BAB 20

1.6K 79 0
                                    

"Ya Allah panasnya badan kamu ni nak. Hafiz ambikkan air dengan ubat dekat dapur tu. Adik demam ni." Tangannya mengusap lembut rambut Hazel.

"Ibu, Haze takut." Mata terpejam rapat. Tangan Puan Jasmine digenggam erat oleh Hazel.

"Takut apa sayang? Ibu ada dekat sini dengan kamu."

Ya Allah dah lama anak aku tak macam ni.

Puan Latifah tahu Hazel Aryana mengalami trauma akibat di buli semasa alam persekolahannya. Nasib tak mati anaknya dibuli. Letak kapur tulis dalam minuman, tolak dari tangga, dicabul, tak terkira banyaknya. Sebabnya? Hazel Aryana dibenci kerana tiada ayah.

"Nah ibu. Adik kenapa ibu? Teruk ke demamnya?"

"Demam rindu la tu Fiz. Kamu jemput Louis sorang-sorang dekat airport ye. Adik kamu ibu jaga." Bibir Puan Jasmine mengukir senyuman tetapi seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.

"Okay ibu. Betul ni adik okay? Hurm kalau macam tu okaylah." Hafiz perasan dengan riak wajah Puan Jasmine yang seakan-akan risaukan sesuatu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Adehhh bukan main bergaya lagi kau ye Louis.

Hafiz mengomel sendiri. Melihat adik iparnya mengatur langkah ke arahnya. Menarik beg roda, berpakaian seragam pilot, captain hat dikepit di bawah lengan kirinya. Nampak kemas dan segak. Begitu juga dengan Aidan.

"Hello my brother in law. Apa khabar?"

"Waalaikummusalam Syed Adam Louis. Alhamdulillah aku sihat je." Nak perli Louis la tu.

"Cehhh terkena aku. Assalamualaikum wahai Hafiz Aiman, abang ipar kesayanganku." Louis mencebik. Hafiz dan Aidan ketawa. Geli hati.

"Okaylah Louis. Aku gerak dulu. Pape roger." Aidan meminta diri.

"Alright bro."

"Drive elok-elok woi." Jerit Hafiz

"Bereh boh."

"Mana isteri aku? Dia tak datang dengan kau ke Fiz?" Mata Louis mencari sosok isterinya.

"Dia demam la Louis. Entah. Tiba-tiba je semalam demam. Panas badan."

"Hah asal kau tak cakap awal-awal?" Wajah Louis cuak.

"Eh mangkuk, kau pun baru sampai macam mana aku nak cakap awal-awal."

"Hehe. Jom la gerak. Aku rindu isteri aku."

"Lahhh muka aku ni ada iras-iras Haze apa. Comel kan?" Hafiz mengedipkan matanya berkali-kali.

Dah kenapa mamat ni???

"Kau kena sampuk ke? Demam juga? Erkkk mati hidup balik aku minta jauh mimpi ngeri ni."

"Kurang asam kau."

"Dahhhh jom la!" Louis menarik lengan baju Hafiz. Hampir tersungkur abang iparnya.

"Sabar la lahanat. Adehhhh."

"Hehe sorry-sorry."

•••••••••

"STOPPPPPP!!!"

Tiba-tiba Louis menjerit. Laju Hafiz menekan break.

"Kenapa-kenapa? Aku ada langgar orang ke?" Gelabah Hafiz. Mukanya sudah cuak.

"Errrr aku nak beli bunga jap untuk isteri aku."

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now