Bab 2-Busy

297 13 0
                                    


"Haih...penat la. Banyak sangat kerja sampai kat rumah pun nak kena kerja lagi!" bebelku perlahan.

Aku berada di rumah. Rumah apanya macam istana ada lah! Besar nak mampos! Tiga tingkat lak tuh! Siap ada lift...

Ada ruangan rehat. Dapur yang luas. Gym pun ada memandangkan dia suka bersenam. Halaman belakang yang besar dipenuhi dengan pokok hijau dan bunga-bunga yang cantik memandangkan ibunya gemar bercucuk tanam. Wayang, kolam dan semua yang diimpikan oleh orang lain memenuhi rumahnya.

Dia duduk di rumah itu bersama ahli keluarganya ibunya, Syavirra binti Muhammad Hilman Shah...ayah angkatnya, Izram Syaifullah bin Elham Shah dan abangnya, Eskandar Errisyad bin Haikal Yassir. Ayah kandungnya sudah lama meninggal 5 tahun yang lepas...Dia sedang berada di bilik bekerjanya. Sibuk dengan kerja yang tergendala tadi.

Ada gambar dia, abangnya, ibunya dan juga akaknya, Elvina Erdinna binti Haikal Yassir yang berada di atas meja kerjanya. Malangnya kakak kesayangannya juga meninggal dunia 5 tahun lepas oleh angkara manusia yang menghancurkan segala-galanya. Yang mengubah dirinya menjadi dingin. Dia memandang gambar itu. Sayu.

"U-umi!" panggil si kecil itu. El yang sedang membelek gambarnya bersama keluarganya memandang pintu yang terkuak itu. Dia tersenyum melihat anak lelakinya berlari ke arah dirinya.

"Elhan Innaqi Shah! Anak umi buat apa datang sini?" Aku berlari memeluk anak lelakiku.

Aku mengucup wajah anaknya berkali-kali. Membuatkan Elhan mengekek ketawa menampakkan 4 batang giginya.

'Elhan' yang bermakna fasih dan jelas...'Innaqi' dibentuk daripada nama kakaknya 'Erdinna' manakala 'Shah' yang bermaksud 'yang benar'.

Aku mendukung anakku lalu turun ke bawah menaiki lift. Kami pergi ke dapur untuk mencari aiskrim perisa mint chocolate. Dua beranak ni memang suka dengan aiskrim flavor ni. Kalau dapat memang melantak sampai tahun depan.

"Shhhh...Han jangan bising tau?! Kalau kantoi dekat grandma mati kita!" bisikku kepada Elhan. Elhan mengangguk kepalanya. Takut nanti tak dapat merasa aiskrim ni karang!

Selepas beberapa minit, mereka makan aiskrim tersebut kedengaran tapak kaki seseorang. Belum sempat mereka menyembunyi aiskrim itu. Abang El, Eskandar Errisyad datang. Dia bercekak pinggang melihat perangai dua beranak itu.

"Amboi! Makan aiskrim lagi yer?!" Eskandar mengecilkan matanya.

"U-uncle Es jangan la bagi tau grandma!" marah Elhan.

"Abang! Don't!" aku memberi arahan. Dia tau abangnya sentiasa memberitahu ibu mereka jika dia dan anaknya makan aiskrim lagi. Kuat mengadu betul.

"Ibu! El dengan Han makan aiskrim lagi!" Eskandar senyum kemenangan apabila ibu dan ayah angkat mereka datang.

"Elvira Errissa! Elhan Innaqi Shah! Grandma dah cakap kan jangan makan aiskrim lagi?! El? Ibu dah cakap kan tak baik makan setiap hari?!" marah puan Syavirra. Izram Syaifullah, ayah angkat mereka cuba menenangkan puan Syavirra tetapi gagal.

Elhan mengembungkan pipinya tanda tidak puas hati dengan uncle Es! Elvira menunduk memandang lantai kerana kantoi. Kesal. Dia tak boleh melawan langsung. Kalau sepatah dia jawab beribu kali ganda ibunya akan balas.

"Jangan sampai ibu kahwinkan kamu dengan anak kawan ibu!" ugut ibunya.

El terus mengangkat wajahnya memandang ibunya. TAK.NAK!

"Ibu! Kan El dah cakap! El tak nak kahwin!" lawanku.

"Dah perangai kamu tu macam budak-budak! Sampai bila nak biarkan Elhan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah?!" nasihat puan Syavirra.

El secara tidak langsung mengangkat Elhan berlalu pergi ke bilik anaknya. Eskandar dan puan Syavirra menggelengkan kepala mereka. Risau tentang Elvira yang keras kepala dan tidak ingin membina rumah tangga. Sejak Elvira berubah...dia enggan membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki.

Secret Partner (C)Where stories live. Discover now