Bab 5-Arranged

220 7 0
                                    


"Han...maafkan umi. Umi janji tak kan marah Han macam tu lagi...okay, cupcake?" pujukku.

Tangan kecil Elhan memeluk tubuhnya sendiri. Dia mengalih pandangannya ke tempat lain. Mulutnya seperti itik. Dia merajuk!

"Hannnnn...jangan la merajuk!" pujukku padahal tengah menahan diri daripada ketawa.

...sunyi tiada jawapan daripada anak lelakinya...

"Hmmm...umi nak pergi makan aiskrim lah! AISKRIM MINT CHOCOLATE!" kataku. Elhan terus memalingkan kepalanya memandang Elvira.

"Nak!" kata Elhan teruja.

"Tadi ada orang tu merajuk dengan umi! So dia tak boleh lah!" kataku mengusik.

"Alaaa umi oleh laaaa!" Elhan merengek lalu melompat ke atas riba uminya.

Elvira ketawa dengan kencang melihat reaksi anaknya. Haih...memang anak aku betul!

--

"El, ibu tak kira! Hujung minggu ni El akan bertunang dengan anak kawan ibu! Dia akan masuk meminang El...no excuse!" kata puan Syavirra. Tegas.

...

Tiada jawapan daripada El. Dia tau dia akan sentiasa kalah. Dia tidak akan menang jika dia melawan.

Eskandar memandang adiknya sayu. Dia tidak boleh membangkang. Perkara ini juga demi kebaikan adiknya sendiri.

"Sudahlah tu awaknya.." kata tuan Izram. Dia ingin membela anak angkatnya walaupun El tidak pernah menyukainya.

"It's okay, pak cik..." jawabku sayu. Dia tidak pernah memanggil ayah angkatnya dengan panggilan 'ayah' kerana dia tidak selesa.

"No, abang! Sampai bila El nak hidup sorang-sorang?! Siapa yang nak jaga dia nanti?! Kesian Elhan...dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah!" marah puan Syavirra. El menunduk memandang lantai.

--

"So? Macam mana?" tanya Ziana. Dia sentiasa up to date. Maklumlah El sentiasa meluahkan perasaannya kepada Ziana.

"Aku kena juga terima laki tu!" kataku. Dah la esok keluarga pihak lelaki akan masuk meminang dirinya. Lagi dia gelabah.

El secara tidak sengaja melanggar seseorang. Dia terjerit kecil apabila dirinya tertolak dan hampir terjatuh. Sepasang tangan memaut pinggang ramping El untuk mengelak diri El daripada terjatuh.

"Kau ni memang sengaja suka nak langgar aku ker?" kata jejaka itu. El membuka matanya perlahan. Mata El terbeliak besar apabila menyedari posisi mereka berdua yang sangat rapat itu.

"Eh! Kau pahal?! Aku boleh selamatkan diri aku sendiri lah!" marahku. Dia menolak tubuh tegap lelaki itu dan mengambil jarak. Dia kenal sangat lelaki di hadapannya ini. Lelaki yang sentiasa merosakkan mood sehariannya.

"Aku tolong ja kot! Dah lah terima kasih un takde!" kata Hatta. El terus berjalan meninggalkan Hatta yang terpaku di tempatnya.

"Eh, mak cik! Kalau dah langgar orang tu minta maaf lah!" sindir Hatta. Pergerakan El terhenti.

"Eh, pak cik! Kau tu yang buta!" sindirku balik. Dia mengorak langkah meninggalkan Hatta.

Hatta dalam diam mengukir senyuman di bibirnya. 'She's attractive even though she keep on getting on my nerves!' dia mengomel seorang diri.

--

"Uish! Padu bhai!" kata Ziana. El memandang kawannya pelik. Dah kenapa minah ni? Tiba-tiba ja..

"Kau pahal?" tanyaku.

"Yer la! Aku ternampak adegan romantik tadi! Boleh potong kaki weh!" Ziana senyum miang.

El menjulingkan bola matanya ke atas. Dia tahu Ziana sedang mengejek dirinya.

"Helok apa mamat tadi tu!" kata Ziana apabila dia melihat reaksi kawan baiknya itu.

"Elok apanya?! Macam tenuk tak cukup vitamin ja aku tengok!" balaski. Lagi aku menyampah adalah.

Ziana menghamburkan ketawanya. Kalau boleh dia nak guling satu mall ni rasanya.

Secret Partner (C)Where stories live. Discover now