Bab 41-ARE YOU SERIOUS?!

192 6 0
                                    


Hatta sedang baring di atas riba isterinya. Elvira sedang menyandarkan dirinya pada kepala katil.

"Vira...El...my love...little sky...love...sayang...my sky..." kata Hatta secara sengaja.

"Kenapa, sayang...Iqi...my moon...Hat...love...little moon...my love..." aku juga turut menyenaraikan panggilan untuk dirinya.

"I'm mad in love with you, my sky..." luah Hatta.

"I love you too, my moon...till the death tear us apart..." kataku.

"Ish! Jangan la cakap pasal mati! I hate it!" marah Hatta.

Hatta mengalihkan tubuhnya ke tepi lalu memeluk erat pinggang ramping Elvira. Dia membenamkan mukanya pada perut isterinya.

"Sayang...hidup dan mati tu ketentuan Allah SWT..." tegurku lembut.

Hatta dalam diam menangis.

"It's okay sayang...orang akan sentiasa cintakan sayang...cinta orang dekat Iqi tak akan pernah hilang walaupun sedikit even kalau orang dah takde kat dunia ni..." kataku. Aku mengelus rambutnya.

"Me too...please jangan tinggalkan orang...I need you. Without you I'll be dead inside and outside! You're like my oxygen! You're my life! I'm all yours! And you're mine!" balas Hatta. Dia mengeratkan lagi pelukan itu.

--

"Love?" panggil Hatta.

"Where are you, little sky? tanya Hatta.

"Vira..." mata Hatta tertumpu kepada sepucuk surat yang berada di atas meja.

Pergi ke swimming pool boleh tak, little moon?
Love,
Your sky

Hatta bergegas ke halaman belakang. Matanya terbuka luas apabila dia melihat swimming pool itu dihiasi dengan bunga-bunga rose. Ada lilin yang tersusun dengan elok menjadi jalan kecil.

Terdapat anak lelakinya, Elhan yang handsome lengkap berpakaian suit hitam lengkap. Matching dengan dirinya yang baru sahaja balik dari pejabatnya.

"Abi! Come here, abi!" panggil Elhan. Teruja betul budak nih.

"Why, baby yoda! Where's your umi?" tanya Hatta.

Dia berjalan melalui lilin itu. Dia agak pelik kerana kelibat isterinya langsung tidak kelihatan. Sampai sahaja di hadapan anaknya, dia melutut dengan sebelah kakinya. Nak bagi sama paras...maklum lah budak Elhan tu pendek.

"Why, baby yoda...Elhan ke yang buat semua ni?" tanya Hatta.

Elhan menggelengkan kepalanya.

"Tak! Umi yang uat untuk abi!" kata Elhan teruja.

"Then, mana umi? Abi tak nampak pun..." kata Hatta.

"Kejap lah abi! Elhan nak agi benda kat abi!" kata Elhan.

Hatta hanya menanti anak lelakinya. Tangan kecil Elhan mencari sesuatu di dalam beg doraemon yang dia galas tadi.

"Nah for abi! From Elhan dan umi!" kata Elhan. Dia menghulurkan kotak yang sudah terhias elok dengan riben.

Open me!
Surprise sayang!
Surprise abi!

Hatta membuka kotak itu. Dia membelek benda yang ada di dalam kotak itu lama...

"Apa benda nih?" Hatta mengeluarkan baju baby yang ada di dalam kotak itu.

Baju itu tertulis 'twin's abi dan umi!'. Hatta memandang tulisan itu pelik. Ada dua helai dan tulisannya sama. Dia meletakkan baju itu pada badan Elhan yang sudah berumur 5 tahun itu. Elhan menyengetkan kepalanya memandang abinya pelik.

"Mana la muat nak bagi Elhan pakai...umi Elhan salah beli ni...tapi kenapa tiba-tiba twin's? Bukan Elhan sorang je ke?" kata Hatta keliru.

"Aduh!" Hatta mengerang kesakitan. Elhan hanya tertawa apabila melihat abinya dipukul oleh uminya dari belakang.

"Sayang! Cuba baca betul-betul!" marahku.

"Apa yang tak betulnya...sayang yang salah beli baju sepatutnya 'boy' bukan 'twin'...kita ada sorang anak lelaki je la sayang..." kata Hatta.

"Sampai hati kata ada sorang anak je! Yang lagi dua ni nak letak mana?!" marahku. Air mataku mula mengalir. Biasalah mood ornag mengandung.

"Eh...sayang jangan la nangis..." pujuk Hatta. Dia mula gelabah walaupun masih keliru.

"Ish abi nih! Umi pregnant lah! Han dapat adik! Yeahhhhhh!" Elhan bersorak gembira.

"Huh?! S-sayang pregnant?! Twins?! Orang akan jadi abi kepada tiga orang anak?! YES! HUAAAA THANK YOU, MY SKY!" jerit Hatta. Baru nak dapat tadi member loading...

Hatta melompat memeluk isterinya.

"Don't cry, love..." pujuk Hatta. Air mata isterinya diusap lembut menggunakan ibu jarinya.

Elvira memeluk suaminya erat.

"I'll take care of you and our children...don't worry okeh?" Hatta mengucup seluruh wajah cantik isterinya.

Elvira tertawa dengan tindakan suaminya dan anaknya yang masih bersorak itu.





Secret Partner (C)Where stories live. Discover now