"Sayang...." Hatta memeluk isterinya sambil merengek. Tangannya tidak lekang untuk mengusap perut Elvira."Hmmm...why Iqi?" tanyaku.
"I love you, little sky." ucap Hatta.
Aku hanya tersenyum nipis. Tanganku mula mengusap lembut rambutnya.
"Ehhh...kenapa sayang tak balas balik!" Hatta meleraikan pelukan tadi. Dia mencebik.
"I love you too, little moon..." balasku.
Raut wajah Hatta yang dari tadi cemberut...laju terpampang dengan senyuman lebar. Dia mengucup perut Elvira yang kian membesar itu berkali-kali.
"Abi! No! Umi Elhan punya pulak!" jerit Elhan.
Si kecil itu menarik tangan uminya ke sofa. Tangan kecil itu laju memeluk uminya. Dia juga turut mengucup lembut perut uminya. Manakala Hatta membuat raut wajah tidak suka. Sibuk!
Elvira hanya tersenyum melihat telatah dua beranak itu.
Hatta mengusap rambut anak lelakinya. Tangannya dialihkan untuk mengurut kaki isterinya yang mula membengkak itu.
"Haih...sayang. Ni mesti berdiri lama! Sebab tu kaki sayang bengkak! Kan orang tak bagi berdiri lama-lama..." kata Hatta tegas.
Elvira hanya tersenyum polos. Macam tahu-tahu je Hatta nih.
"Umi! Jangan berdiri dah! Biar Elhan dengan abi yang dukung umi!" kata Elhan tegas.
"Mana boleh macam tu, cupcake...susah la nanti umi nak pergi mana-mana." kataku.
"Orang sokong baby yoda ni!" kata Hatta.
Elhan menjeling abinya. Tak habis-habis dengan panggilan itu. Tapi dalam diam Elhan menyukai panggilan itu. Comel!
"No! Orang tak nak! Susah la orang nak gerak nanti!" balasku tegas.
"We don't care!" kata mereka berdua sambil saling memberi high five.
Elvira mengeluh.
--
"Eh kenapa Elhan nangis?" tanya Hatta.
Laju si kecil itu mengelap air matanya.
"Kenapa cupcake umi nangis ni...hmmm?" tanyaku pula.
"Elhan b-bukan anak a-abi yang betul...hiks...kan umi kan?" kata Elhan.
Aku tersentak dengan kata-kata anak lelakiku itu. Ya Allah macam mana dia boleh tahu...mungkin dia dah mula membesar dan faham apa yang sebenarnya terjadi.
Hatta memeluk erat tubuh genit Elhan.
"Macam mana Elhan tahu...hmm?" tanya Hatta lembut.
Dia mengusap lembut rambut anak lelakinya.
"Hiks...Elhan dengar umi dengan abi cakap nak t-tukar nama Elhan." semakin kuat tangisan Elhan.
Ingatkan semasa mereka baru berkahwin...Elhan sudah faham bahawa Hatta bukan ayah kandungnya. Rupa-rupanya dia masih beranggap bahawa Hatta adalah abinya yang sebenar...
"Sayang kita tak boleh tukar nama Elhan!" nada Hatta meninggi.
"Memang tak boleh, my moon..." kataku sayu.
"Kenapa sayang nak sangat tukar? Padahal sayang tahu yang kita dah tak boleh tukar nama..." tanyaku.
"Orang tak nak Elhan sedih bila dia tahu dia bukan anak kandung orang...nanti mesti dia akan tanya kenapa dia berbinkan Abdullah padahal adik-adik dia yang lain dengan Hatta Izyat Fauqi..." kata Hatta.
"Orang tak nak tengok dia sedih...orang tak nak dia rasa dia dipinggirkan sebab nama! Orang sayang dia macam anak kandung orang sendiri..." Hatta mula menitiskan air matanya.
Elvira memeluk erat tubuh suaminya. Empangan air matanya yang ditahan tadi kian pecah membasahi pipinya.
"Insha'Allah Han akan faham...dia tahu bertapa sayang, sayangkan dia..." pujukku.
"Siapa kata Elhan bukan anak abi..hmm?" tanya Hatta lembut.
"Elhan tetap anak kandung abi..." kata Hatta.
Elvira mengusap lembut pipi Elhan yang basah dengan air mata itu. Dia juga turut menangis.
"Walaupun nama Elhan yang sebenar berbinkan Abdullah...tapi bagi abi...Elhan tetap berbinkan Hatta Izyat Fauqi!" kata Hatta.
"Abiiii....." Elhan merengek.
"Yes, baby yoda...dah la tu jangan nangis...anak abi, Elhan Innaqi Shah bin Hatta Izyat Fauqi...kan big boy! Malu la kat adik-adik nanti sebab abang dorang crybaby!" usik Hatta.
"Abi! Umi...tengok abi ni!" marah Elhan.
"Alooo cian anak umi ni." kataku.
"Adeh! Sakitlah sayang, Han!" jerit Hatta kerana dicubit Elvira dan Elhan.
Ruangan itu dipenuhi dengan gelak-tawa mereka bertiga. Akhirnya, mereka berpelukan.
YOU ARE READING
Secret Partner (C)
Любовные романыHatta Izyat Fauqi bin Emran Ahmad Fauqi seorang yang beku. Bekerja sebagai Board of Directors di syarikat HIF Enterprises. Seorang yang tidak mempunyai minat dalam hal berkaitan cinta. Berubah apabila kehilangan seseorang yang dia sayang. Penguat hi...