Haih. Sudah 2 minggu Elvira menghiraukan Hatta...asyik melayan Elhan je! Setiap kali dia cuba dekat dengan isterinya...si budak kecik tu akan mengacau memang potong line betul lah!Hatta tidak puas hati apabila Elvira sedang menyium dan mengeletek Elhan. Mengekek budak tu gelak! Uish! Peluk pulak! Hatta membuat muka cemburunya.
"Sayang...." panggil Hatta.
...
"Love!"
"Little sky...." Hatta mula merengek.
...
"My sky!"
"El!" nada Hatta mula meninggi. Member dah nak nangis dah tu.
"Apa?! Orang nak main dengan Elhan lah! Pergi main jauh-jauh! Shush!" kataku.
...
Hatta meninggalkan isterinya. Masuk sahaja ke dalam bilik dia menangis. Dia duduk di penjuru katil sambil memeluk dirinya. Macam budak kecik!
"Hiks...hiks...El- El dah tak sayang aku..." Hatta menangis teresak-esak.
"Iqi?" panggilku. Mataku mula membuntang luas apabila melihat Hatta yang sedang menangis itu. Kakiku laju melangkah pergi ke arah Hatta.
"Why are you crying, my moon..." tanyaku lembut.
"L-love dah t-tak s-sayang orang..." tutur Hatta. Lagi kuat tangisannya.
Aku mengeluh berat. Laju aku memeluk Hatta. Dia membalas pelukan itu. Malah, pelukan itu dieratkan oleh dirinya.
"Bila masa orang cakap orang tak sayang, Iqi?" kataku lembut. Tanganku tak habis mengelus rambut milik Hatta.
"I love you, moon..." kataku.
Mukanya yang basah dengan air mata itu dipalingkan menghadapku. Mata kami bertentangan. Aku mengusap lembut pipi Hatta. Air matanya diusap olehku.
"Hiks...s-sayang t-tak layan o-orang pun...hiks..." jawab Hatta.
Haih....aku mengeluh...
"Okay...orang layan sayang okeh?" pujukku.
'Haih cengeng betul suami aku nih...' kata hatiku. Aku tersenyum tipis.
--
"Iqi!" panggilku.
"Dah la tu merajuk!" kataku.
Haih...dah 3 hari dia merajuk. Cemburu dengan anak sendiri. Sebelum ni dia yang nak anak! Last-last dia yang melebih cemburu dengan Elhan! Baru sorang anak dah macam ni...tu pun nak tambah lagi!
Hatta memeluk tubuhnya. Dia memandang ke arah yang lain. Dia merajuk! Elvira asyik layan Elhan je!
"Han...duduk dengan tokma tau? Umi nak keluar dengan abi kejap je..." kataku.
"Ocey umi! Beli Han olet tau!" jawab Elhan.
"Okay, cupcake! Nanti umi beli coklat dengan lollipop dekat Elhan okeh?" kataku lalu mengucup pipi Elhan.
Sempat lagi Elhan menayang muka belagak ke arah Hatta. Kembang-kempis hidungnya bangga kerana uminya adalah miliknya. Kening comel miliknya diangkat beberapa kali. Bibirnya menguntum senyuman kemenangan.
Hatta yang melihat makin sakit hati. Ceh! Budak nih! Giginya diketap kuat. Matanya dikecilkan.
PAP!
"Aduh! Ibu...." Hatta merengek apabila ibunya, puan Shayatti menampar lengannya.
"Sudah lah tu! Dengan Elhan pun nak cemburu!" kata puan Shayatti.
Hatta mencebik. Elvira dan Elhan pula gelak sekuat hati.
--
Diam...tiada kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Suasana di dalam kereta itu semakin kekok. Sampai sahaja di RL-mall, tangan Hatta ditarik oleh isterinya. Baru sahaja dia hendak keluar meninggalkan Elvira.
"Sayang...dah la tu merajuk..." kataku.
"Tak nak!" Hatta menarik tangannya kembali lalu memeluk tubuhnya.
"Please...love...jangan la palau orang..." pujukku. Aku mengucup wajahnya berkali-kali.
Hatta yang hampir cair akibat pujukan isterinya menolak tubuh isterinya. Huish! Hampir kalah!
"Sayang pergi keluar! Orang tak nak kawan sayang! Orang nak balik!" Hatta menghalau Elvira.
"Okeh! Fine!" kataku.
Tanganku mula membuka pintu kereta ingin meninggalkan Hatta. Tidak semena-mena tubuhku ditarik ke dalam dakapan Hatta.
"Hiks...hiks...jangan la keluar betul-betul!" kata Hatta sambil menangis. Wajahnya diletakkan pada leher jinjang Elvira. Pelukan itu dieratkan.
"Tadi dia yang suruh keluar!" marahku. Aku membalas pelukan itu. Aku mengeluh.
"I'm sorry, love..." kataku. Dahinya dikucup sekilas.
"Hiks...s-sorry, my sky..." Hatta menangis teresak-esak.
Elvira tersenyum manis. Cengeng!
YOU ARE READING
Secret Partner (C)
RomansaHatta Izyat Fauqi bin Emran Ahmad Fauqi seorang yang beku. Bekerja sebagai Board of Directors di syarikat HIF Enterprises. Seorang yang tidak mempunyai minat dalam hal berkaitan cinta. Berubah apabila kehilangan seseorang yang dia sayang. Penguat hi...