BAB 13

1.7K 75 3
                                        

"Naik kereta sekali la Louis. Abah drive."

"Hehe takpe la umi. Takut Hazel segan pula lagipun adik-adik ada tu." Louis memuncungkan mulut ke arah adiknya.

"Alaa along jom la naik sekali. Adik nak interview sikit bakal kakak ipar hehe."

"Banyak la kau. Duduk diam-diam." Adam Fatih, adik bongsu Louis mengekek ketawa. Suka mengusik abangnya itu.

"Entah along ni. Bagi la kita kenal-kenal dengan bakal kak long kita..." Si angah, Adam Nader pula menyampuk.

Kedua-dua adiknya itu masing-masing berumur 16 tahun dan 17 tahun.

"Lain kali jelah. Bye..." Louis membelakangi mereka. Menuju ke keretanya.

Laju Adam Louis memecut kereta Toyota GT86 miliknya. Hazel sudah terpacak di depan pintu rumah Che Tun menunggu kehadiran tunangnya itu.

"Silakan masuk princess. Harini saya jadi pilot tunang kesayangan saya. Cantiknya budak manja saya ni." Louis membuka pintu kereta untuk Hazel.

"Thankyou abang pilot." Usik Hazel.

"Not abang pilot sayang. Call me Daddy. I'm your Daddy now." Garau Louis bersuara. Tergamam Hazel dibuatnya.

"Ermm Daddy?"

"Yes my little baby. Why?" Sekali lagi Hazel terpaku dengan suara garau Adam Louis.

"Erm bila awak start keje?" Hazel ingin mengubah topik.

"Hmm? Call me Daddy Hazel Aryana."

"Errrrr Daddy, bila erm Daddy start keje?" Segan silu Hazel Aryana dibuatnya.

"Lusa baby. Kenapa? Takut rindu daddy ke?"

"Mana ada." Hazel terus mengubah aras ke tingkap kereta. Muka Louis sudah merah padam menahan ketawa. Memang dia suka mengusik tunangnya itu kerana reaksi yang diberi oleh Hazel itu comel baginya.

"Kita nak pergi mana ni awakkkkkkkk... ermm I mean daddy."

Louis tergelak.

"Jangan la gelakkan orang." Hazel mencebik.

"Okay-okay sorry baby. Saya gelak sebab baby saya ni comel. Rasa nak kiss je." Louis mengusik Hazel lagi. Tangannya seakan-akan mahu menyentuh bibir munggil Hazel.

"Eh jangan macam-macam eh." Laju Hazel menepis tangan Adam Louis.

"You wait and see my little baby. Tunggu saya halalkan awak, you're mine." Tertelan air liur Hazel dibuatnya.

"Hish dah. Bawa kereta tu elok-elok. Pandang depan!" Hazel mengarah jari telunjuknya ke depan.

"Why? Can't I flirt with you princess?" Saja Louis nak miang dengan tunangnya.

"Taknak layan!" Hazel menutup mukanya menggunakan lebihan shawl yang dipakainya.

Adam Louis mengekek ketawa. Muka tunangnya itu sudah merah padam. Macam udang kena bakar pun ada.

"Wahhh pantai. Cantiknya." Mata hazel bersinar-sinar melihat pantai di depannya.

"Ha a cantik kan baby. Cantik sangat-sangat ciptaan Allah ni." Louis merenung wajah Hazel dari tepi. Tersenyum sendiri dia.

Awak ciptaan yang terindah dalam hidup saya Hazel Aryana. Bisik hatinya.

"Along sini-sini." Jerit adik bongsu Louis.

"Urgh kacau la budak ni."

"Hehe dah jom kita pergi dekat diorang tu." Hazel berseuara dan memberikan senyuman yang manis untuk Louis.

Louis tersenyum menatap muka tunangnya. "Jom baby." Louis mahu menarik lengan baju Hazel.

"Hish jangan!" Hazel menepis tangan Louis menggunakan purse di tangannya.

"Okay-okay princess." Louis ketawa. Kedua-dua tangannya diangkat tanda surrender.

Dia merenung lagi muka kekasihnya itu. Bersyukur Hazel Aryana sudah mula selesa dengannya walaupun kadang-kadang garang macam anak singa dan malu-malu denga. Punca darinya juga kerana suka sangat mengusik Hazel Aryana itu.

"Hish termenung pula dia. Tunang saya... Jom!" Hazel melemparkan senyuman manis sekali lagi buat Louis.

"Termenung tengok tunang saya yang cantik ni. Sayang, I'll protect you. Tak kisah walau nyawa saya tergadai sekalipun. Saya akan lindungi awak."

"Hish taknak la macam tu. Kalau awak takde, siapa nak jaga saya. Dah jangan mengarut saya tak suka la. Abah dah tinggalkan saya, takkan awak nak tinggalkan saya juga Louis? " Raut wajah Hazel bertukar sedih.

"Okay-okay tapi saya nak tunang saya ni senyum dulu. Please....." Hazel tidak mampu menolak permintaan tunangnya itu. Dia sekali lagi memberikan senyuman yang membuatkan Adam Louis jatuh hati kepadanya.

Louis gembira melihat senyuman yang terukir di bibir Hazel Aryana. Dia bersyukur keadaan mental Hazel dan hubungannya dengan keluarga semakin membaik dalam masa sebulan itu.

Kadang-kadang Hazel ada mengadu mereka masih melepaskan amarah kepadanya dan membuatkan Hazel menangis, mengurung diri di dalam biliknya. Tapi Adam Louis selalu ada menemaninya walaupun melalui panggilan telefon atau video call.

"Louis!!! Hazel!!! Sini sayang umi." Terdengar suara Puan Latifah memanggik mereka berdua.

Hazel dan Louis melangkah bersama kearah Puan Latifah dan suaminya.

"Iya umi. Sabar la kita baru nak manja-manja dengan tunang kita ni." Louis memuncung panjang.

"Eh eh budak ni mengadanya...." Puan Latifah mencubit manja lengan anaknya itu.

"Aduh sakit la Puan Latifah sayang." Louis mencebik, diusap-usap lengannya yang tidak sakit.

"Dah-dah. Menantu abah, duduk sebelah umi tu. Haa Louis, awak tu duduk sini." Tuan Syed menepuk-nepuk tempat duduk kosong di sebelahnya.

"Aloooo." Louis memuncung.

"Sayang umi, lagi 2 minggu korang berdua nikah ye." Puan Latifah menyentuh lembut tangan Hazel. Membutang biji mata pasangan itu.

"Seriuslah umi?" Louis mula teruja.

"Iyalah. Umi, abah dah bincang dengan keluarga Hazel. Diorang setuju. Semua urusan jangan risau, umi dengan ibu Hazel akan siapkan."

"Lagipun keluarga Hazel risau, apa nama budak tu... errrr Daniel! Haa risau takut budak tu ganggu Hazel lagi." Tuan Syed menyampuk.

Louis memandang Hazel. "Dia ada chat sayang ke?"

"Hah??? Errrrr takde-takde.." tergagap-gagap Hazel nak menjawab.

Selamba badak dia je panggil sayang depan mak ayah dia. Malu la aku. Hazel mengomel sendiri. Muka Hazel merah padam dibuatnya.

I'm Yours, LouisCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang