Bab 22-Acting

211 9 0
                                    


Kami bertiga balik ke rumah ibu kami, puan Syavirra untuk menyambut hari lahir abangku Eskandar Errisyad. Puan Shayatti juga berada di sana.

"El, Hatta meh masuk. Cucu tokma! Meh sini sayang!" panggil puan Shayatti. Elhan berlari ke arah tokmanya. Elvira menyium tangan ibu mertuanya lalu berpelukan.

'Eh senang-senang ja anak aku curi ibu...takpe lah aku curi ibu dia pulak hehe.' kata hati Hatta. Dia memaut lembut pinggang ramping Elvira.

"Fake it...at least in front of our family. Act like we're a happy married couple..." bisik Hatta pada telinga isterinya. El hanya menggangguk.

--

"Woi! Happy birthday tua!" aku menampar tangan kiri abangku.

"Sayang...tengok El tampar abang~ Sakit!" Eskandar mengadu. Dia mencebik lalu memeluk isterinya. Gedik.

"Ish! Abang...malu sikit kat anak-anak tu!" marah Dania Ezlina. Eskandar menghiraukan kata-kata isterinya malah membenamkan mukanya pada dada isterinya.

Dania hanya mampu menggelengkan kepalanya. "Sorry, El. Dia ni mengada sikit hari ni...mentang-mentanglah birthday dia..." kata Dania.

"Takpa kak Dania...dia ni memang gedik! Umur dah 27 pun gedik!" aku menarik telinga abangku kuat.

"WOI! SAKITLAH!" marah Eskandar namun dia masih tidak berganjak dari posisinya malah dia mengeratkan pelukannya.

"El! Jangan dikacaunya birthday boy tu haa!" kata puan Syavirra. El mencebik.

Elhan dan Danesh sedang bermain bersama-sama sambil menjaga Niara. Comel!

Pada sudut lain, Hatta cemburu melihat kemesraan abang ipar dan kakak iparnya. Dia teringin nak bermanja dengan isterinya. Malangnya El tidak sukakan dirinya. Dia hanya mampu tersenyum kelat.

--

Perbuatan El yang sedang menolong puan Syavirra dan puan Shayatti membasuh pinggan mangkuk terbantut apabila ada sepasang tangan kekar yang memeluknya dari belakang. Hatta menongkat dagunya pada bahu isterinya. Dia memejamkan mata menikmati moment itu.

El hanya mengeras. Dia tak boleh menolak suaminya. Nanti mesti ibunya mempersoalkan perbuatannya itu.

"Amboi, Yat! Nak bermanja dengan isteri pun agak-agak lah!" kata puan Shayatti.

"Kalau dah tak sabar sangat Yat pergi masuk bilik..." kata tuan Izram. Gembira dia melihat anak menantunya bermesra begini.

"Amboi, El! Dah ada suami gedik kau eh?!" kata Shaziana.

"Ehem...awak tak nak kahwin dengan saya? Boleh kita manja-manja macam dorang! Nak lebih pun boleh!" kata Esfan. Shaziana yang berada di sisinya sudah membahang.

"Yang ni lagi sorang asyik nak melekat dengan bini!" kata puan Syavirra pada Eskandar Errisyad.

"Eleh! Biarlah orang dah halal." kata Eskandar lalu mengucup bibir Dania. Serta-merta wajah Dania menjadi seperti strawberi.

"Ish sayang! Jom kita bermanja dalam bilik jugak macam dorang!" ajak tuan Izram. Laju dia menarik tangan puan Syavirra. Puan Syavirra dah tersipu malu di situ.

Puan Shayatti hanya tersenyum gembira. Dia rindu akan arwah suaminya tuan Emran Ahmad Fauqi.

"Little star, tunggu abang tau? Take care, my star. I'm deeply in love with you, sayang." tuan Emran mengucup dahi isterinya. Dia memeluk tubuh isterinya erat lalu mengucup sekilas bibir puan Shayatti.

Sebelum dia pergi bertugas...tepat lagi...tugasan terakhirnya...

Kata-kata tuan Emran terngiang-ngiang dalam fikiran puan Shayatti. Dia mula rasa sebak kerana kenangan itu.

"Tokma! Jom tidur dengan Han, tokma! Biar Han adi boyfriend tokma!" kata si kecil itu teruja. Dia menarik tangan tokmanya.

Semua yang berada di situ tertawa gembira. Akhirnya, Elhan yang menjadi peneman tokmanya malam itu. Sekilas tanpa Elhan sedar dia sudah mengubati hati tokmanya yang sedih itu tadi. Comel!

--

Elvira dan Hatta bermalam di rumah ibunya. Malah, Esfan dan Shaziana juga bermalam di situ. Bilik lain, of course...belum halal!

Hatta mencuit-cuit pinggang ramping Elvira. Sejak awal masuk ke bilik lagi dia sengaja mengusik Elvira.

"Kau jangan sampai aku makan kau!" marahku. 'Ish asyik kacau orang je!' kata hati El. Hatta terkejut lalu senyum nakal.

"Gatal eh kau...makan ah aku tak sabar nih!" kata Hatta. Dia sudah berfikir ke arah benda lain.

El mendekati Hatta. Semakin rapat jarak antara mereka berdua hanya ada ruang yang sedikit. Hidung mereka hampir berlaga. El merapatkan mulutnya dengan mulut Hatta.

Automatik Hatta berinjak ke belakang. Hatta mula gugup. Semakin Hatta ke belakang, semakin dekat El menuju ke arah Hatta. Secara tiba-tiba, El menggigit dada bidang Hatta.

"Adeh! Sakit lah!" jerit Hatta.

"Padan dgn muka kau!" kataku lalu menjelirkan lidahku.

"Ish makan lah betul-betul!" kata Hatta dengan nada yang menggoda.

Mukaku mengerut kerana tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Hatta. Mataku meluas apabila baru menangkap maksud disebalik kata-kata itu.

Aku menendang Hatta pada bahagian utamanya.

"Weh! Aduh...sakit lah giler!" Hatta mengerang sakit lalu terjatuh kerana senak.

"Padan muka! Kau jangan nak pikir bukan-bukan eh setan!" marahku lalu ketawa kencang.



Secret Partner (C)Where stories live. Discover now