Bab 44-Scared...

169 10 0
                                    


Sudah hampir 2 bulan Hatta begini...rambut yang makin kusut. Pakaian yang dia tak pernah tukar sejak hari pertama dia kehilangan isterinya...lumuran darah yang masih lekat pada dirinya malah tangannya yang terluka akibat menumbuk dinding beberapa kali sudah hampir pulih...keadaannya sangat teruk. Dah macam orang gila pun ada...

Hatta mula demam panas...dia rindu akan isterinya. Dia rindu akan pelukan dan sentuhan isterinya...

"S-sayang..." Hatta memanggil isterinya. Tangannya mula mencari sosok tubuh isterinya.

"Sayang? El?" Hatta berjalan keluar dari biliknya.

Puas dia mencari Elvira. Dah satu rumah tu dia tawaf...malang isterinya masih tidak kelihatan. Apabila dia masuk kembali ke dalam biliknya, dia rebah. Dia mula sedar yang isterinya sudah tiada...

"Ya Allah...aku tak kuat..." Hatta menangis teresak-esak sambil memeluk tubuhnya. Lututnya dirapatkan pada dadanya. Seluruh tubuhnya menggeletar hebat.

"ARGHHH! SEMUA SALAH AKU! ARGHHH!" Hatta menjerit sambil memukul kepalanya.

"El...tunggu orang tau...kejap lagi kita jumpa...tunggu orang tau sayang..." kata Hatta.

Pisau lipat di dalam poketnya dikeluarkan. Dia mendekatkan pisau itu pada lehernya lebih tepat lagi pada nadinya. Hatta sudah tidak boleh berfikiran waras. Dia memejamkan matanya. Memori indah dia bersama Elvira dikenang kembali...

"My moon!"

"Sayangggg! Jangan la makan maggi orang!"

"Little moon! Nak aiskrim mint chocolate tak?"

"My love...jom la teman orang..."

"I love you, Iqi!"

Kata-kata isterinya dan memori mereka berdua membuatkan dia tersenyum nipis.

"Wait for me, love..." Hatta mula menggerakkan pisau itu.

"Hat!" jerit seseorang.

Hatta membuka matanya apabila mendengar empunya suara. Dia rindu akan suara itu. Matanya terbuka luas apabila melihat seseorang yang dirinduinya sekian lama.

"S-sayang?" tanya Hatta. Pisau yang dipegangnya tadi dilepaskan.

Elvira berlari lalu memeluk Hatta. Dia juga turut menangis teresak-esak melihat keadaan Hatta yang tidak terurus itu. Bilik yang tunggang-langgang membuatkan hatinya berhenti. Dia risau akan Hatta. Jantungnya bagai direntap kuat apabila melihat keadaan dan perbuatan Hatta sebentar tadi.

"I'm here, little moon..." kataku lalu mengusap lembut rambutnya.

"Iqi, orang kat sini...sorry orang baru munculkan diri. Orang rindu sangat kat sayang..." kataku lembut.

Suara merdunya menembusi gegendang telinga Hatta. Hatta membalas pelukan itu.

"Orang rindu kat sayang tau tak? Little sky please jangan tinggalkan orang lagi..." kata Hatta sayu.

"S-sorry ni semua salah orang...orang tinggal sayang masa tu..." Hatta mengetuk kepalanya.

Elvira memegang tangan suaminya bagi memberhentikan perbuatan itu.

"No it's not your fault, my moon." kataku lembut.

Mereka berpelukan lama. Sebaik sahaja Hatta tidur, Elvira mengucup bibir lelaki itu. Dia juga turut mengucup parut pada tangan suaminya. Mengalir air matanya melihat betapa deritanya Hatta semasa dia tiada.

Dia sudah menceritakan semua perkara yang terjadi padanya. Dia yang membunuh lelaki yang menyerang dirinya tempoh hari. Dia terpaksa memalsukan kematiannya demi mencari dalang disebalik kejadian itu. Akhirnya, dia berjaya. Pihak agency juga turut terkejut apabila Elvira menangkap dalang itu. Pembunuh bersiri yang sudah lama diburu.

--

"Sayang..." panggil Hatta. Matanya meluas apabila isterinya tiada disisinya. Ya Allah...kejadian kemarin adalah mimpi ke?

Puas Hatta mencari Elvira. Namun, masih tidak kelihatan. Dia menggigil di tengah-tengah ruang tamu itu. Air matanya berderai jatuh mengalir membasahi pipi. Dia meramas kasar rambutnya.

"ARGHHH!" jerit Hatta.

"Hey...moon..." panggilku lalu berlari memeluknya.

"Are you okay? Orang pergi kedai kejap je tadi..." kataku.

Hatta memeluk tubuh isterinya erat. Dia mula kehilangan nafas. Dadanya sempit.

"Breath in...out...1..2..1..2.." kataku. Cuba untuk membantu Hatta bernafas. Hatta hanya mengikut kata-kata isterinya.

"O-orang ingat s-sayang dah t-takde..." Hatta menangis teresak-esak.

"I'm here, little moon...I'm here...I'm sorry..." kataku lembut. Aku mula menangis dalam diam. Pelukan tadi dieratkan.

--

Ahli keluarga dan rakan-rakan mereka melompat memeluk Elvira...mereka menangis teresak-esak melihat Elvira masih hidup. Apatah lagi Elhan...riuh satu rumah dengan suara tangisannya. Kandungan Elvira juga telah mencecah 6 bulan.

Kali ini memang Elvira betul-betul dengar cakap suaminya. Satu habuk pun Hatta tak bagi buat. Malah, Hatta lebih overprotective dan clingy berbanding sebelum ini. Elhan juga asyik nak berkepit je 24 jam.

Yang lain juga turut bersyukur melihat keadaan Hatta yang semakin membaik. Dia sudah tidak menggigil jika Elvira pergi ke mana-mana...

Secret Partner (C)Where stories live. Discover now