BAB 11

1.7K 87 2
                                    

"Assalamualaikum." Tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari pintu depan rumah Che Tun. "Siapa?" "Sapo?" Tanya Puan Jasmine dan Che Tun. Dua beradik itu saling memandang. Serentak mereka mengangkat bahu.

"Waalaikummusalam. Kejap-kejap." Jerit Puan Jasmine. "Hazel, cuba adik tengok siapa yang datang." Hazel bangun dan menuju ke ruang hadapan. Hazel membuka perlahan-lahan pintu dan menyambut salam yang diberi. "Waalaikummmmuuusaaaalammmmmmm." Tergamam Hazel melihat Adam Daniel di depan matanya.

"Siapa dik?" Hafiz menyusul dari belakang.

"Adam Daniel." Perlahan Hazel menjawab. Mata Hafiz mula membulat. "Haa sudah macam mana mamat ni boleh ada dekat sini pula. Takkan adik aku ni bagitahu dia." Hafiz mula mengomel. Cuak dia dibuatnya.

"Kau buat apa datang sini?" Tanya Hafiz dengan nada serius.

"Hafiz, Hazel suruh tetamu tu masuk dulu. Ibu buatkan air." Jerit Puan Jasmine dari dapur Che Tun.

"Baik! Haa masuklah." Hafiz memberi pandangan tajam kepada Daniel.

"Hi Hazel, sihat?"

"Mana awak tahu saya dekat sini?"

"Saya sayangkan awak. Saya akan cari awak sayang."

"Ehhh kau jangan nak bersayang-sayang dengan adik aku eh. Wahhh nak bersayang-sayang. Aku ni tunggul ke?" Tiba-tiba Hafiz mencelah. "Hazel ikut abang kejap." Hafiz menarik tangan Hazel menuju ke bilik."

"Eh mano doh duo beradik tu? Ni saing Hafiz ke?" Tanya Che Tun sambil menghidangkan air teh dan biskut kering.

"Bukan. Saya kekasih Hazel nek."

"Bekas kekasih." Puan Jasmine bersuara.

Memang dari awal lagi dia dan Hafiz tidak suka Hazel berkawan dengan Daniel. Suasana mula tegang. Che Tun menjemput Daniel untuk minum.

"Adik, macam mana mamat tu boleh sampai sini?"

"Mana Hazel tahu. Hazel tak reply pun chat dia. Yang tahu Hazel duduk sini ermmm Emily. Ehh hah sah perempuan tu yang bagi alamat dekat Daniel abang."

"Aduh kawan kau pun tak boleh pakai la dik." Hafiz menepuk dahinya. "Aku bagitahu Louis suruh dia datang okay?" Hazel hanya mengangguk. Dia pun tidak selesa dengan kehadiran Daniel. Takut juga kekasihnya itu terluka dan merajuk dengannya.

"Mat mana kau mat? Mamat tu dah sampai sini."

"Aik macam mana boleh sampai sana? Aduh jap-jap setengah jam sampai." Louis yang baru pulang dari penerbangan ke Melbourne sudah menuju ke rumah Che Tun dari tadi lagi. Dia memecut keretanya. "Kau pegang kuat-kuat Aidan."

"Hah?" Aidan terus mencapai 'roof handle' dan memegang erat.

Mampus lagi sekali dia buat gila. Bisik Aidan.

"Anok kijo gapo?"

"Saya mengajar dekat sekolah tahfiz nek. Baru je start lepas balik dari Yaman haritu. Erm Hazel, lepasni saya nak beli rumah." Mata Daniel beralih kepada Hazel.

"So?" Ringkas Hazel menjawab.

"Eh anok mari sini bakpo?" Saja menyampuk. Tahu sangat cucunya tak suka dengan lelaki itu.

"Ermmm saya datang ada hajat nek. Saya nak masuk meminang Hazel. Nak jadikan Hazel isteri saya."

"Wait bro! Erk sorry i'm late my little princess." Tiba-tiba muncul Adam Louis yang memakai pakaian seragam pilot berdiri di pintu rumah Che Tun. Matanya tepat ke arah Hazel Aryana. Terserlah badannya yang tegap di dalam uniform itu. Hazel memandang Louis dengan hairan.

"Kau sape?" Daniel bersuara.

"Ni la bakal suami Hazel Aryana. Bakal suami adik aku." Hafiz mencelah dengan senyum senyuman sinis.

"Aku Louis. Adam Louis bakal suami Hazel Aryana." Louis menghulurkan tangan kepada Daniel

"Aku Adam Daniel." Louis menggeggam kuat tangan Daniel. Muka Daniel terlihat jelas sedang menahan sakit. Hazel dan Hafiz pula menahan ketawa.

"Kau cakap apa tadi? Nak jadikan Hazel isteri? Dude, if she doesn't belong to me, I'll make sure she doesn't belong to you either." Louis bisik kepada Daniel. Dia menepuk-nepuk bahu Adam Daniel itu. Tergamam Daniel dibuatnya.

"Erm nek, Hazel saya minta diri dulu la. Saya ada hal nak buat dekat sini sebenarnya. Saya pergi dulu ye." Dia malas nak bertentang mata dengan Louis. Hatinya menjadi panas.

"Aik awal kau nak balik. Terasa tersaing ke tu?" Hafiz mengekek ketawa. "Eh budak bertuah ni." Puan Jasmine menarik telinga anaknya itu. "Aduh sakitlah ibu." Hafiz mencebik.

Aidan dan Louis ketawa. "Alamak!" Bisik hati Louis apabila dia sedar Hazel Aryana sedang merenungnya dari tadi.

Tajam betul pandangan anak singa aku ni. Aduh lupa tukar baju. Mampus. Dia mengetap bibir.

Tinggg!!!

Telefon Louis di dalam poket berbunyi. "Ikut saya." Chat pendek dihantar oleh Hazel. "Mampus." Perlahan Louis bersuara.

"Jadi encik pilot ada apa-apa penjelasan?"

"Ermm" tersengih-sengih Louis. Tidak tahu mahu mula dari mana. "Kan saya dah cakap saya keje sebagai pemandu."

"Iya pemandu tapi tu je yang awak cakap. Awak tak cakap awak keje ni." Hazel menunjuk pakaian yang dipakai Louis.

"Awak tak tanya. Takkan saya nak bagi tahu."

Hazel mencebik. Louis tersenyum melihat Hazel di hadapannya. "Princess, saya sayangkan awak. Jom minggu ni kita tunang. Saya dah balik, kita tunang ye princess." Pujuk Louis.

"Saya tak sempurna. Tak cantik, tak pandai pula tu. Awak tak menyesal ke?"

"Sayang, saya bukan cari perempuan yang sempurna. Saya cari perempuan yang menyempurnakan hidup saya dan awak la orangnya."

"Sudi ke tak awak jadi tunang dan isteri saya Hazel Aryana?"

Hazel mengangkat wajahnya. Dia memandang tepat wajah Adam Louis yang memiliki sepasang mata coklat, berambut 'side parted' yang agak keperangan. Hazel tersenyum dan menggangguk.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now