"Ni rumah siapa ni?" tanyaku. Mereka sedang berada di hadapan halaman rumah itu. Besar...macam istana. Elvira dan Hatta kaya-raya. Hidup mewah. Jadi tak berapa terkejut sangat bila rumah besar macam ahli keluarga ada beribu orang.
"Kita..." jawab Hatta simple. Aku hanya menggangguk.
"Just get in." kata Hatta. Dingin.
"Pastu...beg-beg ni siapa yang nak angkat?" jawabku.
"Aku...rules aku senang ja. House chores apa semua tu aku yang akan buat. Kau tak payah. Itu kewajiban seorang suami yang betul...kau isteri kena layan aku ja dan lahirkan anak-anak kita...tapi aku tak paksa. Aku tau kita kahwin tak macam orang lain..." nada Hatta mengendur. Riak wajahnya kelihatan sedih.
Elvira hanya mengangguk. Dia rasa bersalah kerana melayan Hatta begini. Namun, apa yang dia boleh buat? Hati dia memang tertutup untuk semua lelaki mahupun suaminya sendiri...
--
"Umi! Han indu!" mataku terbuntang luas. Mulut Hatta sudah terbuka luas.
'Sejak bila aku ada anak nih?!' kata Hatta dalam hati.
Elvira memeluk anaknya dengan erat. Dia sudah tak kisah dengan suaminya yang masih terkejut tu.
"Saja mak bawa Elhan datang sini...dia yang nak...katanya rindu lagipun korang bertiga akan duduk sekali kan?" kata puan Shayatti.
"Uncle...ni siapa?" tanya Elhan keliru.
Hatta menunjuk dirinya keliru. Elhan mengangguk laju. "Errrr...suami dia?" Hatta menunjuk Elvira pula.
"A-abi Elhan?!" tanya Elhan.
Elvira menyiku perut Hatta tanda menyuruh suaminya mengangguk setuju. Hatta menurut tanpa membantah walaupun masih keliru.
"Yay! Han dah ada abi!" Elhan memeluk kaki Hatta lalu berlari sambil bersorak. Puan Shayatti tersenyum gembira. Dia saja tidak memberitahu anak lelakinya bahawa El sudah mempunyai anak. Dia tahu kisah seorang Elvira Errissa. Dia juga turut bersimpati.
"Jom Elhan! Ikut umi!" ajakku dengan suara dan nada gembira yang Hatta tidak pernah dengar. Hatta pelik dengan perubahan mendadak isterinya. Dia tak pernah lihat sisi isterinya yang begini.
Tanpa sengaja dia tersenyum...
'It would be nice if you be yourself...smiling like that again..' kata hati Hatta.
--
Tangan Elvira ditarik dari belakang. Pinggang rampingnya dipegang lembut oleh seseorang. Secara tidak langsung, badannya disandarkan di dinding biliknya.
"Kenapa kau tak bagi tau aku...yang kau dah ada anak?" tanya Hatta bersahaja.
El senyum sinis. "Asal? Kau tak boleh terima yang aku ni 'bekas' orang?" kataku pedas.
"Nah...i love janda!" kata Hatta. Matanya meliar ke tubuh Elvira. Elvira pula memandang lelaki itu jijik. Laju El menolak tubuh sasa Hatta namun tiada perubahan. Lebih kuat cengkaman Hatta pada pinggangnya. Hanya kuat-kuat manja gituw.
"Apa nama anak kau? Eh silap anak 'kita'." Hatta senyum senget.
"Elhan Innaqi Shah. Sejak bila ketika masanya pulak dia jadi anak kau?! Dia anak aku je!" marahku.
"Dia panggil aku abi kot! Kau pun suruh pura-pura kan?" kata Hatta dengan senyuman kemenangan.
El hanya menjulingkan bola matanya ke atas.
"It's okay eventhough kau dah ada anak aku tak kisah pun...aku still sayang kau." Hatta senyum nakal lalu mengucup lembut tangan Elvira.
"Kau pahal?! Macam la aku kesah kau okay ke tak! Bila masa aku bagi kau pegang aku?!" Aku menarik tanganku kembali lalu meninggalkan Hatta berseorangan.
YOU ARE READING
Secret Partner (C)
RomanceHatta Izyat Fauqi bin Emran Ahmad Fauqi seorang yang beku. Bekerja sebagai Board of Directors di syarikat HIF Enterprises. Seorang yang tidak mempunyai minat dalam hal berkaitan cinta. Berubah apabila kehilangan seseorang yang dia sayang. Penguat hi...