"Assalamualaikum bidadari, boleh saya masuk?" Louis mengetuk pintu bilik Hazel.
"Waalaikummusalam. Masuklah encik suami." Perlahan Hazel menjawab. Tudung masih duduk elok di kepalanya.
Ditenung wajah isterinya, tersenyum sendiri Adam Louis.
MasyaAllah indahnya ciptaanMu.
"Jangan la pandang Haze macam tu. Malu la." Hazel menutup mukanya menggunakan kedua-dua tapak tangannya.
Langkah kaki Adam Louis diatur perlahan untuk mendekati isterinya. Kedua-tanggannya memegang tangan Hazel.
"Kenapa nak malu? You're mine Hazel Aryana. I will never give someone else a chance to be close to you. Remember, you're mine!" Tangannya laju merangkul pinggang Hazel.
"Hish awak...." perlahan Hazel menolak badan tegap suaminya itu.
Lagi ditolak, lagi erat tangan Louis merangkul pinggangnya. Ditarik merapat ke badannya itu.
"Hurmmm awak lagi. I'm your husband sayang. Taknak la panggil awak." Louis memuncung, buat-buat merajuk dengan isterinya itu.
"Abang?"
"Taknak! Nanti orang ingat saya ni abang awak lepastu sukahati diorang nak ngorat isteri saya. No no no!" Louis menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.
"I know! Daddy!" Sudah tahu isi kepala Louis. Saja Hazel ingin mengusik suaminya, Louis pula tidak mahu memaksa Hazel untuk memanggilnya begitu.
"Yes baby." Semakin erat pinggang kecil Hazel itu dirangkul, laju Louis mengucup bibir munggil isterinya.
Membutang mata Hazel Aryana, badannya kaku, suhu badannya naik mendadak, seram sejuk rasanya. Mukanya sudah merah seperti udang kena bakar.
Urghhh kenapa badan aku macam ni. Kenapa... kenapa jantung aku laju macam nak pergi perang. Hazel memegang dadanya.
Tindakan Adam Louis membuatkan Hazel Aryana tidak tentu arah.
Louis tersenyum, lagi tidak tentu arah Hazel dibuatnya. Mana taknya, tiada jarak dan ruang diantara mereka berdua. Badan kecilnya yang dirangkul erat oleh Louis sehingga degupan jantung Louis dapat dia dirasanya.
Wajah mereka yang seakan tiada jarak membuatkan dia dapat mendengar dengan jelas hembusan nafas Adam Louis.
"Are you hot baby girl?" Garau Louis bersuara dengan senyuman nakalnya. Louis perasan muka isterinya yang merah padam itu. Dia terus mengusap halus kepala isterinya.
Perlahan-lahan dia menggalkan pin tudung isterinya. Satu demi satu dia manarik pin itu. Belitan tudung yang terletak elok itu mula longgar.
"Daddy..." Hazel memegang tangganya.
"Why my little baby girl? I'm your husband. I'm yours and you're mine." Dia merapatkan wajahnya dan bisik dekat di telinga Hazel. One more time! Tertelan air liur si Hazel.
"I promise, I'm always be yours daddy." Perlahan Hazel bersuara. Tangganya memeluk rapat badan tegap di hadapannya itu. Tersenyum lagi Adam Louis. Wajah Hazel tersembam di dada Louis. Louis meletakkan dagunya di kepala Hazel.
Tudung Hazel sudah entah ke mana. Tadinya longgar kini sudah di lantai tanpa dia sedar dan getah rambutnya juga sudah hilang. Laju tangan Louis hinggap di rambut Hazel.
"Tes cheveux sont si beaux bébé." (Your hair is so beautiful baby.) Diusap-usap rambut ikal mayang Hazel Aryana.
Hazel mengerutkan dahi. "Hmmm?"
Louis hanya menguntumkan senyuman.
"Je sais. Aimez-vous?" (I know. Do you like it?) Ternganga mulut Louis. Tidak pernah tahu pula isterinya pandai berbahasa perancis.
"H...How???" Spechless Louis dibuatnya. Dia ingat isterinya itu biasa-biasa je.
"I learn it. Hehe."
"J'aime beaucoup la France. Pourquoi ? Tu es choqué?" (I really like France. Why? You are shocked?)
Louis kembali memeluk isterinya. Dia mengucup manja pipi Hazel. Mendekati kembali bibirnya di cuping telinga Hazel...
"I'm spechless baby. J'aime beaucoup." (I really love it). Louis bisik perlahan.
Dada Hazel mula berombak, detak jantungnya kembali laju, dia terpaku lagi.
"Errr daaa daddy..... Jom solat sama-sama nak?" Hazel memegang tangan Louis, diletakkan pada pipi gebunya. Louis mengangguk dan mencium dahi isterinya.
Selesai mereka berdua solat berjemaah buat pertama kalinya......
"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sesungguhnya segala kenikmatan dunia ini datang dariMu dan keburukannya datang dari diri kami. Ya Rabb, kau jadikanlah aku seorang hamba yang bertanggungjawab dalam mengerjakan suruhanMu dan kau jadikan aku suami yang soleh, yang dapat membimbing isteri dan anak-anakku. Ya Rabb, kau jadikanlah isteriku isteri yang solehah dan mampu membimbingku ketika aku melakukan kesalahan. Sesungguhnya kau telah mengurniakan ciptaan yang terindah kepadaku. Aamin...
Sedang khusyuk Louis berdoa, dibelakangnya ada seorang isteri yang tersenyum mendengar doa dari seorang suami.
"Daddy..." Hazel menghulurkan tanggannya untuk bersalam.
Louis menyambut tangan Hazel. Louis membelai kepala yang dibaluti telekung itu.
"Sayang daddy, terima kasih kerana sudi menjadi makmum abang." Dahi Hazel dicium sekali lagi. "Tu es si belle." (You are so beautiful.) ditarik manja hidung mancung Hazel Aryana.
"Werkkk. Mestilah kena cantik. Hazel Aryana kan isteri Daddy Adam Louis." Hazel menjelirkan lidah kepada Louis.
Ooo macam ni ye perangai budak manja aku. Arghhhhhhh comel!!!!!!
Pipi Louis tidak lenguh senyum dari tadi. Penat badannya juga tidak terasa kerana melayan karenah isterinya itu.
"Daddy bila start keje?"
"Lusa baby. Sorry tau sebab daddy awak ni kena masuk keje awal, ada flight ke London. Janji balik nanti kita pergi honeymoon nak?" Hazel sudah mula memuncung panjang.
"Kalau Haze nak duduk rumah ibu dulu pun boleh. Nak duduk rumah umi pun boleh sementara saya takde."
"Haze duduk rumah ibu la. Honeymoon? Dekat mana?"
"Ermmm French? Nak?"
Hazel tersenyum kembali. "Nakkkkkkk....." Manja je dia menjawab. Dia menyembamkan mukanya di dada Louis
"Saya balik nanti, baby ambik saya dekat airport dengan Hafiz tau. Saya tak dapat tahan rindu ni sampai rumah." Diusap-usap kepala isterinya.
"Eee mengada la daddy. Iyaa saya jemput daddy dekat airport. Janji saya jemput."
"Mengada dengan isteri saya ni je. I love you Hazel Aryana." Louis tersenyum dan mencium lembut dahi Hazel Aryana.
Hazel mencapai telefonnya, membelek-belek telefon. Di scroll akaun tiktok. Riak wajah Hazel tiba-tiba bertukar sedih.
"Kenapa sayang?"
"Budak ni kena buli. Kesian dia daddy. Saya akan pastikan anak kita nanti takkan kena pijak macam ni." Mata Hazel mula berkaca.
Alahai lembutnya hati isteri aku ni. Garang tapi sebenarnya... ermm ke ada something yang buat dia sedih ni... ada benda yang aku tak tahu ke?
"Eee tak comel la baby saya ni nangis. Buruk tau." Louis mencubit manja pipi Hazel.
"Hish kalau saya tak comel daddy nak cari lain la?"
"Mana ada. Cukup budak manja saya ni sorang je. Hazel Aryana ni la baby, princess saya dunia akhirat tau. Jangan nangis ye manja."
Louis mengusap pipi gebu isterinya. Di lap air mata Hazel dengan tangan kasarnya itu.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...