BAB 12

1.7K 81 0
                                    

Tinggg!!!

Hazel terus mencapai telefonnya.

"Assalamualaikum bakal menantu umi. 2 hari lagi kamu nak tunang dengan anak umi. Umi harap Hazel dapat terima kekurangan anak umi ye. Umi restu kamu berdua."

Hazel tersenyum tapi tanpa sedar air matanya juga mula mengalir. Walaupun pesanan yang diterimanya itu ringkas tapi dia terharu. "Waalaikummusalam. InsyaAllah umi."

2 Hari Kemudian....

Tiba hari pertunangan Hazel Aryana dan Adam Louis....

"Assalamualaikum..." Salam diberi oleh pihak lelaki.

"Waalaikummusalam. Jemput masuk."

"Kami datang ni ada hajat. Hajat anak buah kami ingin memetik bunga di taman Puan Jasmine."

"Louis kau duduk diam-diam dalam kereta ni. Jangan keluar." Pesan Aidan. "Aku chow dulu, nak tengok Hazel Aryana yang cantik tu. Bye!" Aidan saja mengusik Louis. Tahu kawannya itu tengah berdebar.

"Woi tak guna kau. Hazel Aryana tu aku punya la setan!!!" Jerit Louis. Aidan hanya memberikan senyuman yang nakal kepada Louis.

"Mati kau aku kerjakan nanti Aidan." Louis menjerit lagi kepada Aidan yang melangkah pergi itu.

Selesai mereka semua berbincang, Che Tun menyuruh Puan Jasmine untuk membawa Hazel keluar untuk disarungkan cincin.

"Anak ibu, cantiknya. Jom sayang." Puan Jasmine manahan sebak. Anak daranya sudah dipinang orang. Dia sedar dia selalu melepaskan amarahnya kepada Hazel. Bukan kerana tidak sayang tetapi dia tertekan dengan kerjanya. Maklumlah dia seorang yang menguruskan anak, bekerja. Dialah ibu, dia juga bapa kepada anak-anak. Puan Jasmine menarik perlahan tangan Hazel, digenggam erat.

"MasyaAllah cantiknya bakal menantu umi." Terdengar suara Puan Latifah yang perlahan.

"Subhanallah patut la anak buah kami ni tergila-gilakan sangat." Salah seorang pakcik Louis bersuara hampir kedengaran.

Hazel Aryana duduk di atas pelamin. Mengenakan pakaian ala-ala melayu klasik bewarna maroon. Bajunya agak loose, dan berkain batik. Tudungnya pula menutupi dada.

Perlahan Puan Latifah bangun dan duduk di sebelah Hazel. Puan Latifah mengambil cincin di atas dulang sirih junjung.

"Hazel, umi harap kamu dan Louis bahagia ye nak." Puan Latifah perlahan menyarungkan cicin di jari manis Hazel Aryana. Hazel agak segan, pipinya merah bak delima agak kelihatan. Hazel mencium tangan Puan Latifah.

"Terima kasih umi." Terdengar ucapan yang keluar dari mulut Hazel Aryana.

Puan Latifah memeluk Hazel Aryana. Dicium pipi merah Hazel Aryana itu. Tergamam Hazel dibuatnya. Tidak pernah dia seperti itu dengan Puan Jasmine. Hazel sebak, matanya mula berkaca. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata itu.

"Cantiknya menantu umi ni." Puan Latifah mengusap halus pipi Hazel. Kelihatan Puan Latifah juga sedang menahan sebak. Hidungnya merah, matanya juga terlihat seakan-akan mahu menangis. Dia sedih dan gembira, anak sulungnya itu sudah menjadi tunang orang dan dia juga akan menerima menantu tidak lama lagi.

"Haa panggil Louis tu masuk." Pak Atan, abang kepada Puan Jasmine menyuruh Aidan untuk memanggil Louis.

"Wuish aku berdebar la."

"Kau berdebar takyah masuk la. Biar kau dengan yang lain je tengok bidadari kau yang cantik tu." Aidan melangkah seperti mahu meninggalkan Louis.

"Hish kau jangan macam-macam. Flying kick kau nanti" Louis gementar ditambah pula dengan usikan Aidan membuatkan perasaannya bercampur geram.

"Assalamualaikum." Perlahan kaki Louis melangkah masuk ke dalam rumah Che Tun. Dia memakai kurta bewarna maroon dan berseluar hitam straight cut. Terpegun Adam Louis melihat tunangnya, Hazel. Terasa seperti dibuai mimpi.

MasyaAllah cantiknya bakal bidadari aku. Bisik hatinya.

"Hoh duduk sebeloh Hazel tu Louis. Demo ni nok ambik gambar. Duduk-duduk." Tiba-tiba Louis dikejutkan dengan suara Che Tun.

Louis mengangguk, dia terus mendekati Hazel dan duduk di atas pelamin bersebelahan dengan tunangnya itu. "Wanginya." Louis mencium bau perfume yang dipakai Hazel Aryana.

"Awak cakap apa?" Hazel bertanya perlahan.

"Wangi. Saya suka bau tu." Bisik Louis dengan sekuntum senyuman.

Hazel Aryana tunduk malu.

"Hoh duduk-duduk tepi Hazel. Tengok kamera depe tu."

"Okay Louis bangun meta, diri tepi tu. Hazel duduk jah atas kerusi tu. Rapat la sikit Louis dengan Hazel tu."

Wahhh bersemangat Che Tun mengarah mereka untuk bergambar. Mereka berdua pula malu-malu kucing kerana banyak mata yang memandang mereka.

Setelah semuanya selesai....

"Kami pulang dulu ye. Terima kasih sudi terima kehadiran kami." Puan Latifah berkata sambil bersalaman dengan Puan Jasmine. "Ya Allah takde apa la. Kita dah nak jadi besan kan." Puan Latifah tersenyum.

"Esok kitaorang nak pegi jalan-jalan. Nak ikut?"

Hazel mengangguk. Tersenyum sekali lagi Adam Louis dibuatnya melihat tunangnya yang malu-malu itu. "Comel."

"Umi!!! Menantu umi nak ikut juga esok. Boleh kan?" Louis menjerit.

"Boleh sangat Louis. Kami balik dulu ye Hazel. Louis, jom." Puan Latifah senyum dan melambai ke arah Hazel.

"Hish dia ni. Suka hati dia je kan." Hazel mengeluh, geram dengan tunangnya itu. Dia membalas lambaian Puan Latifah.

"Baik ibu. Hati-hati."

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now