BAB 6

2.1K 95 0
                                    

"Nenek bagi je Hazel kena pinang dengan laki yang nenek sendiri tak kenal?"

"Nenek suko la. Hokni nenek suko. Hok haritu nenek tok suko. Gapo ore oyak arroooo arrogant haa." Pergh speaking nenek harini.

"Tapi nenek bukannya tahu dia siapa."

"Sayang cucu nenek, kito boleh kenal kei? Kenal dulu okay? Esok kito gi kubur abah. Hazel lamo doh kan tok melawat abah."

"Hurm baik nek."

Hazel hanya menundukkan kepalanya. Dia sangat rindukan abah walaupun dia tidak sempat merasa kasih sayang seorang abah. Tangan Che Tun mengusap lembut pipi cucunya itu sambil tersenyum. Dia memeluk erat Hazel. Tahu akan kesulitan cucu kesanyangan dia hadapi.

"Assalamualaikum. Nenek jom la Louis dah sampai ni. Louis bawa nenek dengan bakal isteri Louis melawat abah." Pagi-pagi dah terpacak si Louis depan rumah Che Tun.

"Hi nenek saya Aidan. Bakal madu Hazel." Aidan bersuara ingin mengusik. Louis mencubit lengan Aidan. "Otak kau." Bisik Louis. Che Tun hanya gelak melihat aksi dua sahabat itu.

"Waalaikummusalam weyyy la cucu menantu nenek mari doh. Jom-jom lambat doh ni."

Hazel terpaku di depan pintu rumah.

Macam mana mamat ni boleh tahu aku nak pegi kubur dengan nenek harini? Mesti, confirm keje nenek. Hazel mengeluh sendiri.

Bismillahirahmanirahim.... yaasinn... suara merdu Louis membaca Yasin untuk arwah abah Hazel. Hazel tersenyum mendengar suara Adam Louis. Tidak disangka lelaki itu membaca Yasin untuk arwah abah. Dia juga mula membaca Yasin untuk arwah abahnya.

"Nenek ado masok nasi di rumoh. Hazel pun masok doh lauk-lauk. Kita make sekali lah."

"Boleh nek. Saya pun lapar dooh ni."

"Hish kau ni Aidan. Cover sikit." Louis menepuk bahu Aidan. "Alah aku lapar. Kau tak kejut aku makan semalam."

"Siapa suruh kau tido mati. 6 kali aku kejut tak sedar-sedar juga. Rumah tu meletup pun confirm kau tak sedar."

"Doh jom gi make." Che Tun berkata sambil gelak.

Hish nenek ni. Bisik hati Hazel. Hazel dah buat muka annoyingnya.

Pukkkk!!!!! Bahu Hazel ditampar. "Jangan buat muka!" Che Tun bisik kepada Hazel.

"Baikkkkkk."

Hazel berada di dapur sedang menyiapkan makanan. "Hazel benda lain boleh la dio masok tapi dio tok reti masok nasi."

"Hah?" perkataan yang keluar dari mulut dua orang sahabat. Mereka saling memandang. Ruang tamu yang sepi di rumah Che Tun tiba- tiba dipenuhi gelak tawa mereka.

"Apa yang seronok sangat dua orang tu. Hishhhhhh." Hazel mengomel sendiri di dapur.

"Seriuslah nek? Tapi okay la tu reti masak benda lain. Louis pun pandai masak. Nanti boleh je Louis tolong Hazel."

"Ha a nek. Pandai masak maggie goreng, maggie berkuah, maggie rendam dengan air panas." Saja Aidan mahu kenakan Louis. Muka nakal Aidan membuatkan Louis geram. Mahu sahaja dia menumbuk muka kawannya itu.

"Kau ni kan... Nek saya tolong Hazel dekat dapur boleh?"

"Hoo gi lah. Kei lambat pulok kito make kalu dio sore jah duk siapkan makene tu."

Louis berjalan perlahan ke dapur untuk melihat apa yang dibuat hazel. Tersenyum Louis melihat bakal isterinya itu menyiapkan makanan untuk mereka. Perlahan-lahan dia mendekati Hazel.

"Sedapnya bau makanan bakal isteri saya masak. Nasi ni pun sedap je bau dia." Louis senyum. Mukanya sedang menahan tawa.

Sah! Che Tun punya keje. Aduh nenek ni. Hazel mengeluh sendiri.

Kini Hazel sudah tahu apa yang dua sahabat itu gelakkan.

Memang diorang gelakkan aku la tadi. Hazel memandang tajam tepat kearah Louis."

Louis melihat Hazel sedang buat muka, dalam otaknya muncul idea untuk kenakan Hazel. Suka melihat reaksi comel si Hazel Aryana. Dia mula merapat, Hazel melangkah selangkah demi selangkah ke belakang. "Ermmm Louis...." Hazel mula panik.

"Kenapa princess comel saya?"

Badan mereka mula mendekat, bau badan Hazel dapat dicium oleh Louis. "Wangi." Bisik hati Louis.

"Don't worry princess, saya boleh masak, kemas, semua benda saya boleh buat."

"Hish awak ni. Dekat la nanti nenek nampak."

Louis tersenyum. Dia mengundurkan diri ke belakang. "Just wait and see my little princess. Lepas nikah, you're mine. Jangan harap nak duduk jauh-jauh." Bisik hati Louis.

"Apa senyum-senyum? Ingat hensem ke?" Hazel marah comel.

Hurmm memang hensem pun. Menyempat.

"Eh hensem la. Bakal suami Hazel Aryana kot." Louis mengangkat kening.Dia memang suka menyakat Hazel. Bukan apa, dia suka melihat reaksi Hazel yang comel itu. "So sekarang ni kita bercinta okay? Ermm nenek cakap awak sakit."

"Awak nak kawin ke dengan orang sakit?" Laju Hazel menjawab.

"Budak kecik manja, saya akan kawin dengan awak. Sakit awak tu bukan alasan untuk saya tinggalkan awak. Saya janji saya tunaikan."

"Saya taknak awak kawin dengan saya sebab kesian. Saya tak perlu. Lagipun saya tak percayakan awak."

"Hazel Aryana, saya nak awak jadi isteri saya yang sah bukan sebab kesian. I really love you Hazel. Sumpah saya cinta mati dengan awak. Saya akan cari cara untuk sembuhkan sakit awak. Saya akan buat awak percayakan saya Hazel." Mata Louis menikam pandangan Hazel.

"Boleh awak cuba untuk percayakan saya?" Perlahan Louis berkata. Matanya masih menenung wajah Hazel. Mereka saling berpandangan.

"Okay saya percayakan awak tapi 50/50. Lepas tunang seventy five percent." Laju mengalih pandangannya ke arah lain.

Louis senyum. "Okay Hazel Aryana. I will make sure you trust me hundred percent. I promise."

Hazel terdiam. Entah kenapa dia rasa selesa dengan Louis. Hati mula menerima lelaki di hadapannya kerana percaya segala perkara telah diatur olehNya. Namun dia masih keliru dengan niat sebenar Adam Louis.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now