Bab 43-Lost

171 8 0
                                    


"Abi!" Elhan mengetuk pintu.

"Abi...jangan la nangis..." si kecil itu berlari ke arah abinya.

"Abi...Elhan pun rindu umi..." kata Elhan dia mengelap tangisannya.

Semua ahli keluarga malah rakan terdekat sudah tahu tentang khabar bahawa Elvira sudah tiada...accident...itu adalah penipuan yang direka oleh Hatta sendiri bagi menyembunyikan hal yang sebenar...dia tidak mahu mereka tahu bahawa El mati dibunuh mahupun Hatta dan Elvira adalah seorang agent rahsia.

Elhan juga turut mengetahuinya. Pada mulanya, Elhan memberontak dan menangis seperti Hatta. Namun, Elhan sudah mula menerimanya apabila tokma dan grandmanya menenangkan dan menegur dirinya. Sudah 3 minggu berlalu sejak kejadian itu...

"S-sorry, Han...semua salah abi..." kata Hatta sayu.

"Jangan la cakap macam tu, abi..." Elhan mengelap air mata abinya.

"Abi jangan la nangis...abi kan kuat..." Elhan memeluk erat tubuh abinya.

Hatta membalas pelukan itu. Dia menangis teresak-esak manakala si kecil itu mengusap belakang badannya.

Eskandar mengambil Elhan untuk menjaga anak buahnya buat sementara waktu. Dia ingin memberi Hatta ruang untuk menerima pemergian Elvira.

"Yat...jangan buat benda bodoh...ingat Allah. Aku tau kau kuat...jangan macam ni, Yat. Kau kena redha...El akan sedih kalau tengok kau macam ni..." tegur Eskandar Errisyad.

--

"Ya Allah...Kau lah yang maha mengetahui. Aku mohon kepadaMu. Selamatkanlah isteriku dan juga anak-anakku jika mereka masih bernyawa...jika-" Hatta menangis teresak-esak.

"J-jika mereka sudah tiada...Kau letakkanlah mereka di dalam kalangan orang yang beriman, Ya Allah. Ya Allah yang maha Pengampun lagi maha Penyayang...Kau kurniakanlah mereka syurgaMu ya Allah." Hatta sambung doanya.

"Aku mohon kepadaMu, ya Allah. Sesungguhnya, aku adalah manusia dan pendosa yang keji, ya Allah. Aku mohon kepadaMu...makbulkanlah doakan hambaMu ini, ya Allah...Amin ya Rabbala'lamin..." Hatta menangis teresak-esak lalu tertidur di atas sejadah selepas menghabiskan doanya.

--

Beberapa hari kemudian, Hatta masih gelisah kerana tidak mendapat sebarang khabar berita tentang isterinya. Elvira dikatakan meninggalkan dunia namun jasadnya belum ditemui. Makin gelisah Hatta apabila dia digantung tidak bertali.

"ARGHHHH!" Hatta mengamuk. Semua kaca yang ada di dalam bilik itu dia pecahkan.

"El! Where are you, sayang..." Hatta menumbuk dinding biliknya.

Dia meramas teruk rambutnya. Sudah berminggu dia tidak makan dan mendapat tidur yang mencukupi.

"ARGHHHH!" jerit Hatta lalu mengetuk kepalanya kuat.

Dia menangis teresak-esak.

"S-sayang...sayang dah j-janji tak nak tinggalkan orang..." kata Hatta sayu.

Meja kecil di hadapannya ditumbuk sekuat hati. Meja itu patah pada akhirnya kerana tumbukan yang sangat kuat itu.

"Ya Allah! Yat! Stop!" jerit Esfan Akashah.

Dia menarik kedua-dua belah tangan Hatta untuk memberhentikan lelaki itu. Hatta mengamuk dia menumbuk wajah kawan baiknya, Esfan.

"Yat! Enough!" jerkah Alex.

Rafael dan Syahri juga turut berada di situ. Mereka cuba menenangkan Hatta. Lama-kelamaan kemarahan Hatta mula surut.

"A-aku minta maaf, Fan..." Hatta menunduk.

"Sokay lah bro...sikit je..." kata Esfan.

Rafael mengeluh.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni, Yat...kau kena redha. Ini ujian Allah untuk kau...kau kuat...aku tau kau kuat. Jangan give up, Yat." nasihat Rafael.

"Yat...jangan la macam ni...kitorang sedih tengok kau macam ni..." kata Syahri.

"Allah SWT berfirman bahawa dalam surah Al Baqarah, ayat 286 yang membawa maksud 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.' Kau kena ingat, Yat...semua jadi kat kau ni semua takdir dan ujian Allah SWT dekat kau...kau kena kuat demi Elvira...demi keluarga kau...demi diri kau sendiri, Yat..." sambung Syahri lagi.

"Take a rest, bro...kitorang akan sentiasa ada dengan kau...just panggil je and kitorang akan terpacak kat depan kau.." kata Alex.

"Kitorang sayang kau, bro...so please...bertahan...jangan macam ni..." kata Esfan sayu.

Mereka berempat mula menangis lalu memeluk Hatta yang masih bersedih itu...

Secret Partner (C)Where stories live. Discover now