Bab 45-Waiting

188 8 0
                                    


Kandunganku sudah cukup 9 bulan...cuma nak tunggu keluar je. Perut dah macam nak meletop!

"Umi! No!" marah Elhan.

Elhan mengambil kotak kecil yang berada di tangan uminya. Elvira mengeluh. Mula-mula memang comel...Elvira hanya tertawa melihat gelagat anak lelakinya. Lama-kelamaan Elvira mengeluh. Haih...kotak kecil pun tak boleh pegang dah?

Sama je Elhan dan Hatta...overprotective tak bertempat.

"Yer lah, cupcake...umi tak pegang apa-apa dah lepas ni..." kataku paksa rela.

"Good! Umi duduk kat sofa." arah Elhan.

Elhan menarik tangan uminya dan memaksa uminya untuk berehat di atas sofa empuk itu. Si kecil itu mengambil tempat di sebelah uminya. Tangan Elhan mengelus lembut perut uminya.

"Hai adik-adik, abang! Duduk diam-diam tau...nanti kita main sekali okeh!" kata Elhan ceria.

Sebenarnya, dia tak sabar untuk menunggu adik-adiknya untuk keluar. Setiap hari dia bercakap dan mengelus perut uminya. Elvira yang hanya memerhati anak lelakinya itu sambil mengelus lembut rambut Elhan.

"Haih ikut siapa lah budak comel nih! Sebijik macam abi dia!" kataku lalu mencubit manja pipi gebu Elhan. Dia hanya tersenyum manis.

Hatta juga sentiasa bercakap dan mengelus perut Elvira. Yang tua tu pun tak sabar nak jumpa anak-anak dia katanya...

--

"Sayang...orang nak M416..." kataku.

"Ya Allah...little sky...jangan la mengidam yang pelik-pelik sayang..." kata Hatta. Daripada awal Elvira mengandung lagi dia asyik nak M416 tu...

"Nanti bila sayang boleh jalankan mission balik...sayang pegang la M416 tu puas-puas..." kata Hatta.

"Tak nak...orang nak sekarang..." aku mula merengek. Air mata mula berderai jatuh mengalir membasahi pipi.

"Eh...sayang...jangan la nangis..." pujuk Hatta.

"Nanti orang suruh Syahri bawa M416 tu okeh?" sambung Hatta.

Dia bukan apa...dia takut si Elvira ni main M416 tu macam senapang mainan tak pasal-pasal arwah orang dalam rumah ni...

Hatta memeluk tubuh isterinya. Dia mengelap sisa air mata isterinya. Elvira mengeratkan pelukan itu. Dia membenamkan kepalanya pada dada bidang suaminya.

Sejak mengandung, Elvira jadi semakin manja. 24 jam nak berkepit je. Puas Hatta dan Elhan melayan. Nasib comel.

--

"Sayangggg...jom kita dah lambat nak pergi wedding Shaziana dengan Esfan nih!" jeritku.

"Abi! Cepat lah!" jerit Elhan yang setia memimpin tangan uminya.

"I'm here, my love..." jawab Hatta yang baru sahaja turun.

Hatta mengusap lembut rambut anak lelakinya. Dia juga turut mengucup lembut dahi licin isterinya.

"Let's go!" jerit Elhan teruja.

Sebaik sahaja sampai ke destinasi mereka disambut oleh tiga ekor kera itu. Siapa lagi kalau bukan si Alex, Rafael dan Syahri. Laju mereka mengambil tempat duduk.

Masing-masing memandang pasangan pengantin yang sedang gelak ketawa berjalan menuju ke pelamin yang telah tersedia itu.

"Weh...bila kita nak kahwin doh..." kata Syahri sayu.

"Eleh kau calon pun takde lagi. Terhegeh nak kahwin!" bidas Alex.

Pergh pedih mat. Syahri mencengkam dadanya. Rafael juga turut terkesan.

"Eh! Lebih ah kau! Kau pun single kata orang!" kata Rafael. Dia membela Syahri.

"Sejak bila aku kata aku single?" jawab Alex selamber.

Mata yang sedang tersenyum tadi terbuntang luas. Terkejut beruk mereka berempat yang berada di meja itu. Elhan hanya tersenyum polos.

"Serius lah weh?!" tanya Hatta.

"Tak ah gurau je! HAHAHAH!" Alex ketawa kencang.

PAP!

PAP!

"Aduh! Sakit lah set-" kata-kata Alex terhenti apabila dia dapat merasakan jelingan maut Elvira.

Jelas jelingan itu mengatakan bahawa dia perlu menutup mulutnya dan tidak mencarut di hadapan Elhan. Dia berdehem lalu tersenyum mengaku salahnya. Syahri dan Rafael yang menampar lengannya tadi tersenyum kemenangan.

"Padan muka kau!" bisik mereka berdua.

"Korang siap japgi dengan aku!" ugut Alex dengan nada yang perlahan.

"Siap gi mana?" tanya Rafael. Sengaja yang menyemarakkan api yang ada dalam hati Alex.

Alex mencubit kuat paha Rafael dan Syahri. Mereka hanya mendengus kesakitan dalam diam. Cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan Elhan. Tangan mereka cuba untuk menghalang perbuatan Alex.







Secret Partner (C)Where stories live. Discover now