan tangannya pada pintu bilik si Aireen .
++++
Kahar digantung sekolah . Dia sepatutnya gembira lah kan ? Macam orang lain ? Tapi .. dia tak gembira . Tak langsung . Dia rindu Kahar .
Dia rindu keberadaan Kahar si sekelilingnya .
Aku ...
Suka dia ke ?
Tapi tak mungkinlah . Kawan je kot .. Dia pun tak suka aku . Dia rapat dengan aku sebab nak buli aku ke kan ?
Entahlah . Aku tak tahu .
Aireen menggeleng-gelengkan kepalanya .
++++
( Kita skip seminggu )
Kahar berjalan menuju ke dorm-nya . Dia melalui tangga blok bilik Aireen . Laluan tu mula jadi laluan kegemarannya kerana dekat dengan bilik Aireen.
Dia terhenti . Aireen keluar dari biliknya tepat pada waktu Kahar lalu .
" Aireen.. " Kahar memanggil Aireen .
Aireen hanya senyap . Dia menutup pintu biliknya dan berjalan pergi . Dia tak menghiraukan Kahar .
" Aireen . " Kahar mengejar Aireen .
YOU ARE READING
THE KAPLA'S CINTA HATI
Fanfiction" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak sampai ke otaknya . " Kalau aku jadi bintang , ada banyak saingan sebab bintang ada banyak . Nanti k...