Akhirnya Hazel Aryana dapat memulakan hidupnya tanpa Adam Daniel tetapi hubungan dia dan keluarga masih belum baik.
Badannya mula mengecil. Penampilannya mula terjaga. Mukanya juga sudah semakin elok. Sudah pandai pakai make up. Makan hati dengan bekas kekasihnya itu, dia bertekad untuk menurunkan berat badan. Dia juga sudah 'obsess' untuk kurus, selalu memuntahkan balik apa yang dimakannnya.
Sebernarnya Hazel seorang yang cantik cuma dulu dia tidak pandai mengurus diri. Tanpa make up juga terserlah natural beautynya. Walaupun terdapat beberapa kesan parut jerawat dan jerawat-jerawat kecil di wajahnya itu.
•••••••••
"Jangan main-main ye anak-anak. Lagi 1 minggu kamu semua nak exam untuk sem terakhir."
"Hehe baik cikgu!"
Hazel mula sibuk dengan persiapan untuk dia melangkah masuk ke peperiksaan terakhirnya itu.
Kelihatan Emily dan Maya berbisik. Pandangan mata tertuju pada Hazel. Haaa ada plan sesuatu la tu. Kaki mula mengatur langkah menuju ke arah meja Hazel Aryana.
"Eh kau ada omi eh?" Emily bertanya sambil menunjuk aplikasi 'omi chat' di dalam telefon Hazel.
"Iya aku saja je download haritu tapi tak buka-buka pun."
"Ouh hehe pinjam kejap eh. Nak tengok sebab aku malas nak download."
"Berehhhh."
Emily, Maya dan beberapa kawannya yang lain mula swipe ke kiri dan kanan gambar profile di dalam omi. Mereka memang 'excited' sampai mencapai limit 'maximum' untuk 'swipe and match'.
"Done!" Emily menjerit perlahan.
"Kau bagi Haze kejap phone ni Maya." Emily menghulurkan telefon milik Hazel pada Maya.
"Aik asal aku pula?" Maya mencebik.
"Hehe tolonglah."
"Ouhhh kau nak jadikan aku kambing hitam kau pula. Kau nak suruh aku mati sorang-sorang? Sama-sama tanggung la kalau semua laki tu chat Haze."
"Iyalah-iyalah. Lepastu kita chow terus tau."
Maya mengangguk. Cuak.
"Nah aku pulangkan." Emily bersuara.
"Tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa? Korang buat apa dengan phone aku?"
"Alooo nanti kau tahu la sayangku Hazel." Kata Emily sambil mengenyitkan mata.
"Dah jom-jom Maya." Emily menarik lengan Maya. Hampir terjatuh Maya dibuatnya.
Hazel meneruskan pelajarannya. Malas dia hendak melayan perangai ngok-ngek kawannya itu. Makin dilayan, makin menjadi.
Tinggg!!!
"Hye! Assalamualaikum. Boleh saya nak kenal awak?"
"Hye! Saya berkenan la dengan awak."
"Hi! Intro please hehe."
Bertubi-tubi chat masuk. Hazel mula memberikan pandangan maut kepada Emily dan Maya. Dia tahu semua ini kerja dua kawannya yang bongok itu. Emily hanya senyum seperti kerang busuk sahaja. Maya buat muka tak tahu. Buat-buat busy study.
Aduhhh kau punya pasal la ni Emily. Senang kau nak jebak aku masuk dalam plan kau sekali kan.
Malas si Hazel mahu melayan chat-chat tu.
Selang beberapa minit kemudian...
Tinggg!!!
"Assalamualaikum. Hye, saya nak kenal dengan awak boleh ke?"
Tiba-tiba sahaja Hazel mengapai telefonnya seusai melihat satu chat. Entah kenapa dia tertarik dengan satu chat 'random' dari 'stranger' itu.
"Waalaikummusalam. Hi, boleh."
"Saya Louis dari Gombak. Umur saya 26 tahun."
"Ouhh saya Hazel, dari Gombak juga. Umur kita jauh beza ye."
Tiba-tiba mereka berdua rancak membalas pesanan antara satu sama lain. Ting!!! Ting!!! Ting!!! Chat masuk tidak berhenti
"Wake up Hazel. No time for fall in love. Fokus Hazel fokus!" Hazel menampar lembut pipinya.
Tinggg!!! Tinggg!!! Tinggg!!!
Hazel melihat pesanan Louis tapi tidak membalasnya.
"Eh hilang dah budak ni. Macam chipsmore pula dia ye." Louis mengomel sendiri.
Hampir seminggu Hazel mengabaikan pesanan dari jejaka itu. Bukan apa, dia masih tidak bersedia untuk jatuh cinta. Lagipun dia sedang menyiapkan diri untuk exam terakhirnya sebagai pelajar tingkatan 6.
"Hazel, kau jangan nak malas. Duduk hadap phone je 24 jam. Belajar la." Kata Hafiz sambil merebut telefon dari adiknya.
"Abang ni kenapa? Orang tengah belajar la, tengah search dekat google."
"Kau menipu je keje. Keje rumah tak buat. Kau jangan jadi pemalas Hazel."
Hazel sudah terbiasa dilabel sebagai pemalas walaupun hampir separuh kerja rumah dia yang buat. Hazel memekakkan telinganya kerana malas bertengkar dengan abangnya itu.
Tinggg!!! Tinggg!!!
"Siapa pula yang chat... Ehh dia ni lagi?" Hazel membuat muka annoying. "Nak apa? Aku tak reply pun dia chat juga dah kenapa mamat ni? Kena sampuk dengan jembalang ke?" Hazel megomel lagi."
"Hi Hazel! Buat apa tu?"
"Hazel busy ke?"
Hazel mula rasa bersalah tapi tidak mahu terluka. Dia memang tertarik dengan Louis. Walaupun Hazel tidak membalas chat, Louis tetap akan menghantar pesan di 'whatsapp' setiap hari.
"Aik budak ni memang ignore aku terus ke?"
"Kau kalau setakat nak buat main budak ni takyah beria bro." Aidan bersuara. "Dah berapa ramai perempuan kau buat patah hati Louis."
"Kalini lain la brother. Aku kalau dapat perempuan ni memang aku jadikan isteri."
"Wahhh lain macam kau. Apa istimewa sangat ke budak ni sampai kau nak buat bini?" Aidan tertanya-tanya kerana apa yang dia tahu kawan baiknya itu tidak pernah serius dalam cinta.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...