Bab 40-Sweetness

187 8 0
                                    


Selepas 2 bulan berlalu, mereka kembali menjalankan misi. Misi kali ini mereka hanya perlu menyelamatkan mangsa yang tersadai di pulau yang tidak berpenghuni. Kali ni mereka berlima turun untuk menyelamatkan 10 orang mangsa.

"Oit buat yang terbaik!" kata Syahri.

"Rilek weh...mission kali ni santai boss santai." jawab Rafael selamber.

"Woi! Kan aku dah cakap jangan sebut perkataan 'santai' tu!" marah Alex.

Mereka tergelak mendengar kata-kata karut yang dikeluarkan dari mulut Alex itu.

"Kalau jadi betul...jangan cakap aku tak warning!" kata Alex tegas.

"Relax lah bro!" kata Hatta.

"El pergi selamatkan yang perempuan boleh tak?" tanya Hatta.

"Boleh, sayang!" kataku teruja.

Riak mukaku berubah apabila tersedar akan apa yang aku telah katakan. Hatta hanya berdehem dengan mukanya yang sudah merah menyala seperti tomato itu.

"Piwit! Mentang-mentanglah dah halal korang boleh bersemut pulak kat sini!" kata Rafael.

"Pergh! Sakit mat. Kerasa tertusuk hatiku dengan pisau yang tajam!" kata Alex. Dia memegang dadanya.

"Mak oit! Tengah mission kot...sampai hati korang!" kata Syahri dengan sendunya.

Apabila Hatta melihat reaksi kawan-kawannya yang dramatik itu, dia mula mahu menyakat mereka lebih lagi. Dia menayang senyuman sinis.

"Yes, love...sayang tak sabar ke malam ni. Gatal lah little sky nih!" kata Hatta menggoda.

Mata Elvira membulat. Dia terkejut dengan kata-kata suaminya. Laju tangannya menampar lengan suaminya. Hatta mendengus kesakitan.

"Sakitlah, my sky!" Hatta merengek.

"Kau lebih mat!" Syahri yang ingin menerkam Hatta untuk membelasahnya dihentikan oleh Alex dan Rafael.

"Sabar! Sabar! Sabar!" kata Alex dan Rafael bagi menenangkan Syahri.

"Kau ni memang tak respect orang single doh!" marah Alex. Dia mendengus geram.

"Ayang Alex....ayang Syahri...jom kita bermanja sekali nak?" kata Rafael. Tangannya sedang berada pada kaki milik Alex dan Syahri.

"Jom lah sayang...I pun rindu dengan you...kita tidur sekali nak tak malam ni?" kata Syahri menggoda.

Alex yang mendengar tersentak. Matanya meluas. Gila! Dia menepis tangan Rafael dan Syahri yang sedang merabanya. Mak tolong ada orang nak curi teruna Alex!

"Woi! Aku bunuh juga korang nih! Kau ingat aku gay?!" marah Alex.

"Alah baby...jom lah..." kata Syahri.

"Betul tu...baby jom lah!" sokong Rafael.

"Baby kau baby! Babi ada lah!" kata Alex.

Mereka berlari mengejar Alex.

"El! Tolong aku! Help! Selamatkan aku daripada dua ekor beruk nih!" jerit Alex. El dan Hatta hanya tertawa gembira.

"Sudah lah tu kita tengah ada mission nih! Aku terajang korang dua japgi! Syahri! Rafael!" ugutku.

"I'm sorry, ayang!" kata Rafael.

"Maaf bunda!" kata Syahri.

Laju mereka melutut di hadapan Elvira. Tau takut! Alex menayang muka kemenangan.

"Siapa ayang kau gila! Dia aku punya!" marah Hatta lalu menarik isterinya ke dalam dakapannya.

Mereka bertiga mengeluh melihat kemesraan Hatta dan Elvira. Mereka memandang atas bawah ke arah pasangan itu.

"Ish...sendunya rasa..." kata Alex.

"Rasanya lonely and single tu lain macam mat!" sambung Syahri.

"Korang tak nak couple dengan aku ker...aku sanggup ni asalkan tak single sampai ke tua!" kata Rafael.

"Tak nak bongok aku belasah kau japgi!" marah Alex.

"Aku nak weh...jom la couple tiga orang sekali..." ajak Syahri.

"Syahri ayang, muahh...abang Alex tak nak ke?" kata Rafael.

Mereka berdua mula memegang Alex.

"Aku terajang korang japgi apa pun tak dapat!" Alex menolak mereka.

"Alah baby jom la sambung yang tadi!" kata Syahri. Mereka berdua mula mengejar Alex. Puas Alex menjerit. Heboh tempat itu dengan gelak-tawa mereka berlima.


Secret Partner (C)Where stories live. Discover now