Epilog

256 7 0
                                    


"Umi!" jerit Elhan.

"Yes, cupcake..." jawabku.

"Jom ikut Rissa!" panggil Izrissa.

"Kejap chipmunk sayang..." aku berdiri dan mendekati mereka.

"Cepat lah umi! Hiltaz tinggal umi!" kata Hiltaz.

"Sabar kitten..." kataku.

Tak menyempat betul tiga beradik ni. Cepat sahaja masa berlalu...sudah 5 tahun berlalu. Elhan sudah berumur 10 tahun manakala Izrissa dan Hiltaz sudah berumur 4 tahun. Mereka bertiga berlari meninggalkan umi mereka.

"Elhan Innaqi Shah bin Hatta Izyat Fauqi!"

"Hiltaz Fauriz Shah bin Hatta Izyat Fauqi!"

"Izrissa Syazyani binti Hatta Izyat Fauqi!"

"Jangan berlari sayang!" jeritku.

Aku mengeluh. Penat. Hyper betul!

Sampai sahaja di villa kami, aku terkejut kerana villa itu dipenuhi dengan bunga yang berlainan jenis. Hatta sedang berdiri di tengah-tengah lilin yang berbentuk love itu. Dia sedang memegang sejambak bunga rose. Ada beberapa lilin yang menghiasi villa itu.

Elhan, Hiltaz dan Izrissa pula sedang merekod moment itu. Haih. Macam-macam siap bersorak bagai.

"Umi go to abi!" jerit mereka bertiga serentak.

Aku berjalan mendekati suamiku.

"Happy 5th anniversary, little sky!" kata Hatta ceria.

"I'm sorry sebab masa 1st anniversary...kita tak dapat sambut dengan elok. I'm in love with you and always be in love with you. Terima kasih sebab sudi terima orang." ucap Hatta. Dia menarik kedua-dua tanganku untuk lebih mendekati dirinya.

"Orang cintakan sayang kerana Allah SWT...I'll never let you go, my sky. Setelah apa yang kita lalui bersama...thank you sebab bertahan dengan orang sampai sekarang. Hanya ajal dan maut dapat memisahkan kita...thanks sebab sudi lahirkan anak-anak abang. I'm grateful sebab sayang sanggup hidup bersama orang sampai sekarang." sambung Hatta.

"I hope we grow old together and stay with eachother forever..." kata Hatta.

Dia melutut untuk mengucup lembut perutku yang mula membesar itu.

"Anak-anak abi...thanks for everything. Korang adalah pelengkap hidup abi yang sunyi sebelum ni. Korang adalah cahaya yang menerangi hidup abi yang gelap...abi bersyukur kerana Allah menghadiahkan korang untuk abi." tutur Hatta.

Mataku mula bergenang dengan cecair jernih. Hatta mengusap lembut pipiku yang kian membasah kerana air mata itu.

Dia juga turut menarik Elhan, Hiltaz dan Izrissa ke dalam dakapan. Kami berpelukan lama.

"I'm sorry for everything, my moon. Orang banyak buat salah dengan sayang...I love you to the moon and back. Terima kasih sebab terima orang seadanya. Sayang sentiasa jadi pelindung orang. I love you, little moon! Umi sayang anak-anak umi!" aku mengeratkan pelukan kami.

--

"Sayang!" Hatta berlari ke arahku selepas penat melayan tiga beradik itu.

Elhan macam biasa. Overprotective sangat dengan adik-adiknya. Jaga betul takut ketam kepit katanya. Padahal Hiltaz dan Izrissa buat sandcastle je...Hiltaz pun semakin lama semakin overprotective terhadap adiknya Izrissa. Maklumlah keluar 5 minit lebih awal. Comel!

Hatta pula merebahkan kepalanya pada pahaku. Dia mengalihkan kepalanya untuk mengucup perutku berkali-kali.

"Anak abi ni bila nak keluar!" Hatta memeluk pinggangku.

Aku tersenyum tipis sambil mengusap lembut rambutnya.

"Hmmm...nanti abi main masak-masaklah dengan candy umi ni!" kataku.

"Eh...kenapa nak main masak-masak pulak! Kenapa tak main flying fox ke apa ke?" tanya Hatta polos.

Eh suami aku nih! Agak-agaklah nak main flying fox dengan baby...lambat betul nak catch up lah dia nih! Orang dah bagi hint dah!

"Hmmm..."

"Eh! Eh! Jap! Anak kita perempuan ke sayang?!" jerit Hatta. Laju dia bangun daripada baringannya.

Aku hanya mengangguk dengan senyuman manis.

"Elhan! Hiltaz! Izrissa! Korang akan dapat adik perempuan! Yeay!" Hatta bersorak.

Laju tiga beradik itu berlari mendekati umi dan abi mereka. Teruja betul. Mereka berempat bersorak gembira. Elvira hanya mampu tertawa.

"I love you, little sky!" Hatta memeluk tubuh isterinya.

"I love you too, little moon." balasku.

Elhan, Hiltaz dan Izrissa masih lagi bersorak gembira. Excited nak dapat adik perempuan. Buat sandcastle pun tersengih-sengih. Comelnya ya Allah!

Hatta mengucup seluruh wajah isterinya. Dia membenamkan mukanya pada dada Elvira.

Kehidupan mereka lengkap dengan kehadiran masing-masing malah anak-anak mereka. Mereka bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan.

'You're my sky, El.'

'You're my moon, Hat.'


Secret Partner (C)Where stories live. Discover now