BAB 5

2K 102 3
                                    

"Kau buka pintu ni Hazel!" Hafiz menendang pintu bilik Hazel.

"Taknak la. Jangan kacau." Hazel menahan tangisannya

"Kau jangan nak terperap dalam bilik je. Tolong ibu dekat dapur ni. Keluar la!"

"Hafiz! Biarkan adik kau tu. Ibu mati nanti biar je dia terperap dalam bilik. Tak boleh nak harap, buat keje pun tak." Kata Puan Jasmine

Hampir seluruh kerja rumah Hazel yang buat dan dia baru sahaja berehat dibiliknya.
Hubungan keluarga mereka semakin teruk. Keadaan mental Hazel juga semakin merosot.

Hazel bertekad untuk pulang ke kampung abahnya di Kelantan. Dia terus packing barang dan bersiap-siap untuk pergi. Buat kali pertama dia keluar rumah seorang diri. Hazel merupakan anak dari 'strict family'. Dia tidak bebas walaupun Hafiz dan Puan Latifah seakan-akan membencinya. Hazel pula sangat menurut kata-kata mereka.

Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun. Dia melangkah masuk ke dalam bas seusai membaca doa.

Setelah beberapa jam di dalam bas...

Kota Bharu, Kelantan

"Here I am... Hello kelantan!!!." Jerit Hazel yang berada di pinggir sungai. Iya pinggir sungai. Hazel Aryana memang sangat random.

"Eh cik jangan!!!!" Tiba-tiba terdengar suara dari belakang Hazel.

Bukkkkk!!!

Hazel ditolak ke tepi sehingga jatuh terbaring. Hazel membuka matanya secara pelahan. Terkejut dia melihat wajah Adam Louis begitu dekat dengan wajahnya. Badan Louis hampir menindih badan kecil Hazel.

"Hazel?"

Hazel terus menolak badan Louis, segera bangun dan membuang pasir yang melekat di bajunya.

"Hazel macam mana boleh sampai sini?" tanya Louis

"Saya balik kampung abah saya dekat sini. Awak?"

"Saya datang bercuti. Eh kejap, awak nak terjun dalam sungai tu kenapa? Tahu tak bahaya. Sungai ni dalam. Kenapa awak tak reply chat saya Hazel?" Bertubi-tubi ayat keluar dari mulut Louis. Tangganya memegang batang pancing dan baldi.

Hazel mengerut dahi. Tak faham dia apa yang Louis katakan.

"Saya ada masalah sikit sebab tu saya tak reply."

"Bila masa saya nak terjun? Ouhh awak ingat saya nak bunuh diri ke?"

"Habistu... ughhh nevermind Hazel. Kita lupakan okay? Ada masalah? Kalau awak nak share, saya ada untuk dengar masalah awak." Louis berkata sambil senyum.

"Saya rindu abah." Air mata Hazel mula mengalir.

"Saya buat keje rumah, diorang cakap saya tak buat. Diorang kata saya pemalas. Orang lain buat salah tapi mereka lepaskan marah dekat saya. Saya rasa macam saya ni beban mereka tau tak."

Adam Louis terdiam.

Mereka tu siapa? Pemalas? Timbul tanda soal di fikirannya.

Louis tahu Hazel seorang yang rajin kerana dia akan memberitahu apa yang ingin dilakukannya kepada Louis. Sama sepertinya.

"No Hazel, you bukan pemalas. Diorang salah nilai awak. Jangan sedih princesss. Saya janji akan gantikan tempat abah, awak izinkan saya please..." dengan nada lembut dan perlahan Louis berkata.

"Gantikan abah? How?"

"Saya akan kahwin dengan awak. Sumpah dari hari pertama kita kenal saya dah tekad nak jadikan awak isteri saya Hazel."

Hazel tergamam. Lidahnya kelu tidak mampu berkata kerana terkejut.

"Can I?"

"Buktikan." Hazel bersuara.

Louis tersenyum kepada Hazel dan berkata "I will Hazel. Tunggu saya akan halalkan awak. Kita tunang dulu okay?"

"Okay." Hazel masih terkejut dengan kata-kata Adam Louis. Dia keliru untuk percaya atau tidak kata-kata lelaki di depannya itu.

"Saya nak balik." Hazel terus berjalan meninggalkan Louis.

"Tunggu! Saya hantar awak balik. Bahaya dah nak masuk waktu maghrib ni."

Louis mengejar Hazel dan menarik lengan baju Hazel untuk mengikutnya ke arah kereta. Mereka berdua diam membisu. Hanya suara radio sahaja yang terdengar. Pipi Hazel memerah dari tadi. Adam Louis yang perasan hanya cuba sedaya upaya menahan gelak.

Comelnya bakal isteri aku ni. Bisik hatinya.

"Ni rumah nenek saya. Terima kasih dah hantar saya balik."

"Hazel? Ya Allah Hazel cucu nenek." Terdengar suara wanita yang lanjut usia memanggilnya.

"Nenek." Hazel memeluk neneknya. Hazel mula menangis.

"Hish sudoh. Burok la kalu cucu nenek ni teriok." Pekat likat loghat Kelantan neneknya.

"Ni sapo? Bakal cucu menantu nenek ko?" Che Tun bertanya kepada Hazel sambil mengangkat kening. Dicucuk-cucuk pinggang cucunya itu.

Louis tersenyum. "Kalau saya datang meminang Hazel boleh tak nek?" selamba dia je bertanya kepada Che Tun.

Mata Hazel membulat. Mata hazel yang tajam menuju ke arah Louis. Louis hanya sengih ketakutan.

Matilah aku. Garang betul anak singa ni. Mampus. Bisik hati Louis

"Eh boleh sangat la. Bilo?"

"Nanti saya bagitahu Hazel ye nenek." Louis senyum kepada hazel sambil mengangkat kening. Hazel pula memberikan jelingan tajam.

Louis meminta diri kerana hari makin gelap. Dia ingin ke homestay yang disewanya. Takut kawannya, Aidan mati kelaparan. Maklumlah belum makan dari pagi. Kerja Aidan hanya tidur sahaja.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now