"Sayang, saya masukkan beg ni dulu dalam kereta ye. Yang lain kejap lagi saya ambik." Louis mengangkat beg pakaian mereka berdua.
"Takpelah daddy, Haze bawa keluar beg-beg ni." Hazel yang masih bersiap, membetul-betulkan tudung terus mencapai beg yang terlihat agak kecil.
"Eh!" Belum sempat Louis menghalang...
"Urgh beratnya. Erm tak boleh nak angkat." Hazel mencebik dan memandang ke arah Louis.
Isteri siapa ni Ya Allah. Eee comel!!! Hampir tersenyum Louis dibuatnya.
"Ehem" Louis cuba control macho. Membetulkan suaranya.
Tak mampu menatap wajah comel isterinya, Louis pantas mengalihkan pandangan.
"Haa kan saya dah cakap biar saya yang angkat. Memang la berat dah orang tu beli barang banyak sangat. Biar saya yang angkat kejap lagi. Sayang jangan angkat! Faham?" Tegas Louis bersuara.
Bukan apa, Louis tahu kaki isterinya sedang sakit. Louis melihat Hazel mengurut-urut kakinya, disapu minyak selepas selesai mandi tadi.
"Iya Haze faham." Hazel Aryana masih mencebik dengan muka comelnya.
"Saya tak marah sayang. Dah, pergi siap-siap cepat ye." Louis mengusap pipi isterinya.
Hazel mengangkat wajahnya dan mengangguk.
"Hm nok balik doh cucu nenek ni." Che Tun menyambut salam Hazel Aryana.
"Alaa nenek nanti kami datang lagi." Hazel mencium tangan neneknya.
"Haih nenek kamu ni Hazel. Nanti ada la tu nangis sorang-sorang teringat dekat kamu." Saja Puan Jasmine ingin mengusik Che Tun.
"Hish mano ado. Pandai-pandai jah." Che Tun menjeling Puan Jasmine. Taknak mengaku tu.
Mereka semua ketawa. Terhibur dengan telatah Che Tun. Sayang sangat pada cucunya itu.
"Okay la ibu, kami minta diri dulu ye. Lambat pula sampai sana nanti." Louis bersalaman dengan ibu mertuanya.
"Okay Louis. Bawa kereta tu elok-elok jangan laju sangat. Jaga anak ibu ni elok-elok ye. Kalau ada apa-apa kamu bagitahu kami ye nak." Berkaca juga mata Puan Jasmine bila anak dan menantunya meminta diri.
Hazel yang perasan akan perubahan raut wajah Puan Jasmine terus mendekati dan memeluk erat.
"Ibu, nanti Haze dengan Louis balik lagi jumpa ibu, nenek. Ibu jangan sedih nanti Haze ikut sedih. Kalau Louis busy, Haze balik dengan abang. Louis bagi izin."
Puan Jasmine tersenyum dan mengangguk.
_______________________________
Rumah Puan Latifah"Assalamualaikum ibu, abah. Kami dah balik ni." Louis menjerit dan melangkah masuk ke dalam rumah. Kedua-dua belah tangannya membawa beg.
"Daddy, Haze tolong bawakan."
Baru sahaja Hazel ingin memegang tali beg yang berada di tangan Louis...
"Hish, kan saya dah cakap sayang. Benda ni berat. Jangan mengada nak angkat. Faham?"
Laju Louis bersuara. Hazel mencebik dan akur dengan kata-kata suaminya tapi...
"Yelah... orang nak tolong je. Huh sombong betul abang pilot ni. Huh." Sempat Hazel mengata suaminya. Dijeling-jeling si Adam Louis.
Mak aiii terus bertukar jadi anak singa? Cepat betul mood budak ni berubah sekarang.
Spechless. Tak mampu berkata-kata Louis. Hanya fikirannya yang bersuara.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...