Tangan Hazel Aryana menggigil sambil matanya membaca semua 'direct massage' di instagram kekasihnya. Air matanya mula mengalir, rasa kecewa dan marah mula bercambah di dalam sudut hatinya itu.
"Sebelum aku datang sini, aku ada jumpa ex aku tapi dia dah lain sekarang. Muka dia tak lawa macam dulu-dulu. Sekarang banyak jerawat."
"Hazel tahu ke kau jumpa dia?"
"Ermmm tak. Tapi si Hazel tu bukannya perempuan cantik pun." Daniel membalas pesanan kawan perempuannya di instagram.
"Hazel bukannya kaya, nak kata berpelajaran tinggi? Ermm tak juga."
Bapppp!!!
Hazel membaling telefonnya ke dinding. Sakit hati kerana telah menunggu kekasihnya itu selama 4 tahun.
Hazel Aryana merupakan seorang budak perempuan yang gemuk dan tidak pandai menghias diri. Tak reti. Dia sendiri tiada keyakinan untuk semua itu. Melihat mukanya yang breakout itu saja sudah muak. Merupakan mangsa buli sejak tadika. Dalam alam tingkatan 6 pun masih ada yang membenci. Bezanya, sekarang dia memiliki dua orang sahabat yang selalu memberi semangat dan menemani dia.
"Aku punyalah setia tapi ini je kau balas?
Dah mabuk sangat dengan ex kau, kenapa stay dengan aku 4 tahun ni?"Suara hati dan fikiran Hazel mula mempersoalkan niat sebenar Daniel.
Beberapa bulan sebelumnya Hazel pernah meminta untuk Daniel menikahinya dengan cara nikah khitbah tapi Daniel tidak merespon seolah-olah tidak dengar apa yang Hazel katakan.
Kau ni pekak badak ke apa? bisik hati Hazel.
"Esok saya akan ke Yaman" tiba- tiba Daniel bersuara. Hazel terdiam seketika mendengar kata-kata Daniel.
"Tapi awak kata lagi 6 bulan kan? Kenapa tiba-tiba je ni?"
"Maaf Hazel sebab saya taknak awak sedih. Tu je."
"Lepastu dengan cara tiba-tiba macam ni awak ingat saya happy ke?" bentak si Hazel.
Air mata Hazel mula membasahi pipi merahnya itu. Hazel buntu kerana dia perlu menjalinkan hubungan cinta jarak jauh, Malaysia dan Yaman.
Daniel melihat Hazel dengan rasa bersalah tapi dia tetap harus meninggalkan Hazel untuk menuntut ilmu di Yaman.
Tinggg!!!
"Assalamualaikum Hazel, ni mama. Daniel dah bagitahu dekat kamu yang dia akan ke Yaman besok?" tiba-tiba Hazel menerima pesanan dari mama Daniel.
"Waalaikummusalam mama. Dah." Hazel membalas pesanan tersebut dengan ringkas kerana masih terkejut dengan semua benda yang berlaku dalam sekelip mata.
"Mama harap kamu faham ye Hazel. Kamu boleh tunggu Daniel 4 tahun, takkan kamu tak boleh tunggu Daniel untuk beberapa tahun lagi kan? Mama nak Daniel belajar dulu ilmu agama dekat sana. Memang mama dengan papa nak sangat Daniel belajar dekat Yaman. Mama bukannya tak suka kamu tapi mama harap kamu faham."
Hazel terkedu melihat pesanan mama Daniel. Dia mula rasa keliru dengan situasi itu. Fikirannya mula meracau, satu per satu persoalan mula bercambah.
Memang la aku ni boleh tunggu anak dia, tapi yakin ke anak dia balik Malaysia nanti nikah dengan aku? si Hazel mula mengomel dalam hati.
"Baik mama." seringkas mungkin Hazel membalas pesanan itu untuk kali terakhir.
Keesokan harinya Daniel menghubungi Hazel sebelum berangkat ke Yaman pada jam 4 pagi.
"Hazel, saya dah nak pergi. Saya pergi dulu ye. Jaga diri awak baik-baik untuk saya."
"Awak akan contact saya ke?"
"Pasti! Bye saya tutup call ye."
Belum sempat Hazel menjawab, panggilan telah ditamatkan. Terkaku sekali lagi Hazel Aryana.
"Perghhhh mamat ni. Macam tu je???"
"Nasib baik aku sayang kau tau tak, kalau tak dah lama aku block kau ni."
"Sabar Hazel sabar. Nanti tak comel la marah-marah." Hazel menarik nafas panjang.
Hazel mengomel sendiri. Mana taknya pukul 4 pagi tengah lena dia tidur tiba-tiba dikejutkan dengan call dari Adam Daniel.
Setelah beberapa hari, Hazel masih menunggu khabar dari kekasihnya itu, Adam Daniel. Perasaan takut, gelisah semuanya ada kerana dia tahu Adam Daniel sangat akrab dengan perempuan. Daniel pernah mengirimkan gambar dia dengan seorang perempuan.
"Muka dia sama la dengan muka Hazel."
Huh? Perghhhhh dekatnya kau duduk. Bukan main ye... Hazel mengomel dalam hatinya.
Dia tahu kekasihnya itu pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu dan Yaman merupakan negara yang patuh dalam mengamalkan ajaran islam tapi dia tetap rasa risau.
Ditenung- tenung, dibelek-belek telefonnya tapi tiada juga khabar dari kekasihnya.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...