Sejak kebelakangan ini, Hatta semakin manja dengan Elvira. Haih. Sampaikan Elhan sakit hati tengok.Namun hari ini, Elvira membuat benteng antara mereka berdua. Mukanya juga kelihatan pucat. Dia kepenatan. Shaziana juga risau dengan keadaan Elvira di pejabat tadi.
Elvira memakai make up bagi menutupi wajah pucatnya. Dia tekad mahu menjalankan misi walaupun badannya terasa berat dan sukar untuk dia bergerak.
"El! Kau pergi ambil bukti!" kata Hatta selepas berjaya menangkap ke semua drug dealer itu.
Aku yang sedang berjalan mula berasa pening. Seakan-akan dunia berputar dengan sendirinya. Aku memegang dinding untuk kekal berdiri. Kepalaku berdenyut-denyut. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.
Akhirnya, Elvira tumbang. Dia pengsan. Dapat dia rasakan tangan kekar yang memaut pinggang rampingnya supaya tidak jatuh tersungkur di atas lantai.
"El!" jerit Hatta.
"Wolf! Raf...Fid! Korang settlekan mission ni. Aku gerak dulu!" kata Hatta.
"All right! Jaga El elok-elok! Apa-apa hal panggil kitorang." kata Rafael.
Laju Hatta mengangkat tubuh kecil isterinya secara bridal style.
--
Aku membuka mataku. Memandang siling yang agak kabur itu. Aku memandang sekeliling. Haih. Aku berada di klinik khas yang ada di agency.
"Hat..." panggilku. Hatta tertidur di sisi katilku. Tanganku mengusap rambut Hatta untuk membangunkan dirinya.
"El! Kau dah bangun!" laju Hatta meletakkan tangannya pada dahi El. Masih panas.
Bagai nak luruh jantung Hatta dibuatnya. Semalaman Elvira terlantar di atas katil.
"Kau ni kan! Dah tau demam asal kau degil sertai mission kali ni!" marah Hatta.
"Rilek lah! Aku okay je kan?" kataku.
"Banyaklah kau punya rilek! Jantung aku macam nak tercabut kau tau tak tadi?!" marah Hatta lalu mengucup kasar bibir isterinya. Terbuntang luas mata El dibuatnya.
Belum sempat El ingin menolak tubuh suaminya...Hatta terlebih dahulu meleraikan ciuman tersebut.
"Aish! Please don't do that again, little sky! Tengok kau pengsan tadi buatkan aku lemah kau tau tak?!" kata Hatta dengan nada yang tergetar-getar.
Dia memeluk erat isterinya lalu menangis. Elvira hanya mengeluh lalu membalas pelukan suaminya. Cengeng betul!
"Ehem!" Tiga orang lelaki yang hanya memerhati dari tadi berdehem.
Laju El menolak tubuh tegap suaminya itu.
"Ish potong ah korang nih!" marah Hatta.
"Crybaby doh kau Yat! HAHAHAHAH!" Alex tertawa.
"Entahnya macam budak-budak!" sambung Rafael. Saja ingin menambah api kemarahan Hatta.
"Betul! Menyampah aku tengok! 'Please don't do that again, little sky!' bla bla. HAHAHAHHA!" Han Syahri mengejek.
Berdekah tiga orang lelaki itu. Riuh ruangan itu dengan gelak-tawa mereka.
"Eleh korang cemburu an?! Aku dah ada bini! Korang?! HAHAHAHAH AWEK PUN TAKDE! Bwuerk! Tengok nih!" kata Hatta lalu mengucup seluruh wajah cantik isterinya.
"Korang ader?! Dah halal ni boss! Dasar single!" ejek Hatta.
Terkedu mereka bertiga melihat telatah Hatta yang sedang bermanja dengan Elvira.
Auch! Sakit hati orang yang single di sini!
"Woih! Single ke taken jangan main eh! Kuang ajor punya member!" marah Syahri.
"Auch! Sakit jiwa singleku!" kata Rafael sambil memegang dadanya seakan-akan ditusuk dengan pisau yang tajam. Pedih mat!
"Damn bro! Kau tunggu aku cari jodoh aku nanti!" kata Alex.
"Omo! Sayang! You kan jodoh I!" jerit Rafael. Dia memaut tangan Alex.
"Awww...sorry baby. I lupa!" jawab Alex.
"Wow! You curang dengan I?!" kata Han Syahri pula.
"Eh! Mana ada sayang!" kata Alex.
"I love you! Muah!" serentak Syahri dan Rafael ingin menyium pipi Alex.
Laju Alex menolak kepala mereka berdua menjauhi pipi sucinya.
"Woih! Lebih-lebih pahal?!" marah Alex.
Bergema ruangan itu dengan ketawa mereka berlima. Ghisau kadang. Bahaya jugak bila single terlalu lama nih!
YOU ARE READING
Secret Partner (C)
RomanceHatta Izyat Fauqi bin Emran Ahmad Fauqi seorang yang beku. Bekerja sebagai Board of Directors di syarikat HIF Enterprises. Seorang yang tidak mempunyai minat dalam hal berkaitan cinta. Berubah apabila kehilangan seseorang yang dia sayang. Penguat hi...