Bab 24-Jangan nangis!

197 9 0
                                    


Mereka berlima seperti biasa sedang melakukan misi. Walaupun Hatta sering mengejek El kerana tingkah lakunya tempoh hari yang cengeng itu...mereka masih professional dalam melaksanakan misi. Lincah Hatta, Elvira dan Syahri berlawan dengan penjenayah-penjenayah demi menyelamatkan kanak-kanak yang telah diculik itu.

Tanpa Hatta sedar...salah seorang penjenayah itu menerkam dirinya dari belakang menggunakan pisau.

"Yat! Belakang kau!" jerit Alex dan Rafael.

Hatta mengalih ke belakang. Hampir sahaja dirinya ditikam, ada seorang wanita yang bertubuh kecil namun agak tegap memeluk dirinya.

"El!" jerit Hatta risau. Dia mencari luka pada diri El. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat torehan pisau yang agak besar dan dalam pada belakang badan isterinya. Hampir luruh jantungnya. Laju dia membuka jaket kulit yang dipakainya tadi bagi menutup aurat isterinya.

"It's okay, Hat. Carry on with the mission!" kataku sambil senyum nipis. Aku menghiraukan torehan pada belakang badanku. Aku agak lega apabila Hatta meletakkan jaket kulitnya padaku bagi menjaga auratku.

"Are you okay, El?" tanya Alex.

"Okay jer...sikit je nih!" jawabku.

"Good!" kata Alex, Rafael dan Syahri serentak.

Persahabatan mereka makin rapat apabila selalu melakukan misi bersama. Tambahan pula, apabila Hatta dan Elvira mendedahkan bahawa mereka berdua sudah berkahwin. Terkejut beruk mereka bertiga. Namun, disambut gembira sempat pulak mereka bertiga mengejek dorang dua. Puas juga Hatta ugut kawan-kawannya terutama sekali Han Syahri supaya tak lebih-lebih dengan Elvira. Takut betul hilang bini! Syahri hanya tertawa melihat reaksi Hatta.

--

Seusai sahaja habis misi, muka Elvira kelihatan pucat. Dia mula lemah kerana torehan tadi.

"El. Jom gi klinik khas kat agency ni! Lagi cepat!" puas mereka bertiga mengajak Elvira.

Namun, El hanya menggelengkan kepalanya. "Haih...takpe lah biar aku yang rawat dia kat rumah nanti." kata Hatta. Dia pun dah penat pujuk. Mereka bertiga hanya mengangguk.

"Kau ni kan degil betullah!" marah Hatta. Laju dia memandu keretanya. Macam nak jumpa tuhan awal!

Aku hanya tersenyum perit. Kesakitan tadi semakin menjadi-jadi.

"Buka baju kau." arah Hatta sebaik sahaja mereka duduk di atas katil.

"Pala hotak kau!" marahku.

Hatta mendekatkan dirinya dengan El lalu mula menanggalkan baju milik Elvira. El terkejut dan dia cuba untuk menolak Hatta namun Hatta seperti gunung yang tidak boleh diubah kedudukannya.

"Tengok belakang and duduk diam-diam." kata Hatta dingin. Suaranya ada baur kerisauan.

"Kau nak buat apa! Pervert sia!" kataku lalu memeluk tubuh. Akhirnya, aku hanya akur dengan arahannya apabila dia memandangku tajam.

Hatta membuka first aid kit. Lalu dia menyapu ubat pada luka torehan pisau tadi.

"Kau ni kan. Kalau nak selamatkan aku cuba guna cara lain yang tak cederakan kau. Ataupun biar je aku yang cedera!" Kata Hatta lembut.

"Ish biarlah aku buat sendiri!" kataku. Mukaku mula merona merah. Aku agak malu kerana aku tidak berbaju. Hanya baju dalam sahaja yang menutup tubuhku.

"Macamlah kau sampai nak sapu ubat kat belakang kau nih. Cuba duduk diam." kata Hatta tegas.

Sebaik sahaja habis menyapu ubat, Hatta mengalihkan badan Elvira untuk menghadap dirinya. Dia membalut luka pada tubuh Elvira. Jantung Elvira mula berdegup laju. Macam nak meletop malah mukanya mula mambahang kerana posisi mereka yang sangat rapat itu.

Hatta secara tiba-tiba memeluk Elvira. El terkejut...luas matanya terbuka.

"Ish lepaslah!" marahku. Hatta mengeratkan lagi pelukannya.

"Please don't do that again. My heart stopped when you did that." kata Hatta sebak.

El mengangkat wajahnya yang dari tadi terbenam pada dada bidang Hatta akibat pelukan lelaki itu.

"K-kau nangis ke?" kataku terkejut.

Air mata Hatta mengalir seperti air terjun. Aku memeluk Hatta dengan erat sambil bermain dengan rambutnya.

"A-aku janji tak kan buat macam tu dah. J-jangan la nangis." kataku gugup. Aku ni dah la tak reti nk pujuk orang. Si Hatta ni pergi nangis pulak.

Lama kelamaan Hatta terlelap di pangkuan Elvira. Aku tersenyum manis melihat suamiku yang manja itu.

"Handsome jugak kau nih. Comel pulak tu." bisikku sambil mengusap lembut pipi suamiku.

Aku tersentak apabila sedar akan perbuatanku. 'Aku dah mula sukakan dia ke? Tak mungkin!' kata hatiku. Aku mula menarik tali dengan diri sendiri. Aku bingung!

--

Keesokkannya, Hatta bermain dengan Elhan. Mereka berdua sedang berada di playroom khas buat Elhan.

"Bwuerk! Abi ambik kereta Elhan!" Hatta mengusik anak lelakinya.

"Ish! Abi agi lah alik!" marah Elhan.

"Tak nak!" Hatta menjelirkan lidahnya.

Riak wajah Hatta yang suka mengusik Elhan itu serta-merta berubah apabila Elhan menangis teresak-esak.

"Okay-okay! Nah, abi bagi balik! J-jangan lah nangis nanti tak hensem macam abi dah nanti!" pujuk Hatta. Namun, lagi kuat tangisan Elhan dibuatnya.

"Aduh! Mati aku! Lagi kuat pulak budak ni nangis! Ibu tolong Yat!" kata Hatta seorang diri.

Hatta membuka video chicken dance lalu dia membuka langkah untuk menari chicken dance. Mulutnya juga tidak berhenti bernyanyi.

"Tenenenenet...tenenenenet...tenenenenet." nyanyi Hatta.

PLAK!

PLAK!

PLAK!

Dia menepuk tangannya mengikut rentak tarian itu.

Alangkah bahagianya Hatta apabila Elhan sudah berhenti menangis malah ketawa. Elhan turut meniru pergerakan abinya.

El yang dari tadi memerhati mereka berdua ketawa perlahan lalu merekod moment itu. Seminggu El mengejek suaminya. Hatta hanya menahan malu dengan wajah yang seperti tomato.

Secret Partner (C)Where stories live. Discover now