Beberapa minggu kemudian...
"Hazel saya faham awak dah ada orang lain. Boleh kita jadi kawan?" Daniel tidak putus asa menghantar chat kepada Hazel. Dia tahu Hazel Aryana seorang yang mudah dirayu, hatinya lembut dan seorang perempuan yang baik.
"Kawan? Okay sampai kawan je." Hazel kesian. Mama Daniel juga ada call bertanya khabar selepas kepulangan Daniel ke Malaysia. Memang dia rapat dengan mama Daniel itu.
"Erm boleh saya tahu kenapa awak block saya?"
"Serius la awak tak tahu Daniel. Cuba awak buka DM dekat ig awak tu. Baca chat awak dengan ex Kash, kawan baik awak tu."
"Kejap." Daniel terus membuka akaun instagram miliknya itu. Dibelek-dibelek. Scroll 'direct massage' dari atas sampai bawah.
'Ding Dong'
"Pergh jumpa juga." Kata Daniel perlahan. Dia membaca satu persatu.
"Dah jumpa? Dah tahu sebabnya?"
"Ermmm saya rasa awak dah salah faham. Saya nak cakap awak tak cantik macam perempuan lain, tak belajar tinggi, tak kaya tapi awak baik. Saya maksudkan awak ni lain dari perempuan lain Hazel."
Hazel mengerutkan dahinya.
Alasan. Kau ingat aku bodoh ke Daniel. Bisik hatinya.
"Ouh pastu saya la yang salah sekarang ni?" Hazel membalas pesanan Daniel.
"Ermmm."
Memang tak patut si Adam Daniel berkata begitu walaupun maksudnya lain kerana sesiapa sahaja akan salah faham. Lagipula yang dia 'chat' itu perempuan. Bekas kekasih kawan baiknya pula tu. Hati si Hazel mula berbolak-balik.
"Awak nak tunang bila? Erm awak kenal dia dekat mana?"
"Seminggu lagi. Dekat omi."
"Hah? Omi? Sumpahlah Hazel awak percaya dengan lelaki dalam apps tu? Saya dengar yang diorang tu....."
"Diorang apa?"
"Takde apa la."
"Cakaplah!"
"Penipu. Ada yang dah kawin, siap ada anak lagi tapi mengaku single."
Hazel senyum sinis membaca chat Daniel.
Apa kurangnya kau. Dasar penipu tak sedar diri. Hazel mengomel sendiri.
"Ouh yeke. Tapi tak semua. Dah la saya nak masak. Bye!"
Daniel tergamam. Dia tahu Hazel sudah mula berubah. Perangainya tidak sama seperti dulu.
Garangnya. Cute. Daniel tersenyum sendiri. Walaupun Hazel Aryana berubah tapi dia tetap cintakan Hazel.
"Siapa chat dik? Louis?"
"Bukan. Mamat tu la."
"Hah?" Hafiz bingung. Entah mamat mana pula yang kacau adiknya itu. Dia tidak mahu mental adiknya lemah. "Siapa mamat tu?"
"Daniel." Hazel mengeluh. "Nah baca." Hazel menghulurkan telefonnya kepada Hafiz.
"Hah? Okay-okay." Pelik dengan adiknya. Selalunya Hazel akan berahsia dan tidak mahu Hafiz masuk campur. Hafiz membaca semua isi 'chat' itu. "Memang cari pasal la kau Adam Daniel." Dia memang tidak berkenan dengan Daniel dari dulu lagi. Hafiz terus mencapai telefonnya.....
"Wehhh kita ada problem. Kau ada fly mana- mana ke?" Hafiz 'call' bakal adik iparnya. Sejak 'incident' Hazel, Hafiz dan Louis mula rapat. Mereka saling kongsi cerita dan menjaga Hazel dengan baik. Lagi pula mereka sebaya.
"Wassup bro. Wuish tak bagi salam kau ni. Bismillahirrahmanirrahim..."
"Kau kenapa Adam Louis?"
"Try-try kot terbakar ke kan..." terdengar suara Louis sedang mengekek ketawa.
"Setan! Kau ketawa la lagi. Kau dengar ni mesti kau stop punya. Ada orang nak masuk pinang adik aku. Daniel, ex dia."
"What? Are you serious bro? Bila? Macam mana kau tahu?" Gelabah si Louis mendengar kata-kata Hafiz. Hazel pernah menceritakan siapa Adam Daniel kepadanya.
"Hazel bagi phone dia dekat aku. Suruh aku baca. Tapi nampak gaya Hazel tak melayan tapi aku takut Hazel berbolak balik nanti."
"Aku tak boleh datang sana. Macam mana ni? Flight aku ke Melbourne esok pagi."
"Kau selesaikan tugas kau dulu Louis. Hazel aku jaga. Aku ambik cuti lagi, stay kampung dulu. Selesai je kau datang terus."
"Beres. Thankyou abang iparku sayang. Muahhh." Perangai gila Louis keluar. Menyempat dalam keadaan gelabah dan risau takut kekasihnya itu diambil orang.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...